No title.


Sapa nak breakfast macam ni? :3

Helloh, Ehee. How are you, bloggers? Best tak laguu baru blogg kite ni? Thanks to my little friend for sharing this lovely song. Mula-mula aku dengar lagu ni ..

 - Ish, lagu apa ni? Satu apa pon tak faham. -.-

Bila time chorus dia, terhinggut kepala nyanyi lagu ni. Sweet gitu. Sampai aku sanggup tukar lagu lama ke lagu ni. Lagu apa ni? Ehee, It's from Tasha Manshaha called Be mine. Tapi jangan la curi letak dalam blog eh. Sharing is caring, caring is loving. :]

Hehe, tadi ada exam BI, Science and ICTL. Sakitt haty gegiler dengan paper BI tadi. Paper tu PK sch yang buad. Sesenang hati je dia nak tukar paper1 to paper2. Yang meluatnya, dia just bagitau class 2A je. Class lain smua tatau. Yela, kalau tau awal-awal mesty la bole prepare siap-siap. Tadi kecoh gila pasal paper BI. Nasib je sikit. Tapi essay dia susah gegiler. Ada words yang aku tak faham. Meluat ngat aihh! -_-'

Science.. Apa yang aku baca tak masuk. Yang aku tak baca semua masuk. Ntah pape la. Banyak yang aku tembak je. Dush dush dush! Ada satu soalan tuh, aku kira ABC sampai Z, then aku terus bulat kat jawapan yang ke-Z tu. Hihihi. Contohi la saya ^^

ICTL lagi satu masalah. Nasib je ada pilihan jawapan. Tapi still tembak. Ada satu question tu, dia tnya sebijik macam yang aku baca. Best ar! Dah la aku baca pon sambil berpotpet dengan fathin. Alhamdulilah masuk jugak dalam otak ni. :
3

Jangan baca ni

Today aku bawak phone p sch. Bukan nak menunjuk kayy! Tapi sebab sakit hati. Anis a.k.a itik tu la. Mentang-mentang bawak phone minggu lepas, cerita abes kat smua orang. Eh, mesty la jeles. Ho ho! Bukan saja-saja bawak je. Nak snapp! with him. ehee, tapi malangnya takde masa. Exam full time. Time balik pon tak bole sebab masing-masing ada geng. Bila dah ada geng, nanty ada la yang menyebok -"Sweetnya". Oh, tau takpe. But it's okay. Esok nak bawak lagi. Doakan esok takde spot check tauu. Love you, olls :*
Ilys - Imyd :]

Note: Korus lagu ni khas untuk awak.

Sketsa Manusia


Yummy :3

Hiyya, How are you? Winkwink! Tadi kann, aku and family pegi Sunshine nak beli baju raya. Awalnya? Ha'a, sebab kalau lambat-lambat nanty full. Tadipun nasib baik je p awal. Lebih kurang pukul 1 mcm tu baru la penuh dengan orang ramai. Aku nak cari baju pon susah! -.-' Then, dapat la seorang 2 helai baju. Just baju T-shirt je sebab baju kurung hand-made dari mak aku. Baju aku tu pon mak aku yang pilih. Bukan tak berkenan, tapi baju-baju yang aku pilih tu mahal-mahal. Dah tu kain dia jenis ala-ala baju kot tu. Ceh, apa jenis taste ni? xD

Siap bayar, p cari baju raya Irfan plak. Pergh! Ramai gegiler. Banyak betul bebudak kecik lari sana-sini. Ye la, tu 4th floor. Baju budak-budak. Nasib je Irfan dah tido, kalau tak join sekaki la dia. Cari mia cari, mesty la kena bayar. Tengok je counter, Ya Allah, panjang benor orang dok beratur. Aku and siblings aku just tunggu dekat tepi counter je time mak aku beratur.

Dalam dok menunggu tu, macam-macam sketsa manusia yang aku tengok. Macam patung je aku berdiri kat situ sambil tengok diorang. Yang peliknya, ada plak anak-beranak kat situ buad picnic. Dah la kat situ terang lagi bersuluh tersangad la sesak, bole plak buad makan kat situ. Tawu la diorang tu bebudak, takkan mak dia takleh marah or nasihatkan anak dia tuh. Siap suruh anak-anak dia duduk makan elok-elok. Abang yg tua tu pon tengok macam dah ada pangkat darjah. Takkan tak puasa lagi kut?

Kalau makan coklet dua tiga biji tu tak kecoh la aku kat sini, tapi ni sampai oreo, keropok potatoes, air mineral botol besar. Boleh plak teguk air tu depan barisan orang dok beratur tu? Ada la beberapa bebudak usha-usha diorang dok makan. Sampai kena pusing kepala dengan adik sendiri. Nak tergelak pon ada. xD Lepas dah kenyang, acara kejar mengejar plak. Maklumlah smua lelaki. Lari sana sini sampai terlanggar sorang makcik tu. Tengok muka dia pon macam dok tahan geram. Sabar je la. Mak dia pon ada la sesekali marah, tapi ala-ala ayu gitu. Sapa nak dengar? Kalau aku mak diorang, dah lama aku tarik telinga. -_-

Ada jugak sketsa pujuk memujuk. Maybe anak dia tu nak lain, tapi lain yang dia dapat tu yang marajuk kut. Merajuk sampai landing atas lantai. Nak cuci lantai tu ke dik? Orang yg pujuk dia tu pon potpet apa pon aku tak tau. Ye la, Bahasa tamil, korang pon tak faham. Mai plak sorang mamat ni. Tengok macam pekerja kat situ je. Tak kesah la. Tapi yang aku kesah, dia tu ada sikit gaya ala-ala mak jemah gitu. Jalan lenggok sana sini. Control pon control la jugak, tapi tengok la aku kat tepi tu. Ni main langgar je, apa kes?
Maybe ada readers yang cakap, bulan puasa kutuk-kutuk orang plak. Tak, entry ni just untuk berkongsi pengalaman aku menjadi penonton sketsa realiti manusia. Hampir sejam aku berdiri kat situ, satu benda je aku fikir, 'updae blog'. Apa yang terjadi time tu, smua dah transfer masuk sini. So, jangan salah faham kay? Chill ;]

Jangan baca story ini.

Sampai je rumah tadi, aku terus landing. Penat dan letih tak terkira. Tengah syok-syok landing, mak aku suruh sidai kain plak. Mula-mula tu aku just saja buad-buad tido. Hakhak! Tengok-tengok tertido betul-betul. Aku pon pelik jugak sebab aku  ni bukan jenis manusia yang suka tido petang. Ish ish ishh ...

Celik, tengok jam, pukul 7. Good! Terus minta laptop. Login facebook. Terus keluar gambar dia. Oh, terkejut aku. Harharhar! Sekian lama aku tunggu, hihihi. Thank you so much. Mwa :
*


Note: Aku kata jangan baca, baca jugak. Nak kena nih!

Everythings Done!


Tenangkan diri, rehatkan minda

Assalamualaikum, holla. Perghh! Today aku penad gegiler sampai tak bangun-bangun dari kerusi ni dari pukul 8 hingga 11 malam! Busy busy busy. Tapi dalam kesebukan aku, aku still layan fb tauu. Hihi. Actually today aku nak kemaskan blog usang aku ni. Baru siap kemaskan bahagian List of Contest dan Giveaway. Click here kalau nak tengok. Yea, maybe korang bole cakap 

- 'kemas apanya macam ni? Berserabut je aku tengok'

Ha, yang tu korang mia pasal la. Susah payah kot kemas smua tu. Hehehe, dalam mengemas tu, aku ada sesekali check contest / giveaway / segmen tu. Kot-kot la jadi winner ke, apa ke? Hahaha, check mia check, dapat jadi winner untuk 3 giveaway. Kalau nak listkan, memang dah letih dah ni. Huhuhu. :
') First-first aku tengah, Wargh! Happy gegiler la time tu. K dah, stop. Jangan lebih-lebih. Ada orang jeles tu. ._. Ececeh, takde la. xD

Tapi kebanyakkan present yg aku dapat tu, just barang blog. Takpe la. Rezeki jangan ditolak. Harharhar ~ Dulu bulan Jun penah sekali aku menang Contest. Dapat number 5. Grand prizenya pon Tudung express. tunggu mia tunggu, tak sampai-sampai jugak. Klah, aku tak kesah. Tak hadap sangad pon dengan bende alah tu -_-'

Satu lagi masalah done. Aku digame. Yea. Aku pon taktau apa perasaan aku time ni. Lantak la. Nasib je aku still ada 'Bruno Mars' akuuu. Hihihi, Sibuk sangad sampai apa yg aku rasa pon aku tatau. Huh! Sekrang ni nak ready untuk Exam bulanan 2 plak. Hish! Double P betullah harini. Penad dan Pening! Dah la, nak tido. Byebye! Mwa :*

B R U N O  M A R S :]

Note: Penad dan Pening!



Gila


Hanya gambar hiasan.

Assalamualaikum lagi sekali. Holla. Huwargh. Huwargh. Huwargh. Benci gila. Ntah papa la harini. Dah la semalam aku frust gila pasal buku aku yang hilang tu. Sekarang ni kacau dengan orang yang tidak dikenali. Actually tadi aku p sch mcm biasa. Bila time rehat je, kena p surau. Takkan p kantin kot. Dah tu, dia tu asyik ikut aku je. Penah sekali tu dia minta numb. Aku ni bukan spesis yang sesenang hati nak bagi numb. Hanya org tertentu je boleh!
Yang paling meluatnya, minggu lepas kalau tak silap aku terjumpa dia lepas rehat. Nampak la dia ngn geng-geng dia dok buad ran. Then, ada terdengar sayup-sayup diorang dok cakap-cakap. Ni yang sakit hati ni.

  'Hg dapat, kami bagi singgit' -his friends
  'sekarang?' -him

Tu ja yg aku dengar. Miang gila. Then, aku and the geng terus masuk kelas. Nampak jugak dia dok ikut belakang. Sampai ja kat kelas, suruh plak budak sekelas aku minta numb aku. Apa cer? Macam ni ke gentleman? Idea ciput mia pasal, aku just jawap 

 'Aku tak pakai fon'

Wah! Alasan yang tersangad-sangad ...... Lepas tu dia blah. Lega la sikit. Then mai balik. Huwargh! Kenapa cikgu lambat sangad masok kelas ni?! Mai la dua tiga orang minta numb. Alasan dia,

 ' ***** minta numb.'

Amboi amboi. Tak payah chong aku la beb. Dia dah lama ada numb. aku. Apahal kalut sangad nak numb? Kalau numb ekor boleh je aku bagi. Meluat plus hate. Tadi lagi la sakit hati. Fathin bagitau aku, dia dok usha. Lantak la. Tunggu masa je nak sound. Singgit je tak memadai la brader. Duit hantaran aku pon blom tentu seribu tauu. Ecewahh, melebih dah ni. So, for you, jangan mengharap sangad la ye. Sejak aku dengar cita hg tu 'ss', jangan harap la nak ambik numb aku. K, chill :)

Im with you -'Bruno Mars' :3

Note- Tau la entry ni semua mengarut dan tak berfaedah, tapi jgn la kutuk-kutuk. Aku just taip je apa yg aku nak taip. Kalau rasa tak suka tu, jangan la baca kay. *hug.



Sayang sayang sayang ?


Aku nak buku aku balik! :'(

Assalamualaikum, today aku and hatsumi's members kena buad drama. Oh no! malu siot! Actually smlm dah buad, tapi kena reject sebab drama tak betul. Harini cekgu kasi chance la untuk kami buad lagi skali. Nasib baik jugak la sebab smlm fatini tak mai, harini dea mai, senang hati :D Yang tu senang hati, yang ni plak susah hati. Practise mia practise, boleh plak aku p gelak time buad presentation tu. Kalau gelak malu-malu rabbit tu takpa la jugak, ni gelak kalah malu-malu kucing. Bukan apa, cik anis a.k.a itik tu la action tak betul. aku pon sampai nak jatuh kat depan tu. Ish ish ish .. -.-'

Apa yang dirancang, semua tak jadi. Ada yang ralit, ada yang blur, ada plak yang terlebih pandai. Sbenarnya, drama aku ni pasal Bawang merah bawang putih. Aku lah merah tu. Dan Anis putih. Fathin plak Mak tiri. Yang nak tergelaknya, time babak Putih kena tolak dengan mak tiri sampai jatuh tak menjadi, sebab fathin tolak Anis pelan sangad. Anis pon blur gegiler sampai time nak 'buat-buat' jatuh tu, siap tarik baju sch lagi. Ape cer? -_-' Then, babak aku sakit jantung and 'mati' tu, Fathin action mcm real la plak. Aku yang bergelak-ketawa sorang-sorang kat situ, mcm nak golek-golek je x

Ah! Tamau cita dah. Malu, malu :
P Hurm, ni yang sadis ni. Ntah macam mana buku dialog untuk drama yang aku buad tu hilang. Dah la dalam tu ada 'something'. Takut je kalau sampai kat cekgu. Aku pon pelik jugak, macam mna bole hilang, padahal masa tu aku letak dalam beg. Tak sampai 5 minit je, aku tengok dah takda. Cari mia cari tetap tak jumpa. Uhuks! :'/ Mula-mula tu ingat Fatini n Anis yang ambik sebab diorang dok belakang kami kat bilik ETV. Tapi, takda pon kat diorang. Actually dalam tu takda apa pon. Cuma 'something' tu je yang buad aku takut. Kalau tersebar nanti, merana la aku. Bukan aku sorang je. Dia pon kena. Ya Allah, temukan aku kembali dengan buku tu..

Kalau yg sudi tu, tolong la doakan buku tu ditemukan balik. Sebab ianya sangad penting. Dan orang yang ambik buku tu, tolong la bagi balik. Bcause takda apa pon dah buku tu. Cuma ada nama dia. Opps! Yup, tu je. Dan, apa motif sebenar korang nak curi harta benda aku? Aku tak rasa orang yang curi tu tak cukup duit nak beli buku sampai curi buku aku. If aku tercicir pon, takkan takda sesiapa yang terjumpa? Lagipon buku tu ada nama aku, and class. Ye ke? Aku pon tatau la. Hope aku dapat balik buku tu, amin! :
/

K, tamat sudah story the morry aku for today. If  readers baik hati, tolong doakan kita jumpa balik buku tu tau. Terima Kasih. Kalau yang belum jadi follower blog ni, rajin-rajin la click button follow tu. For your information blogger, dalam blog ni ada 3 button follow. Iaitu button yang float warna kelabu atas tu, button dekat Disclaimer. Ada warna pink kat situ. Dan satu lagi button dekat widget follower. Kalau yang dah follow tu, a big hug for you. Thanks for reading. Last word, Assalamualaikum n Byebye ;)

Miss my 'Bruno Mars' :/

Note- I need my book, please gimme back!



Tak ada idea


Jangan ambil saya punya :3

Hell-oh, sila jawap salam aku dulu before reading. K thanks. Yes, today aku takde cita nak bercerita. Nak berpotpetpotpet pon tak bermaya. Sebab apa? Sebab aku terlebih pandang ice cream kat atas tu. Wargh! naknak ice cream. semalam p kedai, nak beli ice cream, tapi kedai tak bukak. Uhuks :'/ Takde rezeki, nak buad mcm mna. Esok first day sch in Ramadhan, ingat nak beli ice cream. Terlupa plak esok puasa. Oh no! Dx

Skip pasal makanan. Kot-kot ada reader yang tengah baca ni time puasa, aku jugak yang dosa. Ceh, dah jangan tengok ice cream tu lebih-lebih. K, tajuk kita harini ialah Tak ada idea. Idea edit blog actually. Ye la, everyday tengok style yg sama je, sapa tak jemu? Kekadang tu aku pelik jugak. Semalam aku tengok blog korang, lain looknye. Esok, lain plak stylenya. Apa cer? Dalam satu hari je bole siap. Kalau aku berbulan jugak nak tukar-tukar feel ni. Kalau nak kata pakai skin, bukan semua yang pakai. Bagi la tutorial untuk aku!
D:

Selain blog, entry pon aku takde idea nak merepek. Tengok la entry ni pon, apa yang tertulis kat sini semua mengarut je. Sebenarnya tak rancang pon nak update, tapi disebabkan terlalu boring tanpanya di fb, jadi terpaksa la moncoret kat sini. Hoho, lupa plak nak ucapkan Have a blessed Ramadhan! semalam. Hikhik! K la, dah abes dah story the morry kitaa~ Last word for you, Assalamualaikum, peeps!

You're mine, and I'm yours :]

Note: 22 Julai 2012 will always in my heart <3




Tutup buku lama, buka cerita baru!


Jom date :)

Assalamualaikum, Yess, berjumpa lagi kita di malam pertama bulan Ramadhan. Alhamdulilah, selesai sudah berpuasa pada hari pertama ni. Taknak gossip-gossip lagi harini. So, today banyak cerita nak coret kat sini. Semuanya pasal harini je. Tadi aku bangun lambatt! Sebabnya pasal mengelamun, berkhayal, dan yang sewaktu dengannya. Bukan apa, lepas sahur tadi aku baca buku sikit. Tunggu azan subuh, nanti boleh la solat terus. Tunggu punya tunggu, baca punya baca, tak keluar jugak azannya. Last-last, aku tutup buku, tutup lampu, masuk tido.

Ha, ni yang nak tergelak ni. Elok je landing golek-golek atas katil sambil peluk bantal busyuk aku, tetiba je terdengar azan. Adeh! baru je nak lelap ni. Mau tamau, bangun jugak. Habis je solat, landing balik. Golek punya golek, mata masih tamau belabuhkan tirainya. Apa boleh buat, mengelamun je kerja aku. Teringat sejarah lama di tahun 2010. Time tu, aku darjah enam. Jenjenjen, aku tamau cerita pasal ni! Nanti aku jugak yang merana. So, kalau nak tau, pandai-pandai la korek erk. Selain tu, aku terfikir masa depan aku. Oh, apa nak jadi .. -
.-'

Dari pukul 5 sampai pukul 7, tak lelap jugak. Kalau tak tido jugak, comfirm petang nanti 'Zzz' la aku. Tak suka la tido petangg! Last-last, 'krokk' jugak la pagi tu. Bila bangun je, tengok jam. Wargh! 10 setengah dah. Hayoyo. Tu pon dok relaks lagi atas katil. Wat lek wat peace, la brader xD Dah siap-siap smua, punggah almari. Nak kemasss! setengah jam later, lega. Siap jugak. Keluar je ruang tamu, apa ni? berserak. Rupanya harini ada gotong-royong perdana antara anak-anak encik Sofi. Dengan bantuan cik adikku, Irfan Farhi yang potpetpotpet memanjang tu, memang takkan siap la gotong-royong ni. 1 hour later, siap kemas, sebab Irfan dah tido. :D

Yey, nak p Queensbay Mall beli baju raya. Baru sehari puasa dah nak beli baju raya? Tu la yang mak aku cakap. Jalan punya jalan. Satu baju pon tak terbeli lagi. Balik camtu je. Yang bestnya Irfan la, Dapat set baju raya. Kasut Supra, Baju 2 helai, stoking dll. Semuanya ... Rm seratus ringgit. *ni yang mak aku kasi tau. -.-'

Aku tau la entry kali ni membosankan sebab aku betul-betul takde ilham nak mencoret. Apa nak taip pon tatau. Buat je apa yang ada dalam otak ni. K la, dah bosan sangad baca, jom akhiri entry ni. Before that, dengarkan lagu baru Najwa Latif - AdaMu, sempana bulan mulia Ramadhan ni. :
)




"Rajin-Rajinlah pakai songkok tu :]"



Note: Ahlan wasahlan Ya Ramadhan <3




Bla bla bla ..


Harap awak yang bagi :')

Hell-oh, guys! Today banyak gossip aku nak coret dalam entry ni. Kalau ada sesiapa yang terasa tu, sorry la ye. Aku cuma meluahkan rasa aku kat sini je. Direct to the point, today Oh My English! mai sch aku. Dengar tu je, sapa yang yang tak teruja kan? Then, cikgu kata untuk class yg terpilih je. Dup dap dup dap. Yang terpilih hanya class 2 A,B and 1 A,B,C. Wuuu, tak adil! Aku nak p.. Tak aci la, sebab class 1C bole p, kenapa class 2C tak bole p?! Nak buad camne kan? Class aku ni banyak rekod yang buruk-buruk. Budax laki mia pasal la ni! Uhuks :'(

Then, kami dihalau masuk class masing-masing. Yang class terpilih tu apa lagi? Tergedik-gedik tayang muka minta kaki je. Duduk sana dari start sch sampai 6 setengah. Sch kami abes pukul 6.50, jadi baki lagi 20 minit tu diorang smua kena masuk kelas. Kebetulan plak time tu PI, jadi kami kena la masuk class 2A. Argh! Sakit hati memang tak terkata! Mentang-mentang la dah p, hormat la sikit orang yang tak p ni. Baru dapat sebatang pen, dah tayang sampai kembang hidung. Ada ka patut, kami dok elok-elok kat belakang, tetiba ja mai letak pen tu atas meja kami. Ingat aku hadap sangad ka pen murah macam tu? P blah la. Haktuih! :P Sabar je la wahai hati. 

Tapi, students yang tak terpilih ni dapat good news! Esok Papermate nak mai sch! Horreh! Semua students bole bawak pen yang dah abes dakwat, then tukar dengan yang baru. Balik rumah, terus punggah almari la jawapnya. Bagi orang yg tak kesah tu, kau mia pasal la. Bagi orang yang terlebih kesah macam aku ni, memang teruja gegiler la. Hahaha, sapa ada pen yang takde dakwat? 

Bukan tu je, minggu depan, kalau tak silap aku RHB bank nak mai sch. Cekgu kata sapa yang nak bukak acc bank tu kena bawak duit. Yang penting lebih dari singgit. Eleh, tiap-tiap hari aku bawak 5 hinggit, kesah apa? xD Tapi, skrang ni aku blom inform mak aku lagi. Lupa actually. Sibuk nak update blog mia pasal, macam ni la. Hikhik.

Before aku end entry ni, s  emalam, aku ada upload 1 video kat Entry ni. Tunggu sampai pagi esok pon dia takkan berjalan sebab video tu sememangnya dah cacat. Hoho, so aku buad video baru. Ni pasal geng Hatsumi. Kalau nak tengok, Sila click sini. Sorry, tak boleh upload macam youtube mia, sebab aku still tak tau macam mna nak buad. So, Selamat Menonton. :]

Awak nampak handsome dengan songkok tu :]

Note: Selamat menyambut Bulan Ramadhan 2012. :]

Belog belog belog.

Please reply before reading.

Cute macam korang ;)

Hai, Assalamualaikum lagi sekali. Yes, another entry untuk bahan bacaan korang. Sebenarnya aku takda idea nak cita pasal apa. So, aku hentam je la apa yang ada dalam otak aku ni. First, pasal follower blog Little Freaky ni. Alhamdulilah, dah dekat seratus setangah dah. Thanks for those yang sudi jadi follower blog yang usang ni. Dan tak dilupa, ada freegift untuk follower bertuah aku. Tapi sorry, tak ada gift yang menggunakan pos. Sebab aku still tak tau macam mna nak pos. Kunonya kau, Yaya.. :')

Sedar tak sedar, banyak dah stuff untuk dikongsi. Tapi tuto aku still tak bergerak. Sekrang ni aku betul-betul busy dengan tanggungjawap sebagai pelajar. Macam aku yang sekolah petang ni, susah sikit nak menghabiskan masa dengan blog. Kadang-kadang tu terpaksa curi-curi onl semata-mata nak bukak blog. Dah gila blog agaknya. -_-

Third, aku nak ucap bebanyak terima kasih kepada Cik Eily Lilyy sebab sudi jadi blog review kitee. Banyak sungguh pujian dia lempar kat aku. Comfirm kembang tak sudah malam ni. Lol xD Tengoklah betapa baiknya dia letak aku number one dalam entry tu. Tapi dalam semua tu, aku yang number five. Thanks again, sis <3

Same goes to you, sis!

Actually harini aku tak bole nak bergurau senda dalam entry ni sebab esok aku join melukis poster kat sekolah. Nak lukis apa pon aku tak tau lagi. Jadi, aku tak boleh lama-lama berblog sebab aku belum prepare alat tulis. Sempena bulan membaca, kitorang kena la buad poster membaca. Ada sesiapa yang baik hati mendermakan idea untuk posterku? :'D

Rasanya takat sini je coretan aku. Ribuan terima kasih for those yang sudi menjadi readers blog ni. Tidak dilupa followerku. Apasal aku formal sangad malam ni? Hayoyo -_-' Akhir kata, Assalamualaikum, Byebye!

Note: Ada freegift untuk follower yang ke 150. :D

Story the morry of me.



Hell-oh, How are you? Rindu aku? Haha, 4 hari tak berupdate. Oh kesiannya belog aku ni. :'/ okay, lets begin. Harini aku happy gegiler. Sebab? Aku pon taktau ler. Actually harini aku puasa. Niat takmau bagitau geng-geng aku. Tapi aku taktau macam mna diorang tau. Aku tak rasa kat dahi aku ada tulis "Aku puasa". o.o Maybe sebab aku tak makan time rehat tadi kut. Ye la, kalau sehari tak makan kat kantin memang tak sah. Sebabnya, pagi aku tak makan. Sekarang ni mak aku tak sempat masak sebab adik terlebih sayang aku tu ada. Nak buad apa pon tak menjadi. Tapi aku paling meluat bila aku ajak makan nasi, semua takmau. Kalau makan sorang-sorang, tak best jugak. Nanty adalah muka-muka tak malu dok minta. Alasan yang sama, "Weh, nak rasa sikit" -..-' sabar je la.

Semalam, my spectacle aku dah sampai. Seronok gegiler. Pakai tak bukak-bukak. Tadi, aku ada bawak p skolah. menunjuk sikit! Ingat nak pakai, tapi tak terpakai plak sebab tak banyak yang kena salin. Nasib je aku bawak spek mata yang lama, kecik sikit. Sekali je pakai. Lagipon spek mata baru aku ni besar, boleh buad tudung aku kembong. Uhuks! T_T Tapi pakai kat luar aje la. Bila time blajar je aku pakai, time rehat atau yang sewaktu dengannya, aku takmau pakai. No way! >.< Sebenarnya, smlm aku dah mencoret untuk new post. Dah buad berjela-jela, tapi disebabkan busy gegiler main game Uno dengan Bal and Acap, post tu pon dah jadi draft. Kalau nak post pon, entry tu tak lengkap. Nanty tak syok pulak kite-kite ni nak baca. Huhu x

Tadi kat skolah ada bacaan Yasin. Ye la, setiap hari Jumaat ada. Sampai aku pon dah nak boleh hafal dah. Sometimes aku taknak miss langsung bacaan Yasin ni. Tapi tautau la pompuan kann -.- Seronok baca ramai-ramai tambah lagi dengan suara merdu orang yang mengetuai bacaan Yasin tu. Dia tu dari form 2 jugak. Kalau nak dibandingkan dgn cikgu, dengar dia baca lagi best! sejuk perut mak dia, kan? Ish, dah melalut kat mana dah ni?! Then, masuk klas balajar mcm biasa. Aku nak cita pon dah lupa. Tapi yang bestnya, last 2 times period, kami semua kena buad kumpulan. Selalunya bila dah naik form-form ni, nak campur dengan laki kemain susah lagi. Tapi tadi first time aku form 2 dapat group ngan laki. Ish-3 -.-'

Tapi yang tak bestnya bila terpaksa berpecah dengan member. Bukan tu je, kena plak bercampur agama. 3 Hindu 3 melayu? terbaik ~ Dah tu, asyik bising bahasa diorang je, satu apa pon tak masok otak. Last-last aku jugak kena cari isi penting. Yela, masa tu time BM. Kena buad Ringkasan plak. Sabar je la.. Dah siap smua, kena buad presentation plak. Lebih dah cikgu ni. Nasib je ada member aku yg sorang ni. Tak payah nak bertekak bising dok pilih sapa yang p depan. Lepas dah abes semua presentation tu, sila balik tempat masing-masing. Baru aku sedar yang setiap member Hatsumi, Di situ ada Solo. Hahaha, bagi yang tak faham maksud aku ni, buad faham dah la ye. Aku malas nak terang banyak-banyak. 'Takut ada pulak yang perasan nanti'. Hohoho xD


Ni time balik plak. Ntah apa dah jadi dengan van sampai aku kena balik naik kereta pakcik van tu. Hahahha! Syok jugak sebab dok dalam air-con. Tapi yang tak syoknya dok sebelah laki. Bukan aku yang nak kayy, tapi pakcik tu yang suruh. Sebab senang nak kluar nanty. Kalau dia bawak elok-elok tu takpe la jugak. Ni bawa kereta macam dok lawan race mau tak panas. Goyang sana-sini. Hayoyo! -_-' Terpaksa berpisah dgn Fathin sebab dia dok Sri Delima. Set-set Sri Delima smua naik kereta lain. Kena dok dengan itik a.k.a Anis memang tak boleh nak dok senyap la. Potpetpotpet memanjang. Sapa ada stepler?

Phew, tak sangka berjela jugak entry aku ni. Buad karangan comfirm dapat A ni. xD Well, rasanya entry ni dah sampai ke penghujungnya. Seronok dapat berkongsi cerita dengan blogger-blogger semua. Kalau sudi jenguk la lagi. Last word, Assalamualaikum. Byebye!

Hari malang for me, maybe.


*Try not to cry.

Hello hey hi. Assalamualaikum. Today.. it's a long story. Let me make it short. First of all, tadi aku kena tinggal van. Oh! Seronoknyee. Macam nak menari golek-golek ja. :'D Gelabah gegiler! Actually aku teman fathin p beli present utk bufday her mom. Tak sangka plak lama sangad, sampai kena tinggal. Sampai je kat spot tunggu van, tngok dah takda. Try not to cry. Uhuks! :'

Time tu memang dah taktau nak buad apa. Orang lain yg memang dah tau kami naik van tu, asyik usha-usha ja. Well, sabar je lah. Cuma ada 2 pilihan je masa tu. Tunggu van tu atau balik jalan. Kalau nak tunggu memang berjam la jugak sebab hari Jumaat selalu sesak. Tambah lagi ada pasar malam. Perghh! -_-'

Dalam pening dok fikir, kami lintas je la. Ada plak mamat terlebih guna ni tegur - "Van dah p dah!" Terimakaseh je la, kami dah tau. Last-last, kami jalan je la. Jalan-jalan sambil potpetpotpet memang rasa macam sat je. Tengok-tengok dah sampai kat jalan besar dah. Tinggal nak lintas, then sampai. Fathin plak buad hal. Dah memang jalan tu ada psar malam, dia plak takmau p. Kena pujuk mcm Wawan pujuk bru nak jalan. Ayoyo -..-

K, at the end, kami berpisah. Sebab rumah dia jauh sikit dari rumah aku. Jalan sikit, nampak mak aku tengah beli songkokuntuk Baby Bambam a.k.a Irfan Farhi a.k.a Baby boy a.k.a Adik aku. a.k.a .. eh? dah abes. Kay, tak lawak. Merayu punya merayu, akhirnya dapat 2 tudung. 1 Shawl dan 1 Bawal. Hoho. Puas hati! :D

Nak cita, tamau? Okay, aku cita. Aku tau hg baca ni. Im sorry about all the words that I wrote in this blog about you. I know you're mad, so that I write this entry just for you to know that.. I love you. Enough of all my dream and drama, Im telling this seriously. And I hope you'll understand. And please, dont give me the answer. Because I dont need it. K, tu je. Sekian, Wsalam ..

Semua dalam entry ni write by the author. Please dont copy or share with others. If you're reading this, Please make sure you have enough sweet smile, to leave here. Thank you. :*

20 Sikap Aneh Perempuan

Assalamualaikum
Please answer this first.


Sometimes mens nak tahu jugakan pasal cewek-cewek ni? Di sini ada 20 sikap perempuan yang aneh? Jom terokainya :)

1. Apabila seorang gadis mengatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, maka dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Apabila gadis yang anda cinta tidak menghiraukan anda selepas disakiti hatinya, adalah baik baik beri dia masa sebelum menegurnya dengan ucapan maaf.

3. Seorang gadis sukar mencari perkara yang tidak elok tentang seorang yang disayanginya. Sebab itulah perempuan lebih mudah patah hati apabila cintanya putus ditengah jalan.

4. Hati seorang gadis akan mudah cair seperti coklat andai lelaki yang disukainya atau dicintainya merenung
tajam ke dalam matanya.

5. Satu ucapan 'Hai' sudah cukup untuk menceriakan hatinya.

6. Jangan sesekali mengagak apa yang seorang gadis rasakan, tanyalah padanya sendiri!

7. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang dirasakannya mahupun apa yang dilaluinya.

8. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood seorang gadis.

9. Senjata sorang gadis ialah air mata.

10. Sekiranya gadis itu jatuh cinta dengan seorang jejaka, percayalah bahawa lelaki itu sahaja sentiasa ada 
di fikirannya walaupun ketika dia keluar bersama lelaki lain.

11. Setiap gadis sukakan pujian. Tetapi selalu tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.

12. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut.
Jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri seorang gadis yang anda tidak akan tahu. Apabila dia membuat satu keputusan. dia akan lalukan apa saja.

13. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri selepas cintanya ditolak, biarkan dia untuk seketika.
Kemudian, sekiranya anda menganggapnya sebagai kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

14. Si gadis suka meluahkan rasa hati mereka. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara mudah mereka
meluahkan rasa hati mereka.

15. Perempuan sekuat mana pun egonya atau setinggi mana kedudukannya, dia tetap akan tewas dengan
cinta seorang lelaki.

16. Sekuntum senyuman memberi erti bagi seorang perempuan. Jadi jangan senyum sebarangan.

17. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka hanya kerana untuk tackle kawan
mereka yang paling cantik.

18. Seorang gadis menganggap cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

19. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini
lebih awal.

20. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya, tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada
di tempat teristimewa iaitu di hatinya.


Okay, done. For your information readers, Facts ni semua aku ambil dari majalah Dara.com. So, Im credits to her. Sebenarnya semua facts dalam ni mengenai perempuan dan lelaki. Tak kisah la sesiapa yang nak baca pon. Hihi! Last words, Byebye.




24 jam sehari!



Hold me hand, dear. :')

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismilahhirohmirohim, Bertemu kita di hari yang mulia ini. Hoho, formal plak guna ayat macam ni. Satgi terkeluar ayat utara aku, naya je korang nak translate. Hohoho! Well, harini tak banyak cerita sebenarnya. Disebabkan boring gegiler ni, terpaksa la buad entry untuk santapan korang. Lepas entry ni, ingat nak buad tips and fakta untuk blogger. Kalau rasa berguna, visit lagi lepas ni yer. Malam ni plak nak buad tutorial. Taktau lagi nak buad yang mna. :/
Seronok gegiler skrang sbb stuff aku hari-hari bertambah. Kalau sehari dah 3-4 stuff, mana tak banyak? Harharhar. 24 jam sehari! apa maksudnya? Ni la aku nak story the morry sikit. Actually harini, dari pagi tadi hingga skrg aku onl memanjang. Tak offl, tak out, but boring. Dah la smalam berjam-jam aku onl. Apa nak jadi dgn aku ni? Dalam tengah boring-boring ni, jadi aku try bukak Youtube. Satu tab je. Tak percaya? tengok ni -  


Click kalau image ni terlalu besar.

Tak percaya lagi? Hahaha! yes, tak payah percaya. Memang tak betul pon. Tengok la atas ni, berlambak tabs. Kebanyakan YouTube. Tau semua tu lagu apa? HAHA! Semua lagu Taylor Swift. Macam mna bole jadi banyak tu? Tengok je la sidebar YouTube tu, nampak satu lagu yg macam best tu, main click je. Jom dengar apa yang aku dengar :)

Perghh! Berderet lagu Taylor Swift. Erk? Yang bawah tu sesat plak. Harharhar. Anyway, lagu tu pon best pe. Rasanya sampai sini je coretan aku. Kalau rasa nak lagu lagi boleh resquest di shoutbox yep. Erk? Bole letak dalam senarai stuff ni. Hikhik! Okey, contengan saya berakhir di sini. Akhir kata, Byebye. :)



Aku redha.


Maybe this is me. :'/

Assalamualaikum readers. Thanks sudi jadi pembaca setia blog ni. Sorry, today tak ada lawak jenaka nak dikongsi, cause today aku rasa hari malang untuk aku. First of all, pasal folder aku. Semua images, photos, qoutes, blog projects, doodle yang tersemat dalam tu dah hilang. Why should you gone, my belove folder?! Sayang gila aku dengan folder tu sbb dalam folder tu ada folder, dalam folder, ada lagi folder. Dan dalam semua folder tu ada harta aku. Siapa yg tak sedih? 

Mula-mula tu, aku ingat kakak aku yg delete, sebab sebelum aku onl, dia yg gna lappy ni. Dan 1 lagi bukti. Ada satu folder baru yg ada nma dia. Selama bertahun aku gna lappy ni, tak penah aku tngok folder tu wujud. Maybe dia baru buad. Tu mungkin satu bukti yg mungkin dia delete atau TERdelete folder aku. Kalau nak kata adik aku, tak boleh jugak. Sebab dia ni bukannya jenis suka bukak Documents gmbar smua ni. Just aku ngn kakak aku je. Tapi bila aku tnya dia, She said dunno. Hurm.. Aku redha... 
Goodbye, folderku. :'/
Second, aku menang satu contest. Menang? Kenapa tak happy? Orang lain seronok je bila menang. Well, itulah yg terjadi. Mula-mula dapat tau ni time aku tengah kemas blog aku yg dah berserabot ni. Time aku click banner contest tu, Keluarlah satu entry yg bertajuk "Pemenang Contest bla bla bla" Time tu tak rasa papa lagi. Time tengok je senarai pemenang untuk saguhati, Time tu haty aku, DupdapDupdap. Habis je scroll senarai tu, Keluar plak ayat ni - 5th Winner. Mula-mula tunjuk dulu gmbar-gmbar prize tu.. Then ...


What?! Omg! Seronok gegiler lah time tu. Terloncat-loncat bagai nak rak dah. Monyet tengok pon comfirm pengsan. Mmg time tu sengih sampai telinga. Lepas tu dalam haty ni dok ucap syukur banyak-bnyak. Thanks to Allah, dan sebagainya. Then, scroll tngok winner top 4. 2th and 1th winner ohsem gila prize dia. Takpe la, sekurang-kurangnya dapat jugak. Scroll again, owner blog tu potpet psal detail-detail semua, Then keluar ayat ni - 


Dugaan-dugaan. Ni la sebabnya bermalangnya hari ini. Try to not crying. Hukhuk! x( Tapi, bila ingat-ingat balik, Tak penah pon aku tahu menahu pasal winner ni smua. Dalam cbox pon takde, Komen pon takde. Then aku try hntar mesej kt fb dia. Still Belum onl. Lewat sehari, Maybe masih bole dipertimbangkan. InsyaAllah. Amin.. So readers, Please pray for me :'/ Hurm .. Aku redha..

Sekrang ni, aku still stay on other contest. Lagi banyak contest dari random.org, selagi tu la aku join. Kalau yang seratus peratus dari Top Referrel, Sorry. Saya tidak berminat. Untuk org yg tag aku, tag lah banyakbanyak lagi. InsyaAllah aku join. Now, tengah cari org yang baik hati untuk menge'like' gambar tak cun aku dalam contest ni. Sesiapa yang baik hati, Aku begging, Click image kat bawah ni, Dah click like. PLEASE GUYS! TT_TT 

*Tunduk hormat* untuk sesiapa yang dah like. Thanks. May Allah bless you :)