Dear Diary ...



Assalamualaikum. Dan salam sejahtera. Today, aku nak lepas stres aku kat entry ni. Harap readers tak terasa dan merasa. First of all, aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidiladha to all muslim. Macam mana raya haji tahun ni? Mesti best en? Well, aku tak macam korang. Sambut raya haji dengan sakit. Hukhuk! Dari tengah hari, sampai petang keluar masuk bilik air. Erk? Korang fikir apa ha? No no no! Actually, satu malam before raya, means malam raya tu la, mak aku masak macam-macam. Tapi aku tak makan macam-macam pon. 

Just merasmikan ayam masak merah air tangan mak. Lama tak makan, malam tu even dah pukul 12 pon aku telan jugak. Hoho. Makan mia makan, tetiba terasa pedasnya hingga ke hulu hati. Habis satu jag air strawberry aku melantak. lol. So, bangun pagi tu still takda effect apa-apa. Lepas masuk zohor, perut pon memulas-mulas giloss. Time tu aku tengah onl, dah tak tahan sangat, sampai terbaring atas lantai. 

Then, tetiba rasa something yang tak best kat mulut. Apa ni apa ni? Dalam 5 minit lepas tu, zuppppp! habis keluar semua isi perut. Nasib baik sempat masuk bilik air. grr. Bila check dahi, tak panas. Check otak, tak pening. Apa makna semua ni? ( versi upin ipin ) Kalau tak silap aku 4 kali keluar masuk bilik air. Lepas kali keempat, aku tertidur. Actually aku yang paksa mata aku untuk tidur, so nanti bila bangun hilang semua kesakitan yang dialami. Even aku memang tak suka tidur petang. 

Lepas Asar je, terus terjaga. Then, mak aku kata ni mesti sebab salah makan. Rupanya perut aku ni alergikk dengan makanan yang pedas, campur dengan air gas. Nanti bila dah campur dan sebati dalam perut, dia akan smackdown perut aku untuk keluarkan makanan tersebut. Ish ish ish, Ntah apa la yang aku mengarut ni.  Seharian aku terperap dalam rumah. Bila aku onl je, ada la muka-muka yang kononnya pakai baju raya then letak caption "Kami dapat duit raya". Kepala otakmu. Ho ho ho. 

_____________________________________________________________


Back to the main story, as we all known semua pelajar mesti tak suka hari isnin kan kan kan ? Yea, aku pon tak suka. Tapi tadi aku tetap paksakan diri untuk pergi ke sekolah. Dah la semalam tidur pukul 3 pagi, memang mengantuk gilosss. Disebabkan harini merupakan hari pertama kebebasan untuk pelajar selepas exam, aku p sekolah gak. Sampai sekolah, duduk sorang-sorang. Ya Allah, macam nak nangis je time tu. How dare kawan aku buad camni?! Semalam call aku, cakap serupa 'barbie' nak bawak tu, bawak ni p skolah. Tengok-tengok, batang hidung pon tak nampak. Banyak cerita aku nak story kat fathin. Mimpi tuu ... T_T *Masih tak boleh lupa mimpi tuuu ..

Balqis aku tak kesah la sebab her mom baru lepas bersalin, sebagai anak sulung mesti la nak jaga mak dia kan ? Fatini... pergi honeymoon dengan laki dia agaknya. Anis, i dont have any idea. Dan Fathin, sangat menyedihkan. Tadi dia call phone aku, aku tak angkat. Then dia call phone rumah aku. Terpaksa kay terpaksa. "Aku nak call hg tadi, tapi dah lambat. mesti hg dah p skolah". Alasan yang langsung tak munasabah. Why not kalau dia call saja ? even kalau dah lambat pon, sekurangnya dia dah cuba. Hantar mesej ke, kurang sikit rasa sedih yang bertandang since kat skolah lagi. 

Check phone, kosong kosong oh ooh. Hati kata sabar. Skolah aku start pukul 12 setengah. Diorang takmai lagi. Aku tunggu lagi, kot-kot terlambat ke. Tapi takda jugak. Bila cikgu dah panggil satu-satu kelas utk balik kelas, Atirah and the geng panggil aku. Alhamdulilah still orang yang memahami. T_T Masuk kelas je, aku dok sorang-sorang. Nak main batu seremban pon takda mood. Atirah tak habis-habis panggil aku dok dengan diorang, aku pon ikut je. Nanti kata sombong plak. Tak ke naya.. 

Aku give up! Nak balik, nak call mak! Mak aku cakap dalam pukul 3 camtu dia mai ambik. Aku tunggu punya tunggu, takda pon 'anouncement'. Then, hati aku tergerak untuk p pejabat. Sampai sana, kena 'belitiaq'. Mana la aku nak tau kena tunggu kat pejabat. Grrr! Disebabkan dah lambat sangat, mak aku bawak aku p sekolah dia. ( mak aku guru kafa ). Aku lebih sanggup dok sana, dari dok kat skolah. Aku 'breakfast' kat sana makan laksa. perghh! sedapp ooo. Hehehhehehe ~ 

Enjoy la duduk kat sana. Ada ramai budak-budak. Paling lawak, ada sorang budak ni, peramah sangat. Siap tanya form bpa, skolah mana. Masa tu aku tengah beli laksa. Bila masuk je bilik guru, budak tu mai bawak geng-geng dia. Hehee, syok layan diorang. Punya lawan mana 'serving' yg paling best. Ada sorang budak tu nak salam dgn aku. Lepas tu, semua nak salam. *Bangga sat. Time diorang nak blah, budak peramah tu tanya aku ada kenal tak kawan dia. Aku just jawap tak sebab memang tak kenal! 

"Alaa, fafa yang gedik-gedik tu la" Pergh ayat dia. Siap buat gaya 'orang gedik'. Memang funny budak tu. Hehe. And lagi sorang. Budak lelaki, lebih kurang darjah 3-4 camtu la. Dia comel gilaaaa. Dia masuk bilik guru dengan sorang kawan dia, nak ambik plastik. Maybe dia tak perasan sorang cikgu dalam bilik guru tu. Dia baru nak buka suara, kawan dia dah bgitau cikgu tu nak ambik plastik. Hehehe, comel laa. tembam lagi. Lol. Jahatnya aku xD

Setelah aku kaji, rupanya berjela jugak karangan aku harini. Hehehe. Kalau print, kasi kat cikgu, agak-agak berapa markah aku dapat ? - - - Maaf, karangan anda melebihi 7 perenggan. Markah anda - 1/100000000. Sekian .....

Salam Aidiladha


Choose Happiness

Assalamualaikum readers sekalian. First of all, aku nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua yang membaca. Mohon maaf kalau ada salah silap. Hehee, actually malam ni aku tak boleh online. Kena tolong mak aku masak itu, masak ni. Sekarang ni baru je balik dari pegi shopping beli nasi himpit. Haha. Tahun ni, aku sambut Raya Haji dekat Penang. Tak boleh balik kampung sebab abah kerja. Anyway, memang tamau balik kampung pon.


Bercakap pasal sembelih ni, esok siapa yang berani yang nak p tengok para lembu dan kambing mengakhiri hidup mereka? Rasanya kat flat aku ni takda acara sembelih dah kot. Hukhuk. Tapi seronok la lembu kambing ni terus transfer masuk syurga. :) Tadi time aku ber'tweet', tetiba ternampak tweet ni. Boleh buad aku gelak guling-guling depan lappy ni. 

Lembu nangis tak henti-henti, 
kambing pulak sorok diri, 
unta boleh buat-buat mati, 
ayam pura-pura kene denggi, 
patut la, jumaat ni dah Raya Haji.

Okey, habis dah bab Raya Haji. Hmm, nanti satu januari genap 2 tahun blog ni tercipta. Hampir setahun jugak la blog ni terbiar. Masuk je tahun 2012, baru nak bergiat dalam dunia blogger ni. Tapi, kekadang tu teringin jugak nak buad GA sendiri untuk blog ni. Selalunya join orang punya, why not kalau aku nak cuba.

"Ingat senang ke nak urus mende ni". Sebab tu la aku nak minta sikit pendapat korang pasal bab-bab cenni. Kalau boleh, nak berpatner. Ada sesiapa yang sudi ? Kalau boleh untuk orang yang lebih berpengalaman la. Huhu. 





2 in 1



Assalamualaikum, hehe. Today, aku nak tambah bilangan entry blog ni. Dan jugak nak lepaskan tension. Actually harini sangat-sangat memenatkan. Bukannya buad apa pon, stay all day long depan lappy boleh buad aku tak bermaya. grr, hate this feel. Entry ni, tanpa tajuk sebenarnya. Cause ni cerita random.

First of all, meet this new look of my blog. Simple, sebab takda idea dah. Tengok la header tu, comot. Footer pon takda, tatau buad. Scrollbar blom tukar lagi. Dan banyak lagi yang cacat. Before that, aku nak tnya mana yang lebih okey ? Whether this new look, or this old look. 






See? Aku tukar sebab sakit mata tengok bunga-bunga kecik tu menyemak kat situ. Lagi satu sebab sidebar dengan post berpisah. Nanti tak boleh letak header berdoodle handmade aku ni! Ceh, haha. Yes, saja luangkan masa dan tenaga buad doodle buruk kat header atas tu. 

Second, Harini aku terkezuttt  gila bila tengok follower aku meningkat mendadak, mendadak, mendadak. Lol, berkat usaha aku semalam blogwalking sampai dua ratus blog aku terjah. Percaya tak? percaya tak? Tapi 'jangan pandangku sebelah mata' sebab aku follow orang takda tipu-tipu ! Follow dulu, baru jerit kat shoutbox diorang. Kadang-kadang aku follow orang tu, tengok-tengok takda cbox. Takpa la, aku redha. 

Apa motif sebenar aku follow-follow orang ni? Actually sekarang ni aku tengah join segmen tambah follower ni. Nak join tengok navi. Harap sangat la dapat hadiah tu sebab aku dah usaha dah ni. Sobs sobs~ Kepada sesiapa yang tengah baca ni, sudi la follow blog usang ni. *Thanks. Tengokla perbezaan before join segmen tu, dengan sekarang.

 


Chatbox aku pon makin lama makin bertambah penjeritnya. Alhamdulilah. Hihi, Kalau tak semalam aku nak update pasal gossip. Tapi dah aku join macam-macam segmen, contest, giveaway so tak jadi. And youu! Yes orang yang tengah baca ni. Dah follow blom? Hehehehhehehhehe ~ Goodnight.

Forgot already, esok nak exam. Omg, aku tak study lagi  T_T










Cikgu kejam!



Hai, assalamualaikum. again. Hihi, lama tak update, sekarang takda idea dah nak buad entry psal apa. Today aku just nak kongsi pasal petang tadi, kat sekolah. Kejam gilaa cikgu tuh! Grrrr, tadi ramai yang kutuk-kutuk dia, ehem. Tidak termasuk aku yaa! So, aku just jadi pendengar. Dalam hati pon marah jugak. Sanggup dia buad camni kat pelajar dia? Dah la sekarang ni time exammm! Aku tau la budak-budak PMR dah freeeeeeeeeee. Tapi kami tak free lagi, sebab ada final exam. Grr, paling meluat bila penolong kanan petang kata - 

Semua pelajar form 2 yang berminat boleh bagi nama untuk Kelas Tambahan untuk PMR tahun hadapan dan akan diadakan pada minggu pertama cuti akhir tahun.

Nasib je ada 'yang berminat' kat situ. Bila cakap pasal ni, teringat balik yang aku lupa bagi nama. Grrr, nevermind. Esok lusa tulat kan ada? So, back to the main story. Tadi ada exam math. Dan paper 1 tersangaaaaat susahh! Omg. Aku tatau apa aku buad selama 1 jam lima belas minit tu. Tunduk, tengok kalkulator. Dan bila cikgu kata tinggal lagi sepuluh minit, aku pon tengok la paper OMR. Sangad kesian sebab ada 8 hitam ja ada. Mana nak cari lagi 32 ?! At the end, aku tembak, fire, smackdown je paper tu dan hantar. 

Tengok la betapa kejamnya cikgu yang buad paper tuh! Mesti ramai yang fail ni. Tapi alhamdulilah, math paper 2 senang, sikit. Tu pon sebab cikgu bagi soalan bocor. Hehehehhehe, paling best time kami meniru. Ramai orang mintak jawapan kat Fathin. Aku pon takkan nak lepaskan peluang keemasan tuuu. Kesian tengok Fathin kena copy paste jawapan dia dalam kertas sorang satu. Tapi cara aku mintak lain sikit. Nak tau macam mana ? Bagi paper aku kat dia, then dia buad. Pandai kan kan kan ?

Kepada adik kakak abang di luar sana, diharap jangan ambik iktibar kat sini ya. Sekian ...


Tips Yakin diri


Trust this.

Bila bercakap tentang yakin diri dan berdisiplin, ia adalah ciri-ciri keperibadian yang perlu ada pada remaja muslim. Macam yang we all know, ramai antara pelajar, remaja, whether lelaki atau perempuan yang kadang-kadang terfikir, apa yang dia buat tu salah ke betul. Diterima atau ditolak. Macam tu jugak orang yang tengah menaip ni. Kadang-kadang ada orang tu yang dikatakan sombong, sebab apa? Sebab orang tu takda keyakinan diri. Ceh, aku cakap lebih-lebih pulak. But bagi sesetengah orang tu yang memang takut untuk katakan something, why not amalkan cara ni? Well, aku pon tergolong dalam kalangan camtu. Hihi, mesti dicuba. So now, aku nak share sikit Tips keyakinan diri. Credit to - Muslimteens. Sharing is caring :)

Merasakan diri istimewa - Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Paling sempurna daripada segala makhluk ciptaan Allah. Remaja yang kurang berdasarkan beberapa sudut sama ada bentuk fizikal yang kurang sempurna, kesihatan yang tak menentu, tercicir dalam pelajaran, lahir dalam kalangan keluarga yang miskin, biasanya mudah berasa rendah diri diri hilang hilang keyakinan diri. Remaja yang menghadapi situasi ini mestilah mengembalikan keyakinan dan mencari keistimewaan diri. Setiap ciptaan Allah SWT di atas muka bumi ini ada kelebihannya masing-masing. 

Jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi - Kegagalan merupakan faktor lain yang menyebabkan seseorang remaja hilang keyakinan diri. Tidak mengapa, ramai insan yang berjaya adalah mereka yang pernah mengalami kegagalan sebelum ini. Jadikan kisah mereka sebagai inspirasi. Hanya insan yang mampu membangkitkan keyakinan diri dan kembali ke landasan kejayaan setelah melalui kegagalan.

Abaikan suara-suara sumbang - Anda mesti belajar mengabaikan suara-suara sumbang yang boleh menjatuhkan anda. Tingkatkan keyakinan dengan mendengar suaa-suara yang memotivasikan diri serta membaca bahan bacaan yang membangkitkan semangat dan keinginan untuk berjaya. 

Memahami bahawa kita tidak pernah bersendirian - Sesungguhnya kita tidak pernah bersendirian. Kita dikelilingi oleh ibubapa, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan ahli masyarakat. Sehingga hari ini masyarakat Malaysia masih merupakan golongan yang prihatin dan sering membantu. Yang pasti, jika tiada bantuan daripada sesiapa sekalipun, yakinlah Allah sentiasa bersama kita. 


So, jadilah Remaja Yang Cool!


Presents arrived




Hell-oh. Hehe, Hi there. Firstly, aku nak Thanks to every contest yang dah ambik blog aku sebagai pemenang. Semalam ada dua hadiah yang aku dah dapat. Tapi masih belom dirasmikan. Haha! Actually satu lagi present tu dah sampai hari selasa lepas. tapi semalam baru bukak. Mula-mula balik skolah tu, mak cakap ada surat cinta utk aku. Surat cinta kebendenyee, bila aku minta adik aku buad dunno je. Then semalam otw nak p school, ternampak sampul putih ni - 


Then bila pegang je sampul tu terus koyak. Hahhaa! Memang dah agak apa isinya. Tapi kat sampul tu takda nama orang yang hantar. Jadi taktau dari contest mana aku menang nih. Hish xD Nak tau tak nak tau tak apa dalam tuuuuu ? Hehee, jeng jeng jengg . 

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

Relax. Have a break with kitkat. Haha xp
|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

Tadaaaaaa ! ~

Otw nak p skolah, nak snap jugak. :p

Haha, Sangad seronok dapat Mustache Necklace ni. Kecik je pon. Anyway, Iloveit. :D Thanks sapa yang kasi ni. Huhu! So another present tu, aku dapat semalam jugak. Dah jadi rutin harian, balik sekolah check peti surat. Tengok dalam tu ada satu sampul putih. 'Siapa punya plak ni, kembung semacam je'. Tengok atas tu tertulis nama aku. Rasa macam nak lompat je. Hahahhahaahahaha xD Alhamdulilah rezeki masuk 2 kali.  *lap air mata. Jom tengok present tuu .


Brooch! :D

Ha ni, dapat sepasang. Hehe, blue colour. Thanks to - www.azrulin.blogspot.com iaitu Hotz mumma. Thanks banyak-banyak. Hihi, esok kita rasmi. Okey, the end :)








New look again ♥




Assalamualaikum, Hi there. Syukur alhamdulilah dalam satu hari je blog ni dah jadi new look. Dan tema kali ni ialah ---->  Colourful.  Penat tu tak payah cakap la, habis lenguh tulang temulang. Haha, apa apa pon aku dah puas hati sekarang. Dah boleh edit tanpa ambik banyak masa. Before this aku ada buad dua new look, tapi tak habis sebab banyak error. So kali ni dah jadi, alhamdulilah. Well, jom tengok old look dulu ;)







Grr, semua berubah. Sekarang dah colourful. Lain dari yang lain. Haha! Anyway, Aku nak thanks to bloggers yang banyak buad tutorial. Sorry tak buad credit. hukhuk! *takkan nak buad semua kot. So, nanti buad la banyak-banyak lagi ya. Boleh aku sekodeng. Ceh! Nak tau tak nak tau tak? Aku start edit ni since pukul 3 petang sampai pukul 8 malam. Tak makan, tak minum. Actually ada lagi yang nak dieditkan. Maybe lepas update ni la kot .. 

Not for you actually

Jyeah, dah lama tak update tetiba rindu. Hurm. Disebabkan harini cuti sempena Pmr's candidates tengah berperang, so aku spend time depan lappy all day long. Grr, tadi bangun lewat gilosss sebab semalam aku tolong mak aku sampai pukul 3 pagi. *baiknya aku :p. lol. Nasib baik la harini cuti. Omg, esok sekolah. Apa pon tak prepare lagi. Kbye :D




PAUSE HERE