Alhamdulilah ..



Okay assalamualaikum. Hihi harini aku nak story pasal blog ni. Waaaaaaaaaa, dia dah pakai baju baru. Sebelum ni colourful, lepas tu blue. Sekarang pink? Apa komen anda? Act aku sengaja tukar sebab ada yang copy something dari blog ni. Tapi yang paling utama sebab aku dah boring + bosan + muak dengan baju lama tu. Tak best la kan kalau asyik sama je. Lagi pon blog pon nak baju baru sempena tahun baru. eh?

Baju lama



Setinggi KLCC ucapan terima kasih aku ucapkan kepada semua bloggers, yang always support aku. Sekarang ramai yang request itu ini, nevermind. Aku sentiasa baik. Hihi minta je la apa-apa pon, in shaa Allah akan ditunaikan. Hoi header ke footer ke boleh la. Jangan mengarut minta yg bukan-bukan. Dan know what? Followers blog ni dah 1000 ! *lompat kegembiraan* Thankyou my followers, may Allah bless you always! *lap air mata*

Kepada follower yang ke-1000 iaitu Fatin, sila PM saya. Ada hadiah misteri untuk awak :)

Dan lagi satu, lagi satu. Baru-baru ni aku dah buat satu fanpage, hanya untuk update pasal blog. Takda cintan-cintan ye. Sekarang like dah cecah 200 lebih. Huhu thanks like. Korang yang blom like tu apa tunggu lagi? Cepat like! Aa kat sidebar tu. Korang tau tak fanpage tu baru ditubuhkan 15 december lalu? Tak sampai sebulan dah beratus. hihi. *bangga jap*

Sekarang giveaway yang pertama sedang dijalan bersama Nabilah. Tamat malam ni tau. Jangan lepaskan peluang sebab hadiah dia ohsem gila! Aku pon rasa macam nak ambik semua je. Antaranya ialah beg, shawl, lens, tudung bawal, selimut baldu, topup dan lain-lain! :D

Nak join? Click sini cepat sebelum tengah malam ni!


Blog oh blog ~



Assalamualaikum. Alhamdulilah akhirnya selesai jugak first contest aku. Penat memang penat tapi dah ada pengalaman and seronok. Dan nanti akan ada giveaway/segmen/contest yang akan datang yang dianjurkan oleh aku dan seorang blogger. Hihi dia tengah cari patner and luckily aku tengah free sekarang. So lepas ni pakat join ramai-ramai la noh. lol. Aku yakin hadiahnya gila gempak. Haha sebab apa? Ada lerr ~

Selama hampir 2 tahun bergelar blogger ni, aku bersyukur sangat-sangat yang teramat-amat sebab macam-macam experience yang aku dah dapat. Bukan je experience, rezeki pon melimpah ruah. (cewah) Memang tak rugi gila bersengkang mata, menghabiskan masa untuk berblog. Everyday ada je kontrovesi, berita dan yang sewaktu dengannya aku dengar dari bloggers yang lain. Belom mauk buletin utama lagi dah kecoh kat blog.

Act aku just nak coret and conteng pasal 'present/gift/prize' yang aku menang dari ga therosputih. Tadi aku dah claim hadiah tu. Claim? Yup sebab masa posmen hantar, aku takde kat rumah. Dapat notis dalam peti surat. Tinggal lagi 2 hari baru aku nak claim? Padahal dah 2 minggu. Haha. 


Treng teng teng! Ada tiga hadiah yang tak sampai. 2 dah claim. Sekarang tinggal lagi satu. Hihi paper kuning tu la yang aku claim tadi. Nak tau apa hadiahnyaaaaaaaa? Scroll bawah.


























Okay abaikan background. Cantikkan cantikkan? Hikhik warna tu atas permintaan aku sendiri. Act masa tu bengong gila nak pilih warna apa. Last-last yang ni yang jadi. Anyway thankyou so much! Korang nak jugak? Order kat sini [ http://therosputih.blogspot.com/ ] Dia jugak kai surat cinta. Nak tengok?


Waaaaa! Terharu *lap air mata* Okay dah. Sekarang ni aku kena tunggu lagi 4 hadiah. A shawl, wrislet, dress and lagi satu ...... er lupa. Haha sebab tu la aku kata tak rugi. Diulangi tak rugi jadi blogger. Okay tu saja. Bai!

Yaya and 'Cahaya Yang Cerdik' akan buat satu GA. Maybe malam ni nak start. Kami memerlukan beberapa orang sponsor. Ada sesiapa yang berminat? PM yaya di sini -






Dont read this ..



Assalamualaikum.
Hihi today updating pasal 1D. Haha apa ni apa ni. Sejak bila aku minat diorang ni. NOOO! Ok actually aku 'minat' diorang sejak aku tertekan huruf 'o' kat youtube dalam phone aku. Tak sengaja! Then tetiba keluar berderet One direction and bla bla ~ Then aku pon try buka and enjoy lagu and video diari diorang. Since then kalau sehari tak tengok memang tak boleh. Haha apa da ketinggalan. Whatsoever.

So tadi blogwalking satu blog directioner. Macam-macam info 1D kat situ. Hoho ada lawak ada sedih. Then, ternampak widget twitter kat tepi tu, ada nama 'Louis Tomlinson' . Apa lagi, terus click! Terkezut tengok followers dia. And aku followers yang ke 7, 822, 082. Ingat lagi ni. Then bila aku refresh je tambah lagi terkezut. Followers dia naik lagi seratus. Padahal baru 2 minit je. Adakah satu saat, satu follower? Bayangkan kalau sejam? sehari? seminggu?

Then aku try tengok twitter yg lain. Semua berjuta followers. Tapi aku just follow Louis & Liam. Sekarang aku nak tunjuk something. Sila scroll. Aku yakin korang akan terkejut. HAHA!










|









|




















|


















|

















|





















|









Treng teng teng !

Hahhahahahahhahaha! Terkejut? Yea memula tu aku terkejut jugak. Tapi bila aku tengok balik rupanya tu fake. Haha rajin betul dia follow orang yang baru lepas follow Liam. Ini menambahkan lagi rasa minat kepada Liam kalau someone ingat dia tu betul-betul Liam. 

P/s : Im Louis Tomlinsoner. erk?

Ketika ambil Wuduk niatkanlah dalam hati ..


Perkongsian rohani untuk bersama.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
 "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


25 randoms facts about me



Okay assalamualaikum. Hihi. Act aku dah 2 kali ditag. Dan sekarang baru nak join. Siapa penganjurnya ni? Idk. Tapi sekarang tengah free. Jom kenal aku dengan lebih jelas. Ditag oleh - Shaa & Munirah.

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

  1. Sensitif yang teramat sangat.
  2. Suka makan tengah malam. 
  3. Blushful 
  4. Not kpopper
  5. Not vegeterian. Semua jenis sayur tak makan termasuk bawang.
  6. Tak alergik dengan apa-apa pon. Alhamdulilah.
  7. Selalu melukis. Kekadang tengah malam cari pen & kertas bawah bantal nak lukis.
  8. Directioner
  9. Tak pernah dan tak suka tido petang. kecuali time sakit.
  10. Jenis yang suka terus-terang. Tapi dengan bukan strangers je la. Hoho.
  11. Melting bila tengok guys yang pakai kemeja then 'sinting' sampai lengan. Aww.
  12. Rabun! 
  13. Selalu keluar muka original dengan bedak je. Tak pakai make-up sikit pon termasuklah celak. 
  14. Hate smokers.
  15. Ada bantal busuk yg diberi nama 'Nou'. 
  16. Suka buat something yang orang lain tak buat. Apa tu?
  17. Suka tempat yang tenang dan selalu berangan nak pergi tempat tu.
  18. Penakut yang gila-gila.
  19. Jarang guna phone. Walaupun kredit berpuluh ringgit pon aku tak suka text, call! Malas.
  20. Penggemar telur goreng, cincang dan sebagainya. Kalau boleh setiap hari nk makan telur tu.
  21. Suka belajar benda yang baru. *tidak termasuk kat sekolah*
  22. Orang yang simple tanpa make-up, high heels, pashmina yg berbelit bila keluar.
  23. Ice cream lover! 
  24. Seorang yang ganas / tomboi dalam diam. 
  25. Selalu berfikiran jauh. Sampai ke Paris aku fikir. eh ?
Facts yang mengarut tambah lagi yang number 15. Wahahahhahahaha. Gila apa bantal busuk ada nama. So, aku listkan 25 blogger yang menjadi mangsa tag aku. So, tak rugi korang join. Tapi korang mesti free time tu sebab aku buat ni pon dah ambik masa hampir sejam. Haha okay jangan percaya.

http://le-umbrella.blogspot.com
http://be-readers.blogspot.com
http://bulatitucomell.blogspot.com
http://pinkybebehselimbat.blogspot.com
http://ciknynasbelog.blogspot.com
http://theprincessofstarlight.blogspot.com
http://ihanishaziqah.blogspot.com
http://hananhadila.blogspot.com
http://nienasofea.blogspot.com
http://thestorry.blogspot.com
http://watasin.blogspot.com
http://lilifarah.blogspot.com
http://online-story-mory.blogspot.com
http://norvanida.blogspot.com
http://lissa-lissalalissa.blogspot.com
http://impianakumemetikbintang.blogspot.com
http://music-syasya95.blogspot.com
http://cuties97.blogspot.com
http://lieyagadischocolate.blogspot.com
http://polovin-mylife.blogspot.com
http://nurull-syafiyqa.blogspot.com
http://dearsuperduperstar.blogspot.com
http://justforcontest.blogspot.com
http://pinkybebehselimbat.blogspot.com
http://flowers-on-me.blogspot.com






Alert alert



Assalamulaikum again.
Alert alert! Entry ni khas untuk 

Pemenang GA/Segmen/Contest yang Yaya sponsor doodle
Art trader with me
Requested doodle
Bakal pemenang Contest Swee Smile ( doodle )

Dengan ini aku hulur 20 jari memohon maaf kerana lambat buat doodle for you all. Sorry sangat-sangat. Sebab sekarang ni aku always busy ( tak pun ) dan kemalasan melanda bila nak buat doodle tuuu. And selepas Contest Sweet Smile tamat pada 25 december ini, aku akan bagi doodle tu untuk korang. Aku terpaksa buat macam ni sebab ramai yang dah tuntut doodle. Hanya sesetengah dah siap dan dah dapat. 

Kepada yang belum dapat, harap bersabar kerana lepas update pemenang for contest tu, yaya terus kasi doodle-doodle yang 80% siap untuk korang. Means belum diwarna. Jadi nanti korang boleh pilih doodle and warna apa yang dikehendaki. Nak baju berpatern atau apa-apa saja yang aku mampu, aku akan buat. Buat masa ni aku tengah pulun bikin doodle tu. So aku harap sangat-sangat jangan la kutuk-kutuk aku sebab tak buat and kasi doodle tu untuk korang eh. 

Terima Kasih sebab baca.

Nothing



Assalamualaikum.
This story is about my diary. Unsecret diary. So kalau yang dah baca atau yang terbaca tu jangan la kutuk-kutuk anything eh. Aku takde buku diari nak conteng-conteng. Takde bahu nak cry on. Yea actually ntah kenapa harini rasa macam ... grr tension. Stress. Sakit hati. Bersalah. Tetiba je muncul.

Dah cuba macam-macam utk hilangkan rasa ni. Main game, chat, tweet, makan. Tetap tak hilang. Aku ada buat salah kat sapa-sapa ke? Anyone? Hmm. Tadi aku stalk dia. Omg ni lah padahnya. Nak nangis pon ada. Istigfar banyak-banyak. 


11 december kalau tak silap aku la, tarikh dia pindah. And since dia pindah, ada sometimes kami text and calling. Tapi sekarang langsung tak dengar khabar. Online pon tak. Semalam try call tapi no answer. Yea sekarang ni handphone aku dalam masalah. Takleh receive text. Grr.
K bai.

Entry takde tajuk



Assalamualaikum rakyat-rakyat blogger sekalian. Hihi. Entry takde tajuk. Sebab entry ni random update dan takda kena mengena dengan korang. haha mungkin ada sikit. Stop tengok gambar atas ni. Yea actually takde motif apa-apa pon gambar tu kat situ. Sekarang ni aku selalu tengok video clip 1D. Hohoho! Seriously Louis William Tomlinson  sangat cumil. Haha. Banyak video diorang yang lawak-lawak. Tambah-tambah lagi dengan perangai Louis yang gila-gila. Hahahhahahhahahah k stop gelak.


Baru-baru ni aku tengok trafik blog ni makin meningkat. Wiwii, ramai yang jenguk blog usang ni eh? And sejak aku balik kampung haritu, trafik menurun tak naik-naik. Haha kesian. Anyway dalam entry ni jugak aku nak share goodnews. Setelah sekian lama menanti! Akhirnya aku menang jugak satu giveaway yang ada hadiah dress. Dulu penah join satu segmen follower yang naik paling banyak dapat dress dari Khairunnisa. Sejak tu aku usaha gila-gila nak menang. Akhirnya tak dapat. Takda rezeki *lap air mata*

And today, pagi tadi, dapat tau aku menang dress dari giveaway yang tak kena buat entry. Haha, katanya special winner. Selepas dikaji, rupanya dia pilih berdasarkan blog yang kemas & ringan. Alhamdulilah. Well, sejak kebelakangan ni rezeki melimpah ruah. haha syukur alhamdulilah. Dapat menang giveaway dari mohdnoorshawal and dapat topup RM5. Esok dapat la. Haha! Dan menang giveaway dari Aliya dapat bloglist sebulan. Rezeki jangan ditolak. Dan hadiah wrislet & Shawl from giveaway Ika & Ayu akan dipos minggu depan. Ahh, tak sabar nak tunggu! x
D

Okay dah. Over pulak aku ni. Ye aku tau entry ni macam belagak pon ada. So, Im sorry jika ada terkasar bahasa dan yang terasa. Haha, okay babai. Another giveaway nak dijoin. Nak join jugak ?

Click sini untuk list giveaway, contest & segmen :]

Berjaga malam berisiko hidap diabetes



Assalamualaikum. hihi mesti ramai readers yang selalu tidur lewat, bersengkang mata semata-mata nak online. Haha macam tu la kita. But korang tau tak kita berisiko hidap diabetes ? Tadi jiran Yaya bagitau, anak sedara dia 'hampir buta' sebab menghadap gadgets tanpa henti sampai tengah malam. Doktor kata dah tak ada harapan. Innalilah..

Baru-baru ni Yaya baca paper Kosmo! ( credits ) dan dapat tau ni. Sharing is caring :)


Berjaga sepanjang malam untuk bermain permainan video ( dan yang sewaktu dengannya ) boleh menyebabkan remaja berisiko untuk menghidap diabetes. Kajian menunjukkan, mendapat tidur yang cukup boleh membantu remaja mengawal tahap insulin dan mengurangkan kadar peluang untuk menghidap penyakit yang berpontensi membawa maut. Tahap rintangan insulin yang tinggi boleh membawa kepada penyakit diabetes.

"Sekiranya remaja yang biasanya tidur enam jam setiap malam mendapat satu jam tambahan masa tidur, ia akan meningkatkan rintangan insulin sebanyak sembilan peratus."

Kadar rintangan insulin yang tinggi dikaitkan dengan waktu tidur yang singkat tanpa mengira faktor seperti umur, jantina, kaum, agama, ukur lilit pinggang dan jisim badan seseorang individu. 

( Sebenarnya banyak lagi tapi dah dipendekkan. Refer bawah )




Mengingati Kematian



Hidup ini hanya seketika dan sampai masanya kita semua akan kembali kepadaNya bawa dosa bawa pahala. Itu bermakna kita bukanlah siapa-siapa di dunia yang fana ini. Hanya nilaian taqwa yang akan membezakan siapa kita disisi Allah. Allah menyayangi kita dan dia masih memiliki rencana-rencana untuk kita dihari depan. Jadi ingat la kematian terlalu dekat dengan kita. Ingatlah kematian tidak mengenal usia dan masa.

Bertanya Imam Ghazali : “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.Murid-muridnya menjawab : “orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya”.Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. 

Sebahagian manusia merasakan bahawa sesungguhnya kematian itu ialah berakhirnya sebuah kehidupan, dan terhentinya perjalanan seorang manusia, tidak ada kehidupan dan perjalanan lagi selepas itu, dan tiada juga kebangkitan. Ia bagi mereka merupakan kehancuran.
Allah SWT sebagai Tuhan yang menciptakan kita, Allah juga telah mengutuskan Rasulnya, menurunkan kitab suci untuk menerangkan hakikat kehidupan dunia, kematian dan kehidupan akhirat. Allah SWT telah memberitahu manusia ia dihidupkan di dunia juga memerangkan bahawa kehidupan akhirat itulah yang hakiki dan abadi. Allah SWT telahpun menjelaskan kepada kita bahawa kehidupan dunia ini adalah sebenarnya peluang untuk kita diisi dengan bekalan selepas kematian. الدنيا مزرعة اللآخرة.
Allah SWT telah memperjelaskan bahawa kehidupan dunia bukanlah alam kenikmatan, kenikmatannya terlalu sedikit dan kecil, kehidupan selepas kematian itulah yang kekal. Oleh yang demikian Allah SWT mengingatkan manusia dari terus tenggelam dalam arus kehidupan yang tidak mengenal kematian. Firman Allah:
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لا يُبْخَسُونَ، أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ.
Maksudnya: “Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang Yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa Yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa Yang mereka telah kerjakan”.

Kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.
Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah. Ada sebilangan mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu mati dalam keadaan khusnul khatimah dan mengampuni segala dosa-dosanya itu.


Sebagai penghayatan bersama. :Lebih elok kalau dengar guna earphone atau headphone. Hayati lirik-lirik tu. Fokes pada video ni. Yaya penah nangis kalau buat mcm tu.

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga,maka sungguh ia telah beruntung, Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(surah Ali Imran,3:185)

Terima Kasih !



Assalamualaikum ! Haha, entry kali ni pasal present from GA dan sampaiii ! Weeeeeeeeee, happy gila tadi! Hadiah ni dari GA Eyna Lollipop. Actually dah lama sampai. Masa posmen ketuk pintu, aku tak buka. Haha, sebab masa tu tak mandi lagi. Dengan rambut yg berserabutt. Sebelum ni kalau hadiah from GA mana-mana pon terus masuk peti surat. Ni sebab guna pos laju. Huhu, Thanks abah sebab call pos laju tu sruh hantar balik xD K jamu mata jap.


Dan hadiahnya ialah ...
( scroll bawah )














|


















|















| Tadaaaaaaaa |


Terang gila warna oren tu. Anyway, Thanks banyak-banyak. Ada brooch lagi. Hihi. Okay, lagi satu goodnews for me, aku menang contest I choose to wear Hijab. Hehe, even just saguhati. Know what, peserta dia 300 lebih ! Tak sangka boleh dapat. Haha, thanks random.org. Still belom tau apa hadiah tu.

And and and, lepas check list GA, Contest and Segmen ( Click sini ) tadi, aku menang Mega Giveaway by Yana Yassin. Memula tu tekeut jugak tengok gambar-gambar artis yang cabut number. At last, aku nampak number aku dicabut artis Siti Soleha. Haha, Ohsem. 

Click gambar ni !

Okay tu saja. Sekian terima kasih. Oh before terlupa, jom join contest pertama aku. Hadiah menarik ! :D





Bila Exam ....

Assalamualaikum. Hehe, ni ialah satu cerita rekaan mata-mata. Grr, susah gila buat mende ni. haha boring punya pasal. Credits to - Weheartit & Glitter-Graphics

Before exam


Time jawap exam

Time result keluar dan result saya down ..

Muka-muka yang dapat result best



Dan saya pon ..



Tidak puas hati dengan result,
Saya tanya cikgu
Cikgu, knpa result saya mcm ni?

Kamu tak usaha betul-betul

Tapi saya dah buat betul-betul!

No ~

Tapi saya nak A, nak A, nak AAAA !

I said no no no ~

K fine!

Dan saya rasa macam nak ...

 Bila saya balik tempat saya, kawan saya ...




Dan saya pon rasa ...


Bila orang yang result best balik rumah ...


Bila saya balik rumah ...






Penah rasa macam ni ?





























PAUSE HERE