Not so good story.


Assalamualaikum wbt.

Hi jumpa lagi. hehe it seems like i havent post any entry for two weeks. Im not very busy but well, saja buat-buat busy. I am very lucky cause i still free without tuition class this year. dont know when should i attend tuition class for form 4 damn killer subjects. Dah hampir sebulan, aku belajar chemistry, physics, bio, addmath and some other killer subjects. I guess i still cant handle those subjects. Eventho it's just the intro or just the beginning. Susahhhhhhh. Tapi kena jugak struggle semua tu. Dah gatai nak masuk sains, sekarang nak menyesal pulak. Aku boleh jelah catch up apa yang cikgu ajar. Tapi bila nak buat homeworks, apa pon tak tahu. Nasib baik first month weolls just buat experiments for PEKA. Tak banyak sangatlah nak belajar pon. (yay i love experiment!) haha k fyi kami belum belajar apa apa lagi subjek biologi tuh. Asyik cuti. Kalau tak cuti, cikgu pulak tak datang. Baru sekali je cikgu masuk, terus ajar chapter 2. Cell bla bla bla k aku tak ingat langsung. Rasa macam nak tukar ke lukisan kejuruteraan ja. tsk tsk

Sooo... my previous post was about not talking so much, concentration and whatever aku taip kat situ, semua berubah. Aku makin cakap banyak. Rasa macam nak berkawan dengan semua oranggg. Start buat benda gila. Start bersembang dengan cikgu (k aku jenis susah nak bercakap dengan cikgu sebenarnya) and start makan banyak AHAHAHA. 

Harini weolls ada sekolah ganti untuk hari raya cina. Macam biasalah kalau ada sekolah ganti mesti ada aktiviti. Dan aktivitinya ialah gotong royong ikut persatuan masing-masing and start belajar lepas rehat. unfortunately ahli st john macam den ni kena bawak either pasu or bunga untuk tanam dekat depan makmal sains. Nak bawak tu lah yang bermasalahnya. Tapi aku pergi sekolah jugak sebab apa? sebab nak kehadiran aku penuh so aku boleh dapat anugerah yay! Aku pernah dapat anugerah time form 2 for pendidikan seni and form 3 takdak rezeki. Makah paling tinggi dalam kelas, tapi tak tertinggi dalam senarai pelajar batch 98. see, dah lari topik. So bila dah boleh start gotong royong, kami bukannya pergi tempat st john, tapi pergi kelab kembara cabut rumput, kutip daun kering, potong ranting pokok guna gergaji, siram pokok and so on. Memula tu bersemangat je buat. Bila dah ramai-ramai dengan geng, idea gila pon menjelma. Lawan sapa penuhkan plastik sampah dulu, menang. Habis semua kami cabut. Daun yang sedang membesar dan masih subur pon jadi mangsa tarik tarik. 


And then lepas dapat makan free dengan air mineral tak sedap, kami sambung buat kerja balik. Botol mineral yang tak sedap tu, kami cucuk kasi lubang untuk siram pokok. Tapi pokok tak basah, kami yang basah. Sampai kena sound dengan 'kakak garang' muahahhahahahhaha. (normal thing to us :p) Then weolls duduk atas rumput, sembang like a boss. Tetiba teacher keluar kasi gergaji dari bengkel kh untuk potong semua ranting tak guna yang merosakkan suasana (ayat kelas gitu). Habis semua ranting kami potong. Yang cantik pon main pijak kasi patah je hahahhaha. Habis luka tangan and jari masuk selumbar berulang kali. Saya okay, saya dah besar.

Time rehat, kami lepak like a big boss dekat kantin. Agak-agak dah boring, baru masuk kelas. Tapi still takdak sapa kat kelas. Semua masih sibuk. Kami pon sibuk keluar masuk kelas sebelah. Buat kacau time dorang busy cat kelas (warna macam hospital sakit jiwa) walaupun ada cikgu Hasliza dalam kelas tu. Haha cikgu tu relax je, siap panggil kami dari kelas 4A pergi tengok warna cat kelas dia 4B. And aku pon start lah buat kelas B macam kelas sendiri. Semua students 4A 4B main kutuk kutuk warna cat, lawan cat kelas dll. Memang lah macam budak-budak. Tapi semua ni lah akan jadi kenangan bila dah kerja nanti. tsk tskkk T^T

So harini aku dengan jayanya telah mengsia-siakan kudrat tenaga aku dengan membawa buku buku yang berat lagi menyeksakan tetapi tidak langsung menyentuhnya. Nasib baiklahh aku dengar kata hati 'takyah bawak buku teks math, tak guna pon nanti". hehe okay the end

#Requested.


Form 4



Assalamualaikum wbt.

Since hampir seminggu aku start sekolah, aku tak dapat nak active blogging seperti mana seaktifnya aku blogging tahun lepas dan tahun sebelumnya. Aku betul-betul takdak masa. Nak kena struggle all the new things yang aku tengah struggling now. Semuanya pasal form 4 subjects. Disebabkan aku stay dalam kelas sains tulen, so minggu pertama persekolah aku cuma dengar "chemistry susah gila nak mamp.." "biologi susah sebab takda sapa pernah dapat A" "fizik kena belajar betul-betul, kalau tak menyesal seumur hidup" "kalau tak reti jalan kira addmath you better get out" "bm dan sejarah wajib lulus spm!". Hampir semua orang cakap macam ni and aku pon ..... tak tahulah. Cuma satu subjek ja yang cikgu cakap senang and ada peluang nak dapat A plus plus, iaitu math. Lawak.

Dan sejak aku tak lagi sekelas dengan fathin, aku jadi makin serius nak belajar. Bukan apa, tiga tahun sekelas dengan dia, aku asyik tiru dia je. Homework ke, nota ke, exam ke semua aku belasah ja dari buku dia. Bila dah duduk dengan bff yang lain, rasa macam duduk sorang-sorang je. Nak cakap apa-apa pon teragak-agak. yelah lain orang, lain pendapat. Kadang-kadang apa yang kita cakap sesetengah orang tak boleh terima. That's why aku lebih banyak diam, tak banyak cakap dengan classmates and banyak concentrate bila cikgu mengajar. Punyalah concentrate tengok cikgu sampai boleh tembus dinding. Nasib je dalam otak aku ni tak fikir 'tahun honeymoon, takyah belajar'. Kalau tak sampai sekarang aku tak tahu ada perkataan quadratic expression dalam addmath. Tu baru perkataan, belum soalan.  Tapi aku masih kamcing dengan fathin sebab weolls pergi sekolah sesama. Pagi buta pukul 6 dah terpacak depan gate. Awal gila aku cakap. Ni baru first week. Nanti berweek-week ha tengok la alarm vibrate gegar katil nak runtuh pon aku masih boleh mimpi indah sebab orang lain tido pukul 10, aku tengah malam baru jumpa bantal. Masuk tido awal pon, selagi wifi tak off lagi tu menghadap wechatttttt har har har~

Bila duduk kat rumah lagi lah tak tahu nak buat apa. Kalau dulu time pmr memanjang je study. Tahun ni pon jadi terikut-ikut. Disebabkan tak ada buku teks and buku rujukan lagi, aku study kat fon je. Buka youtube, tngok ITTV. Memang awal-awal tak faham, lama-lama bila dah faham mula lah nak rasa bangga diri boleh buat soalan addmath sendiri -_- Dunia dah maju, zaman dah berubah. Kini segalanya hanya di hujung jari. Ho ho ho

Hm actually aku still tak percaya aku dah form 4. Cepat sangat masa berlalu. Aku rasa sangat tuaa aaaaa.  Tapi takpe tadi ustazah kata perempuan paling cantik, comel, cun dan perasan bila berumur 16 and 17. So dont worry tak akan ada kedut kedut lagi hehe. Aku rindu masa form 1, form 2 dulu. Masa baru kenal dunia sekolah menengah. Masa mula mula lepak dengan kengkawan dekat k ef ci. Masa jadi budak jahat time form 2. Sekarang dah 2 tahun terakhir sebelum keluar sekolah. Tapi tak rasa pon macam senior. Bila jumpa juniors, rasa macam dorang lebih tua dari aku. Nampak matang-matang. aku ni, masih happily ever after gelak gelak dengan kawan kawan macam budak budak. Hm okay i need to change for the better. k bye.



New year again.


Assalamualaikum wbt.

Yay selamat tahun baruuuuu. ehehe finally do ribu tigaa blas berlalu. Cepat gila masa berjalan. Aku still ingat lagi aku beli buku, beg sekolah and stationery untuk sekolah 2013. Macam mana aku kelam kabut call aten nak tanya beg warna apa bla bla. Nak beg sama colour lah kononnya. Then masuk sesi pagi, kenal-kenal dengan cikgu sesi pagi, buat preparation for pmr, study pepagi buta, jawap pmr, lawatan sini sana, enjoy dengan kengkawan tahap tak hingat and so on. Sekarang semua dah jadi history. Semua tinggal kenangan sobsobs. And now aku nak kena struggle untuk form 4 yang seriously aku tak faham langsung. Semua jadi baru. 

Semalam wa sudah start sekolah. I mean orientasi. Beg and pen lama lama semua aku cuci. Kasut je tarok dalam beg kasi buang. Ntah pape je tapi orang dah over excited sangat nak pergi sekolah macam ni lah jadinya. Tambah lagi nak pegang title 'pra-senior' sekolah. kah kah kah kelas kau maria! Well, dari dulu lagi wa suka sangat dengan number 16. Cantik. Tapi tak secantik benda nak belajar lah. Bila masuk kelas orientasi semalam, cikgu kasi taklimat pasal course yang nak ambik. Boleh dikatakan semua course susah. Weolls pon tak tahu nak tukar ke tak. ohya cikgu dah tentukan kelas kami ikut result pmr. And aku terpaksa berpisah dengan half classmates + bff. Memang lah seronok duduk dalam kelas yang aku nak, sains (even aku tahu ingat senang ke hahhh?) tapi macam mana nak teruskan hidup perjuangan study tanpa pertolongan cemas dari dorang time exam? krik krik ..

So it's a new year again. Forget everything. Start a new chapter. Make a new fairy tales. Stop blaming. Be thankful. Apa apa pon, happy new year for aaaaaaall my readers and stalkers. Have a wonderful new year! #NewYearWishes 






PAUSE HERE