Part-time job? it's actually the first thing I thought to do than others. Gua kena pilih nak kerja dulu or nak buat lesen dulu. Laju je mulut ni kata nak buat lesen dulu sebab terfikir dapat lesen nanti boleh drive gi tempat kerja. Banyaklah hang punya drive, daftar disember 2015, dijangka habis febuari 2016. Tiga bulan doe kena belajo driving. Nak kerja pun tak sempat sebelum result SPM keluar. Tapi takpa kita redho. Jap nak cerita pasal driving class. Itu hari gua pergi dengar ceramah 6 jam sesorang sebab nak buat rahsia-rahsia. Nak bagi member assume aku drive tanpa lesen bila terjumpa aku dekat mana mana. Lepas tu dengan bangganya kad lesenku genggam dan angkat ke udara sambil
3 hari lepas tu, computer test. Masa daftar haritu aku dapat buku latihan 500 soalan. Tiga hari tu aku habiskan satu buku dengan ilmu meng-highlight serta meng-hadam yang aku praktikan masa study for SPM dulu. Nampak tak kegigihan yang terpancar di situ? Hahahaha aku dapat 48/50 yay! Move to another new level. Aku start belajar drive sampai lah sekarang tak habis-habis lagi. On the way ke pre-test. Allah yuftah alaikum!
Since aku baru je muncul balik dekat belog ni, ceritanya pasal aku jelah. No life beb cuti lama-lama tanpa aktiviti ni. Sama ada tercangak depan laptop, lesap dalam phone, terbongkang dengan novel, tenggelam bersama makanan atau hilang dalam mimpi. Ada ah kadang-kadang bosan nak rak aku geledah apa je dalam rumah ni untuk buat craft. Menjahit keje aku satu hari. Nampak macam dah boleh buka bisnes ni. Any support?
Move to another chapter, now aku unofficially 18 tahun dah dewasa dah ohoi. Kena cuba amalkan "no hard feelings, no overly emotional." Till we meet again. Bye