Story



Assalamualaikum wbt.
Hi there. hehe alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk menaip untuk entry ni. Hari ini, 2 ogos, tamatnya trial pmr secara rasmi bagi sekolah aku buat selama lamanya sebab tahun depan dan seterusnya dah tak ada pmr kan kan? Itu pon kalau mansuhkan pmr tu tak ditarik balik lah. Jadi bolehlah aku ambik kesempatan ni untuk onlineeee. yey! Terima kasih kepada sesiapa saja yang wish goodluck. I really really appreciate it. Dan yang dah doakan aku tuu, thanks so much. Manalah tahu kan dalam diam-diam ada orang doakan. haha apa apa pon goodluck kepada pmr candidates yang dah habis trial, selamat menunggu result. Abang kakak yang tengah dan akan facing trial spm tu, goodluck k.Yang tak habis lagi trial pmr tuuu, haaa jangan ingat raya ja. Trial tu yang paling penting k ;)

Sedar tak sedar tinggal lagi lima hari kita puasa. Rasa macam sat saja dah nak raya. Raya tahun ni mesti paling bermakna sebab tak payah fikir pasal exam dah sebab trial baru je habis. Puasa tak tinggal! yeyy. Eventhough pmr is just around the corner, apa salahnya kan nak ambik masa bergembira di hari raya even bila hari raya terperap dalam rumah ja. hahahhahahahhaahahha *lempar buku jauh jauhh* Tapi tapi tapi lepas school break for 2 weeks ni, cikgu kata ada exam exam exam sehinggalah 2 oktober, pmr. Idk kenapa nak buat exam banyak banyak. Tension duduk atas kerusi berjam jam. Nak bercakap pon tak boleh. pffftt.

--------------------------------------------------------- Yesterday -------------------------------------------------------

Semalam 1 ogos, ustazah a.k.a pk pentadbiran sekolah jemput kami satu kelas 3A iftar dekat rumah dia. Happening gila malam tu. Kami kena bawa makanan sikit-sikit ala ala potluck gitu. Petang tu dalam pukul 6 setengah kelam kabut bersiap sebab mak nak hantar. Last minute baru nak bagitau boleh hantar. Semalam pergi sana pakai baju jubah ala ala dress sikit yang dapat daripada sponsor from giveaway yang aku pernah menang dulu. Jadi nak pergi jalan pon memang tak boleh ah. Dah lah jauh. Lepas ambik fathin, terus pergi sekolah and berkumpul kat situ sebab ramai yang tak tahu rumah ustazah kat mana. Takut jugak nak keluar kereta sebab takut baju tu over sangat. Nak iftar je pun. Tapi bila dah keluar, "nak pi meminang ke ni?" ayat tuuu ja deret dengar. Dalam hati "ha yelah. Meminang crush" --'


Sampai je depan rumah ustazah, terpegun sekejap. Baru depan rumah dah nampak perghhhh cantik gila rumah dia. Ala-ala vintage gitu. Masuk rumah, ternganga xD Rumah idaman tuu. Tiga tingkat, ala-ala vintage. Jeles muchh. Then lepas ambik wuduk, terus duduk atas sejadah sementara tunggu azan maghrib. Lepas azan, minum air sikit then terus solat yang diimamkan oleh ketua kelas. Lepas solat, terus serbuuuuuuu makan. Yang tak boleh puasa tu ha yang melebih-lebih. Tak cukup sepinggan. Macam-macam makanan adaa. Nasi ayam madu, sate, karipap, donat, finger maiyonis, kek coklat, mee goreng, dadih and more. Serius terkejut tengok makanan sedap sedap. heheheheh.

Lepas makan, kami sembang sembang dengan family ustazah. Lepak rumah dia lama-lama sementara tunggu parents mai ambik. Sesi fotografi jugak disediakan. hikhikhik macam macam kerenah. And orang yang menaip ni pon dua kali lima jugalah. Seronok sangat iftar dengan classmates & ustazah semuaa. Tak rasa awkward sebab kami memang rapat. Kenangan yang akan tersemat dihati buat selama lamanyaa. cewaahhh!

Fathin and mee. Baju tu hadiah daripada sponsor kepada satu giveaway yang aku menang. heheh best pakai.

Di sebalik tabir. Tengah tunggu student lelaki ni haa. Lambat benor sampai sempat snap snap.

Cantik rumah ustazahhhh :')

With ustazah. Tiga dari kanan :)

----------------------------------------------------------- Today --------------------------------------------------------

Tadi ada sambutan khatam Al-Quran dan hari raya. Sampai sekolah pagi tadi, iffa balqis syuhada semua bising kata 'dia' handsome la, smart laaa. Keinginan untuk jumpa dia semakin berbuak buak. cewahh. Tadi pergi lambat sikit sebab hujan lebat. Takkan nak redah je hujan tu dengan naik moto. Before berkumpul kat dewan, kami ada lagi satu paper trial seni. Jawap sebelah mata je. Betul ke salah ke tak kisah dah. hahaha tak penting :p Sepanjang berjalanan pergi dewan yang betul betul atas bukit, mata meliar cari dia. Tetap tak jumpa. Tension betul. Trial punya pasal, kami masuk dewan lewat then terpaksalah duduk belakang. Sementara tunggu acara start, kami sembang sembang. Tiba-tiba nampak dia. Masuk dewan dengan bergayanya. Penuh kehandsomeman. lol sumpah nampak lain ..........................

Dapat tengok sat sajaaa sebab takut dia terperasan aku tengok dia. Sobsobs. Habis je sesi salam salam dengan cikgu, kami terjumpa cikgu pauline kasi duit raya dekat student lain. Apa lagi, terus serbu nak duit raya nak duit rayaaa. Macam budak budak pon ada. hahaha okay ah, cikgu sporting x
D  Dia satu-satunya cikgu yang kasi duit raya :') 


Hm cumaa .. sedih. Lepas baca Yassin, langsung tak nampak dia. Tak tahulah menghilang kemana. Punyalah tunggu dia sebab harini hari terakhir sekolah. Dua minggu nak cuti :'
( Sampai fathin kata dia boleh buat novel pasal ni bertajuk Setia menunggu. Hm, nevermind lah. Selamat Hari Raya,readers. Mohon maaf kalau selama ni aku guna ayat ayat yang megguris hati dan perasan readers sekalian. Dan jugak penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua, sorry sangat sebab memang dah terbiasa guna macam ni. Kalau nak guna nama memang awkward sangatlah. haha okaylah bye, goodnight :*




Trial?


Assalamualaikum wbt. 
Since we all know pmr candidates are now facing trial. Setakat dua hari a.k.a 3 paper ni nak kata susah tu tak ada lah sangat. Nak kata senang tu mungkin satu keajaiban. But cikgu banyak bagi clue and beberapa soalan berkaitan yang masuk. So that kami bolehlah balik cari. Easy. Tambah lagi kalau clue yang cikgu bagi tu sebijik plus plus, memang bonus lah :D Macam paper two bm. Sederet masuk yang cikgu bagitau. Nasib baik sempat search google ni haa. Karangan ayat dramatis yang dah hafal ni pon still boleh ingat lagi. Yesterday cikgu pauline masuk kelas time kami sibuk jawap paper 2 bm, bersemangat dia bisik-bisik bagitau apa yang nak masuk paper bi esoknya. Jahatnya aku cerita kat sini xD

Hm apa apa pon yang dah lepas biarkan berlalu. Sekarang nak fokes papers killing subjects yang akan menghantui tak lama lagi. Semangat 8A's kian berkobar-kobar eventhough ni cuma trial. Seronok apa kalau score straight As trial ni. Ahhhhh impian semata mataaa. But at least aku dah cuba yang terbaik. Miracle happen when i've been stay alone in my room for this 2 weeks just nak study. Weekends, lepas sahur terus study sampai matahari memancarkan cahaya suriaa *cewah* and kalau weekdays balik sekolah terus study sampai midnight. Tapi janganlah salah faham. Ada la waktu waktu tertentu aku stop iaitu time solat dan iftar. em hope usaha yang baru pertama kali jadi dalam hidup aku ni tak sia sia. Mesti bestkan kalau straight As pmr nanti? :') Dapat banggakan mak abah family cikgu kawan dan negara. Satu impian, study oversea. aaaaa! Dx But sometimes i wonder, kenapa orang pelik bila aku cakap target pmr ni 8As. Yela tahu lah aku tak berkemampuan, tapi kalau kita dah keep in mind target kita 8As tu, inshaAllah dengan usaha dan doa mesti akan dapat punya. example kalau kita target macam 7A macam tu, mesti satu lagi subjek tu awal-awal tolak tepi taknak study sebab dah set dalam otak subjek tu tak boleh dapat A. So, jangan pertikaikan keputusan aku target 8A pmr ni. No no.

em, harini hari khamis. Satu satunya hari yang .... brings happiness to me. Satu satunya hari yang ada dalam seminggu. 4 hari dalam sebulan dan beberapa hari dalam setahun. Heheh nak terus terang kat sini, takut si dia sedang skodeng. Takut jugak ada classmates/schoolmates stalker tak bertauliah menjenguk blog usang ni. Memang kalau boleh taknak 'benda' ni dia tau. Tapi problemnya bila nampak dia ja, otomatik mulut ni terukir senyuman. cewahhhhh yalah. Siapa yang tak tersenyum tersengih kerang busuk sorang sorang bila nampak crush? Bohong sangatlah kalau tak kan. em salah aku jugak stalk dia hari hari sampai terkantoi. Hish tak reti nak cover langsung. Sekarang tanggunglah penderitaan yang tak sudah sudah ni. Penderitaan merindu :') btw thanks crush. Sentiasa tau apa yang aku nak. Sumber inspirasi. Semangat jawap paper exam sebab wish tu.


Disebabkan esok cuti hingga weekends, so aku menggunakan masa masa yang berharga ni dengan melakukan satu satunya hobi aku iaitu update blog. Satu hari ni nak onl je. Esok baru start study balik. Kadang kadang work too hard doesnt make any sense. Have a break, have a kit kat. Sorry kit kat tak ada. Kalau ada pon tak boleh makan sebab puasa. Bercakap tentang puasa, alhamdulilah dah setengah bulan dah kita berpuasa. Syukur sangat sampai harini tak tinggal lagi. Bukan senang tauuuu. Cepat sangat masa berlalu and sekarang tinggal lagi 15 hari kalau tak silap, kita rayaaaaaa. Nak exchange kad rayaa? jom jom :D send your full name and address to my fanpage. Ada dekat sidebar tu haa. Okay thats it. Thanks for reading. Wish me luck. Assalamualaikum wbt.






PAUSE HERE