Kelebihan zikir La Ilaha Illallah

Assalamualaikum. Sunat bagi salam, wajib jawap salam. Hee nampak tak nampak tak? Blog ni dah tukar baju. Dah lama nak makeover blog ni, tapi sekarang baru sempat. Ugh penat gila. Dari pukul 1 hingga pukul 7 mengedit blog, lenguh satu badan. Tapi alhamdulilah hasil memuaskan. Ni first time edit guna edit html yang baru. Memang ah agak blur mulanya, tapi korek korek jugak sebab dah bosan tahap cipanzi dah tengok baju lama. So, let see. Memang sekarang aku tengah berhijrah atau lain kata, berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik. Inshaa Allah. Banyak kelebihan zikir لا اله الا الله ni. 

1- La Ilaha Illallah adalah harga Syurga.
2- La Ilaha Illallah adalah memastikan keampunan.
3- La Ilaha Illallah adalah kebaikkan terbaik.
4- La Ilaha Illallah adalah penghapus dosa dan segala kesalahan.
5- La Ilaha Illallah adalah sebagai memperbaharui iman yang pudar.
6- La Ilaha Illallah adalah pengangkat hijab sampai kepada Allah SWT.
7- La Ilaha Illallah adalah zikir yang paling afdhal.
8- La Ilaha Illallah adalah pendinding daripada syaitan.
9-  La Ilaha Illallah adalah penyelamat daripada neraka.
10- La Ilaha Illallah adalah penolong.

Rasulullah saw pernah bersabda di dalam beberapa sabda baginda antaranya ialah,
dari Ubadah Bin ash Shaamiti, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud. "Barangsiapa bersaksi mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah. Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan neraka baginya."

Rasulullah saw bersabda, dalam sebuah hadis qudsi ALLAH berfirman "LAILAHAILLAH" adalah kalamku. Akulah yang kehendaki pada kalimah ALLAH. Barangsiapa yang berkata kalimah ini beerti ia telah masuk ke kotaku. Dan barangsiapa yang masuk ke kotaku. maka selamatlah ia dari siksaku."

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud. "Barangsiapa yang berkata 'laa ilaaha illallahu; dan memanjangkan sebutannya (pada huruf mad) kata ulamak pada "laa" yang berada di awal, nescaya ALLAH akan meruntuhkan 4000 dosa besar yang telah dia perbuat" Para sahabat bertanya kepada Rasulullah. Bagaimana jika ia tiada dosa besar? Maka Rasulullah berkata. "ALLAH akan mengampunkan dosa keluarganya dan jiran-jirannya."

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud. "Barangsiapa yang membaca 'Laa ilahaillahu' maka ia akan dapat menolak sebanyak 99 bala dan dapat menghilangkan segala kegundahan dan kesedihan yang dialaminya."

Rasulullah bersabda. "Barangsiapa yang berkata kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADARRASULULLAH sebanyak 100 kali, maka tatkala ia datang di hari kiamat dengan wajahnya seperti bulan purnama."

 firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 35 yang tafsirnya : "Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar".

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : "Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : "Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah".(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Dan banyak lagi. Credit kepada a b c. hee cuti penggal pertama dah nak habis dah. Sedih k sedih. Tak boleh nak bangun lewat lagi. Sobsobs. Apa-apa pon, selamat kembali ke sekolah. hihi semoga entri ni bermanfaat untuk semua ..



Diary.



Assalamualaikum. Hai hai. Oh dah lama tak update blog rasanya. Selalu bila tengah boring, ada saja ayat ayat yang dramatis kononnye yang menari nari dalam fikiran ni ha. Bila dah start menaip ni, satu apa pon tak keluar. Otak blur .... lastly jadi cam atas tu.

Tak sangka tinggal lagi 4 hari lagi cuti penggal pertama nak habis. Pejam celik pejam celik dah bulan jun. Kan best pejam celik pejam celik homework habis? .... Sepanjang cuti ni, aku ada kelas tambahan 8 hari dalam dua minggu ni. Setakat ni dah tiga kali aku skip. muehehehehe and esok last. Sobsobs. Kelas tambahan di sekolah yang paling ohsem plus the best yang boleh pakai anything and bawak anyting. Oh oh esok last day bawak phone ke sekolah *wipe tears* Kata cikgu math tadi, siapa yang attend kelas dia tadi akan dapat something esok. And agama pulak akan dapat paper exam tomorrow. So esok memang wajib hadir ah. *baling lappy*

Tadi aku pergi rumah baru cousin aku kat area masjid negeri. Depa baru pindah dari selangor ke penang. Dah dapat rumah act, tapi pindah lagi satu rumah yang ... omg seriously besar. Orang berpangkat beso. Memula masuk rumah tu, menjelajah dulu dapur bagai. Then mak tolong Cik na a.k.a adik dia buat cokodok. lol. Then aku keluar cari cousins aku kat luar rumah. still bebudak k. Ghupe nye dok main badminton plus basikal plus bola. Dah ada platform utk main badminton siap palang, then ada ruang besar lagi untuk main bola. Ada jalan tar kecik untuk main basikal. Oh oh ohsem. Lepas main badminton, aku try ah naik basikal. muahahahha ye lepas gian sekejap. Lama tak naik lah katakan.

Lepas makan semua, kami lepak dulu depan tv tengok upin ipin, pastu jadi apa ntah. That awkward moment bila kami nak balik dan dah ada kat luar pagar a.k.a atas jalan besar dah, cousin aku siap lari pergi kat pagar tu then lambai-lambai. Sanggup betul. haha padahal kami pergi rumah depa dari pukul 1 tengahhari hingga maghrib. lols best day ever.


Dari sudut kawasan rumah depa. Rumahnya yang kanan. Yang kiri tu rumah pekebun katanya.

Dah melawat dapur, sekarang melawatlah longkang pulak.

Irfan merajuk. orang tak bagi raket.

Dapat raket apa yang jadi?

Practise. Nanti nak beli. muahahaha

Irfan with his cousin berebut menda ala tu. haha

Okay the end!



PAUSE HERE