Stories.



Assalamualaikum, dan salam sejahtera. hee how are you? How's school today? muehehe, harini ada majlis persaraan pengetua di sekolah. Disebabkan persaraanlah banyak persembahan yang ada. Ada vvip datang, iaitu wakil kementerian pelajaran kut, and some of other school's principle. Okay, let start it from last monday.

Isnin baru-baru ni, kami belajar cem biasa dalam kelas. And then cikgu yang ajar kami seni datang kelas. Dia tanya sapa yang berminat untuk jadi dayang sempena persaraan pengetua nanti. First tuh ada yang malu-malu, tapi mahu. Lastly ada tiga orang saja yang volentier nak jadi. Tapi cikgu nak lagi sorang. Dalam hati aku, memanglah nak. Ye lah, sapa yang taknak kan? Tapi malu lebih menguasai diri.

Disebabkan cikgu terburu-buru, dia panggil aku untuk join sekali. First tu memang aku geleng. HAHA. Then nuur ajak join. Terpaksalahhh. haha dalam hati tak siapa yang tahu :b And then, esoknya cikgu panggil practise. Tapi cikgu just tunjuk jalan mana yang nak dilalui sebab dia very-very busy nak uruskan pelamin and sebagainya. HAHA pengetua kawin yang ke2. lolOleh sebab banyak masa lagi before balik, kami lepak dengan cikgu kh yang sangat sporting. haha gosip gosip sikit. Minta pendapat. mueheheh ~

Dan semalam, atas permintaan cikgu kami kena cari baju kebaya. Cari habis sampai kena cari kat rumah orang. Penat memang tak terkatalah. Waktu balik sekolah, kami kena pergi bilik cikgu utk bincang pasal baju. Tak sempat nak makan. Then terus pergi kelas tambahan. Balik pukul 3.15. Then terus pergi rumah asnita untuk ambik baju kebaya. Kena tunggu kakak datang ambik kat sekolah pula. Lastly, sampai rumah pukul 5 petang. Ughh.


Today, aku terlambat pergi sekolah. Ngeh ngeh. The awesome moment tadi, time aku jalan sorang-sorang nak pergi kat nuur, tak sangka terjumpa crush. Before ni kami tak pernah kenal, tak pernah bercakap. Stranger! Tapi tadi tetiba ja dia panggil. HAHA seriously tersentak gaklah. Dah la time tu aku sorang-sorang. "Ilya, ilya" omg time tulah aku toleh tengok dia and guess whatt?! HE SMILE AT ME. Jarang dapat tengok dia senyum. haha actually dia panggil sebab kawan dia minta number. Ah spoil!

Back to the story, sampai kat nuur, dia terus tarik aku pergi bilik cikgu untuk salin baju. Memang dah lambat gila. tak sempat nak practise. Bersiap pon punyalah lama. Luckily aku bawak cermin. mueheheh~ Tapi kami tak pakai kebaya. Pakai baju kurung biasa je. Dua orang warna maroon and other two, turquoise.

Sepanjang jalan ke dewan dipenuhi dengan barisan kadet unit beruiform. Ada bunga manggar. Ada kompang dan lain-lain. Kami dayang-dayang ni kena jalan ikut belakang pengetua dan vvip sampai ke dewan. Masuk dewan, terus naik stage and duduk keliling pelamin. Kena pulak duduk bersimpuh kat bawah dari start hinggalah tamat majlis. Sakit dan lenguh kaki memang gila-gila, sampai part kena berdiri pon punya bersusah payah nak bangun. Astaghfirullah ...

Yang tutup muka tu aku. Nervous gila baru lepas perarakan. (updated)

Lepas ucapan sepatah beribu kata, ada nasyid and persembahan tarian. The moment bila akhir nasyid je, geng-geng nasyid pakat berkerumun dekat tempat pelamin, and lastly one of them keluarkan bunga and bagi kat pengetua. Haha geng-geng nasyid tu plak memang aku kenal sangat. Asyik nak gelak je. lol

Then, acara bagi hadiah kat pengetua pulak. Kamilah yang kena pass hadiah tu ke meja yang disediakan. Punyalah belambak. Penuh dua kereta. lol. Lastly, lepas semua dah beredar, kami tangkap gambar dengan cikgu-cikgu and ustaz. The most sporting ustaz yang pernah aku jumpa. lol. After that kami turun ke kantin. Tak sangka ada ustaz. Dia belanja kami minum. Lepak-lepak dengan dia kat kantin. Untunglah ada ustaz cenni. haha.

Tulah sikit coretan aku pada minggu ni. Sorry gambar belum diupload lagi. Nanti kalau rajin aku updatelah. muehehehehehe ~ So, terima kasih sudi baca karangan beratus patah berkataan saya. Akhir kata, Assalamualaikum.

Sincerely, me.




4 comments:

  1. Kenape tak pakai baju kebaya tuu?kemain susah2 pergi cari kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kurang dapat sambutan. ada cikgu yang tak kasi pakai :/

      Delete
  2. yaya , saya suka time part crush haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheeee, tulahh. asyik teringat je part tuh XD

      Delete

Watch your words, dude.

PAUSE HERE