Penat day.



Assalamualaikum.
Dan hai. Cemana nak start ni? Hoho selalu ayat first-first nilah paling susah nak karang. Um, hari rabu yang lepas, cikgu sharifah cari 10 orang untuk tolong dia kat padang untuk sukan saringan untuk hari sukan tahunan. First first tu memang ramai takmau. Aku dengan fathin pon macam confused nak tolong ke takmau. Masuk je kelas, kami bincang ramai ramai. Iffa dengan wani pulak nak ikut. Kalau depa tak ada dalam kelas memang sunyi gila lah. Then kami pon join jelah. Bila kira-kira balik, terlebih seorang pulak.

Rupanya kami kena pegang bendera untuk larian. Kena berdiri tengah padang then nanti cikgu jerit 'putih' or 'kuning' bila depa dah ready nak lari. Kebanyakkan sekolah menengah ni beratus ratus meter. 2, 4 kali pusing. Nak kena berdiri sampai depa habis lari memang seksa ah. Lagi-lagi kalau matahari betul-betul atas kepala. Hari rabu tu sejuk ja. Tak panas sebab baru lepas hujan dan akan hujan. Matahari pon menyorok. So bila cikgu suruh continue sampai hari sukan next week, kami pon okay jelah. 

Start hari rabu tu, sepanjang aku berdiri sorang-sorang kat tengah padang tu (jarak jauh gilaa antara kami semua) sorang-sorang mai tegur. 'seronok berdiri?' 'tak lenguh berdiri?' ayat camtu je. Ada jugak yang tengok macam nak makan orang. Sabar jelah. Hanya mampu tersenyum. hoho. Tengah hari tadi memang panas yang gila gila. Cikgu paksa jugak berdiri tengah panas tu. Dengan lengkap baju sekolah semua. Ughh

Tadi pakcik mai ambik lambat sebab hari jumaat memang lambat gila. keluar pukul 12.15. Dia sampai pukul 1.15. Kami lepak kat kedai sebelah sekolah tu sampai tersengguk sengguk. Sakit kepala satu hal. Mengantuk pon satu hal. Sampai rumah je, terus tertidoq. Even aku tak suka tidoq petang --' terpaksa k terpaksa. Sekarang ni memang tak larat gila. Dari pagi tak makan apa, sampai pukul 4 setengah baru nak makan. Badan pon dah rasa panas. Ugh please jangan demam. Aku nak exam minggu depan .......

Ye next week aku ada exam. Ujian formatif untuk setengah form3, dan setengah form5. Memang teruk ah nak kena pulun study semua. Padahal result exam mid year baru je habis bagi. Nasib baiklah isnin ni start exam BI and agama. Kalau sejarah? math? geo? 

Actually aku baru je buat satu blog untuk segmen giveaway blog. Kalau nak buat dalam blog ni jugak, nanti keliru pulak. Jadi aku nak minta jasa baik anda-anda semua untuk hulurkan cursor anda dan click follow? muehehhee.

Blog tu aku guna blogskin sebab malas nak edit. Lagipon aku jugak nak belajaq guna skin. Haha boleh lah sikit sikit. Okay thanks for reading. bye.


3 comments:

  1. simple dan kemas :)

    jum join
    rm100x2 pemenang
    http://sayacikamal.blogspot.com/2013/06/mini-giveaway-by-zakieazid.html

    ReplyDelete

Watch your words, dude.

PAUSE HERE