Tips Belajar!



Assalamualaikum wbt. Sekarang sudah pon masuk bulan 7 dan alhamdulilah dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan ni. Memang seronok, dapat kumpul pahala berlipat ganda. Tapi dalam seronok-seronok tulah pmr candidates merana sebab percubaan pmr. Seems like, beban sangat nak study. Hari ni dah 13 july. Lagi 10 hari beb. So tadi ilya search cara-cara belajar yang efektif and im gonna share it to you too. Hope berguna untuk semuaa :D Sumber a b c d

SEBELUM BELAJAR
 sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T
  fikirlah bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita
 Jangan lupa membaca doa dan berwudhuk sebelum mula belajar.

MENGULANGKAJI PELAJARAN
 menyemak semula apa yang telah dipelajari
 memahami konsep
 menghafal formula atau istilah yang penting
 menganalisis isi-isi penting
 mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi
 mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.

MEMBUAT RUJUKAN
 membuat rujukan bahan tambahan
 bertanya dengan guru
 berbincang dengan rakan
 buat latihan past year question 

MASA YANG SESUAI
• Mengulangkaji pelajaran pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar.

TEMPAT BELAJAR
 keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur 
 suasana yang kondusif
 tempat yang merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran.
 meja belajar menghadap ke arah kiblat.
 tampal poster untuk menaikkan semangat untuk belajar

NOTA PENTING DAN LATIHAN
 sebaiknya jangan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota ringkas
 nota yang mudah untuk difahami.
 nota yang dapat menarik minat untuk terus belajar
 nota yang menggunakan peta minda (mind map) atau berwarna warni.
 boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

DISIPLIN DIRI
 jangan meninggalkan solat kerana solat adalah kunci kejayaan
 baca at least satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu
 jangan terlalu paksa diri untuk study supaya input cepat difahami dan diterima
 jangan malas, bertangguh, berangan, berkhayal atau memikirkan perkara lain
 membuat persediaan awal seperti 
 berbuat baik dan menghormati guru atau pengajar
 mengikut jadual belajar yang ditetapkan sendiri
 mengulangkaji berulang-ulang kali 
 berehat sebentar selepas 20-30 minit study.

MIND SETTING
 apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.
 ingatkan diri solat adalah kunci kejayaan.
 berlapang dada, redha and ikhlas melawan nafsu
 betulkan niat, betulkan pemikiran.








3 comments:

Watch your words, dude.

PAUSE HERE