Diary selepas PMR 2


Assalamualaikum wbt.

Tak sangka dari sehari ke sehari kita bernafas di 2013 ni, dah masuk bulan november dah. Dah akhir tahun. Sedihnya. Orang kata time umur 15 tahun ni la paling worst. Kalau tahun lepas nervous gila nak masuk form 3 and ambik pmr, akhir tahun ni jadi lebih nervous sebab pengaruh twitter story pasal naik form 4 memang teruk. Silap pilih aliran boleh menyesal seumur hidup. Banyak subjek susah. Bab memilih bagi aku memang susah. Kadang kadang kalau nak judge satu aliran tu, naik turun bulan pon aku tak habis fikir. Tapi apa yang aku rasa lah, semua aliran aku rasa aku boleh buat. Yang penting kena set in mind nak belajar. Setiap aliran aku belum belajar. Kalau aku ambik aliran ni, belajar. Aliran tu pun, belajar. So that aku prefer aliran sains. Orang kata senang dapat kerja ...... heh heh heh. Tapi sekarang aku takmauu rosakkan mood happy aku tengah malam buta ni dengan memikirkan pasal aliran. Masih dalam mood nak enjoy lagi ni. Okay la okay la sebenarnya aku nak sambung story diary selepas pmr (part 2), tapi yela nak kena guna kata kata aluan dulu. Nak karang ayat pendahuluan susah tau. 

Setahun belajar dalam kelas 3 Amanah, setiap minggu kena bayar duit kelas. Tapi kadang-kadang terskip jugak. Alaa, 2-3 bulan kutip, pastu terhenti macam tu saja. 31 oktober 2013, khamis yang lepas dengan rasminya kami sekelas menghabiskan duit tu sekali dengan duit tambahan berjumlah RM323, dgn menambah jumlah kalori makan dekat KFC sempena jamuan akhir tahun. Weolls buat kat kfc sebab kelas weolls jadi dewan untuk calon SPM. Hehehe untung tau. Ada yang tak pergi sekolah langsung lepas pmr sampai tak tau ada jamuan ni. Kami je lah yang menghabiskan semua ayam yg perghh sedap, terasa sedap lagi dlm mulut ni *telan air liur* 

Ni dia members of 3A yang join. Ada banyak lebih. Semua rembat bawak balik. 
(kenapa aku nampak gemuk?!)

Cikgu chong jugak order cheese and caremel cakes untuk birthday kami. Sedap! First time aku try rasa kek selain daripada kek vanilla. Kalau bab makan memang sangat sangat memilih. haishh. Macam biasa, lepas dah kenyang, tangkap gamba je la kerjenye.

4 November 2013, kami sekelas plan nak keluar jenjalan dekat QB Mall tengok wayang 
and lepak tepi pantai. Pagi tu memang cerah. Jadi kami pergi dengan aman damai pukul 11.30 pagi. Tiket Thor 2 (3D) dah beli online. Bayar sikit, orang yang beli tiket sponsor yang selebihnya. hehehe untung! Akhirnya dapat jugak aku tengok wayang setelah 3 tahun tak jejak sana. Lepas gian habis sampai tengok 3D for de first time. And then weolls pergi purikura. Tangkap gambar lagi xD




Bukan sekali dua. Tapi berkali kali. Sekali snap RM12. Kalau sepuluh kali mesin tu dah untung berapa? Enjoy lah tangkap dengan bestfriends. Tahun depan ramai nak pindah. Kali terakhir kami snap, semua berebut. Tolak tolak semua sampai rosak gambar. Then edit kaw kaw sampai tak nampak muka orang dah. Kenangan :') Lepas tu enjoy main basketball and games kat sana. Kalau dah dengan kawan kawan, orang  lalu lalang tengok semacam pon dah tak nampak dah. Main enjoy gila gila berebut bola basketball. Kalau masuk jaring, jerit melompat. Kalah beruk dalam hutan tau. muehehhe


Bila lalu dekat main entrance, baru terperasan cuaca dah mendung. Kiranya nak hujan. Geng-geng yang plan nak makan pizza tepi pantai tu entah kemana. Last last terus ke food court. Makan je apa yang ada walaupun mahal nak mampos. Yang penting perut senang, hati pun riang. Aku sempat rembat satu novel 'My Precious Iris' dekat Popular. Alang alang dah sampai kan? Dah lama tak beli novel since terlalu obses dengan buku rujukan pmr. Kali ni tanpa rasa bersalah beli novel tebal kononnya nak habiskan masa time cuti ni lah. Kononnya. 


google image.

Time nak balik paling tragis gila. Bila dah seronok shopping, baru dapat tau geng geng yang plan makan pizza tepi pantai tu dah habis makan, tengah tunggu bas nak balik. Sampai hati. Nasib baik sempat jumpa. Kalau tak, tak balik lah kami. Time tunggu bas, hujan turun rintik .... rintik .... makin lama makin lebat. Bus stop dah full, tak boleh nak tumpang bumbung. Mandi hujan lah kami. Sampai bus stop terakhir, hujan tak lebat sangat. Tapi boleh lencun jugak lah kalau nak jalan balik rumah. Bas pon, kalau berhenti betul betul depan rumah takpe la jugak. Beratus meter lagi kena jalan, redah hujan dengan cuaca dah semakin gelap walaupun baru pukul 5.30 petang. Turun dari bas, aku berpecah dengan aten, iffa and wani sebab rumah jauh jauh. Jalan lah aku sorang sorang. Walaupun takut kawasan tu tempat bangla duduk, redha je lah. Masuk simpang tiga, jalan lenggang gila. Kosong. Kereta, motor, orang, anjing (sometimes ada) pon takde. Berpuluh kali jugakla kalih belakang kot kot ada orang ikut sambil baca ayat kursi.


Bila dah sorang sorang tu, rasa happy menjelma. Selalu berangan nak jalan time hujan tengah-tengah jalan raya. Siap depa tangan. Kalau boleh pusing pusing macam dalam hindustan, aku dah buat tau. Bila jumpa lopak air, lompat sampai basah kasut and hujung seluar. Feeling like a boss! Akhirnya sampai jugak ke rumah dengan selamat. Nasib baik ada kucing teman naik lif. Hehehhehee


6 November 2013 aku and the geng join lagi satu lawatan ke Kampung Sungai Duri/Sungai Bakap, Seberang Perai, Penang. Plan bertolak pukul 7 pagi, tapi pukul 9 lebih baru bas sampai. Bas baru katanya. First of all, kitorang dengar sepatah dua kata then pengenalan pasal kampung tersebut. Terkenal dengan homestay dan yang sewaktu dengannya sehingga masuk media massa. Selepas makan, outdoor games! Game tali sapa paling panjang, aku dengan aten dapat tempat keempat. Cari bola pingpong tersembunyi, satu pun tak jumpa. Passing belon air, dapat tempat kedua. Passing bola ikut lagu dan akulah orang pertama yang keluar. (menyedihkan...) dan games lain yang maybe aku terlupa. Dapat jugak bawak balik hadiah air tin Coca cola dari sana. hehehhe. Then weolls lunch berlaukkan ikan je yang ada. Nasib baiklah aku makan je semua jenis ikan yang dipanggil ikan. Lepas makan, semua keluarkan phone masing masing. Alang alang ada wifi kan. Laju pulak tu. Cikgu pun pelik apasal senyap je. 

Passing bola. Seronok jadi orang pertama yang kalah :')

Then weolls naik bas (macam budak tadika) pergi ke destinasi seterusnya. Cuma di seberang jalan. Ntah kenapa kena naik bas. Apa yang kami buat kat sana? Ni ha.

Dari kiri aku, iffa, nuur, wani (a.k.a awani), aten and qies. Ehem, ni bukan edit ye. Ni sebab setting camera tak betul.

Dekat Anggerik Desa ni cuma ada spot cantik cantik untuk tangkap gambar je. Jadi boleh dikatakan semua students yang join ni relax je snap gambar dengan phone masing masing. And then weolls jalan jauh hingga ke kolam ikan keli. Bau nya, kuat kalah minyak wangi paris u know. Bila betul betul stuck kat tepi proses 'makanan' ikan keli tu memang tak tahan beb. Jalan sempit. Salah langkah, mandi dengan ikan lah dalam kolam tu. Ada jugak yang sukarela nak lempar 'makanan' ikan keli tu. Bila ingat balik, macam mana aku nak makan ikan keli lagi lepas ni? Mesti terbayang bayang...

Nampak belakang tu? Titi kemain kukuh. (sorry nuur di hujung sana hehehe)

Then weolls pergi kandang lembu. Lembu tak banyak. Tapi bila dia mooo, semua orang jadi cempera macam tak pernah dengar. Dekat kandang lembu la port paling feymes nak tangkap gambar. Kononnya nak jadi bahan mengejek. Paling tak boleh blah bila aten bagitau ada satu lembu tu excited jumpa kami sampai tak jumpa tandas. Tapi masih ada yang snap dengan dia. Untungla dia dah glamor masuk pesbuk hehehe

Keadaan kandang lembu jadi rebutan ramai untuk snap. peymes la ko lembu.

Selepas tu, weolls naik bas pergi satu tempat lagi. First pergi surau untuk solat zohor, then pergi tempat feymes buat frozen foods kat sana. Ada yang dapat rasa, ada yang beli. Macam biasa, trenenenett

 

Lastly, kami pergi satu rumah yang bela ikan apa ntah. Tuan rumah tu panggil masuk rumah. Siap bancuh air. Dia jugak tunjuk homestay/roomstay kat rumah dia. Cantik tawuu. Jumpa kucing besar, aku panggil dia garfield. Sesenang dia je bila aku betul betul depan pintu rumah, dia jalan depan aku then baring. Jangan lah jujur sangat kalau ye pun tak kasi aku masuk. Ni tetamu vvip tau tak? hahahahahaa. And it was our last destination of the day. Naik bas, terus balik. Sampai depan sekolah terus jalan kaki balik rumah.

In da bus. Macam biasa, dengan aten :D

That gila moment bila kami otw nak lintas jalan busy nak pergi 7E, kami ternampak dua ekor anjing jalan arah kami. Sweet sangat dah jalan berduaan. Makin lama makin dekat. Jalan masih busy. Lori banyak. Kami makin undur. Bila dah desperate sangat, kami redah je jalan tu. Lari lintang pukang. And I wonder apa orang dalam kereta yang nampak kami lari macam mana. Bila sampai seberang jalan, seekor anjing tu tengok kami. Lagak macam nak lintas jalan jugak. Iffa wani dah jerit, makin lama makin kuat. Bila makin kuat, makin laju lah kaki berlari. Nasib baik je tak masuk longkang. Serius sampai sekarang im still laughing. Bila dengan kawan, macam macam idea gila muncul. Ahh pelik day!

5 comments:

  1. Waahh..rindunya zaman sekolah. Tak kisah la nnt ambik aliran ape pun, tp enjoy & nikmati btol2 zaman sekolah..nnt dah habis sekolah, mesti rindu gila zaman sekolah.


    btw jom jalan2 ke blog akak :)

    ReplyDelete
  2. Haiii.. cakkk...
    Done follow sini no. 1500!! Yeay!!
    Jom follow me back.. salam kenal.. heee..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    n my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. assalam.. jemput join contest pertama saya untuk memeriahkan lagi. http://wannurrr.blogspot.com/2013/11/contest-im-diva.html :)

    ReplyDelete

Watch your words, dude.

PAUSE HERE