Dah lama rasanya aku tinggal satu-satunya hobi yang ku chentai ini. Pejam celik pejam celik tetiba tersedar almost dua tahun dah kot aku tak mendudel. Setiap hari on laptop tengok sekilas je dekat paint tool SAI sebab sibuk download movies. Haha, masa summer hot gila nak meninggal ni lah kita nak berehat sambil layan drama or movie yang kena dengan jiwa kan? Takyah tipu, mengaku cepat! ke aku je? tehee. Lepas layan Miracle In Cell No.7 semalam dengan air mata yang bertakungan tunggu masa je nak melimpah, aku tak boleh move on ke movie seterusnya. Sebak! haha tak, aku tak nangis, sebak ja *sedut hingus*
Nah besar aku bagi. Sori leher gemuk sikit. Ini sebab dulu masa sekolah rendah cita-cita saya nak jadi nurse. Sekarang dah besar niat jadi nurse dah terkubur. Masa jadi ahli St John Ambulans time sekolah menengah dulu banyakla aktiviti selamatkan orang. Benda benda dalam first aid pun aku pernah kena terangkan dekat ahli ahli yang lain. Sekarang dah lupa, pls jangan tanya :') Tapi dalam semua aktiviti yang aku join, aku tak pernah pun selamatkan somebody's life. Yang aku pernah selamatkan ialah selamatkan makanan terus ke dalam perut muehehehehe
Jadi, sampai sini saja kisah saya dengan doodle. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment
Watch your words, dude.