Tips Yakin diri


Trust this.

Bila bercakap tentang yakin diri dan berdisiplin, ia adalah ciri-ciri keperibadian yang perlu ada pada remaja muslim. Macam yang we all know, ramai antara pelajar, remaja, whether lelaki atau perempuan yang kadang-kadang terfikir, apa yang dia buat tu salah ke betul. Diterima atau ditolak. Macam tu jugak orang yang tengah menaip ni. Kadang-kadang ada orang tu yang dikatakan sombong, sebab apa? Sebab orang tu takda keyakinan diri. Ceh, aku cakap lebih-lebih pulak. But bagi sesetengah orang tu yang memang takut untuk katakan something, why not amalkan cara ni? Well, aku pon tergolong dalam kalangan camtu. Hihi, mesti dicuba. So now, aku nak share sikit Tips keyakinan diri. Credit to - Muslimteens. Sharing is caring :)

Merasakan diri istimewa - Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Paling sempurna daripada segala makhluk ciptaan Allah. Remaja yang kurang berdasarkan beberapa sudut sama ada bentuk fizikal yang kurang sempurna, kesihatan yang tak menentu, tercicir dalam pelajaran, lahir dalam kalangan keluarga yang miskin, biasanya mudah berasa rendah diri diri hilang hilang keyakinan diri. Remaja yang menghadapi situasi ini mestilah mengembalikan keyakinan dan mencari keistimewaan diri. Setiap ciptaan Allah SWT di atas muka bumi ini ada kelebihannya masing-masing. 

Jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi - Kegagalan merupakan faktor lain yang menyebabkan seseorang remaja hilang keyakinan diri. Tidak mengapa, ramai insan yang berjaya adalah mereka yang pernah mengalami kegagalan sebelum ini. Jadikan kisah mereka sebagai inspirasi. Hanya insan yang mampu membangkitkan keyakinan diri dan kembali ke landasan kejayaan setelah melalui kegagalan.

Abaikan suara-suara sumbang - Anda mesti belajar mengabaikan suara-suara sumbang yang boleh menjatuhkan anda. Tingkatkan keyakinan dengan mendengar suaa-suara yang memotivasikan diri serta membaca bahan bacaan yang membangkitkan semangat dan keinginan untuk berjaya. 

Memahami bahawa kita tidak pernah bersendirian - Sesungguhnya kita tidak pernah bersendirian. Kita dikelilingi oleh ibubapa, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan ahli masyarakat. Sehingga hari ini masyarakat Malaysia masih merupakan golongan yang prihatin dan sering membantu. Yang pasti, jika tiada bantuan daripada sesiapa sekalipun, yakinlah Allah sentiasa bersama kita. 


So, jadilah Remaja Yang Cool!


No comments:

Post a Comment

Watch your words, dude.

PAUSE HERE