Assalamualaikum. Dan salam sejahtera. Today, aku nak lepas stres aku kat entry ni. Harap readers tak terasa dan merasa. First of all, aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidiladha to all muslim. Macam mana raya haji tahun ni? Mesti best en? Well, aku tak macam korang. Sambut raya haji dengan sakit. Hukhuk! Dari tengah hari, sampai petang keluar masuk bilik air. Erk? Korang fikir apa ha? No no no! Actually, satu malam before raya, means malam raya tu la, mak aku masak macam-macam. Tapi aku tak makan macam-macam pon.
Just merasmikan ayam masak merah air tangan mak. Lama tak makan, malam tu even dah pukul 12 pon aku telan jugak. Hoho. Makan mia makan, tetiba terasa pedasnya hingga ke hulu hati. Habis satu jag air strawberry aku melantak. lol. So, bangun pagi tu still takda effect apa-apa. Lepas masuk zohor, perut pon memulas-mulas giloss. Time tu aku tengah onl, dah tak tahan sangat, sampai terbaring atas lantai.
Then, tetiba rasa something yang tak best kat mulut. Apa ni apa ni? Dalam 5 minit lepas tu, zuppppp! habis keluar semua isi perut. Nasib baik sempat masuk bilik air. grr. Bila check dahi, tak panas. Check otak, tak pening. Apa makna semua ni? ( versi upin ipin ) Kalau tak silap aku 4 kali keluar masuk bilik air. Lepas kali keempat, aku tertidur. Actually aku yang paksa mata aku untuk tidur, so nanti bila bangun hilang semua kesakitan yang dialami. Even aku memang tak suka tidur petang.
Lepas Asar je, terus terjaga. Then, mak aku kata ni mesti sebab salah makan. Rupanya perut aku ni alergikk dengan makanan yang pedas, campur dengan air gas. Nanti bila dah campur dan sebati dalam perut, dia akan smackdown perut aku untuk keluarkan makanan tersebut. Ish ish ish, Ntah apa la yang aku mengarut ni. Seharian aku terperap dalam rumah. Bila aku onl je, ada la muka-muka yang kononnya pakai baju raya then letak caption "Kami dapat duit raya". Kepala otakmu. Ho ho ho.
_____________________________________________________________
Back to the main story, as we all known semua pelajar mesti tak suka hari isnin kan kan kan ? Yea, aku pon tak suka. Tapi tadi aku tetap paksakan diri untuk pergi ke sekolah. Dah la semalam tidur pukul 3 pagi, memang mengantuk gilosss. Disebabkan harini merupakan hari pertama kebebasan untuk pelajar selepas exam, aku p sekolah gak. Sampai sekolah, duduk sorang-sorang. Ya Allah, macam nak nangis je time tu. How dare kawan aku buad camni?! Semalam call aku, cakap serupa 'barbie' nak bawak tu, bawak ni p skolah. Tengok-tengok, batang hidung pon tak nampak. Banyak cerita aku nak story kat fathin. Mimpi tuu ... T_T *Masih tak boleh lupa mimpi tuuu ..
Balqis aku tak kesah la sebab her mom baru lepas bersalin, sebagai anak sulung mesti la nak jaga mak dia kan ? Fatini... pergi honeymoon dengan laki dia agaknya. Anis, i dont have any idea. Dan Fathin, sangat menyedihkan. Tadi dia call phone aku, aku tak angkat. Then dia call phone rumah aku. Terpaksa kay terpaksa. "Aku nak call hg tadi, tapi dah lambat. mesti hg dah p skolah". Alasan yang langsung tak munasabah. Why not kalau dia call saja ? even kalau dah lambat pon, sekurangnya dia dah cuba. Hantar mesej ke, kurang sikit rasa sedih yang bertandang since kat skolah lagi.
Check phone, kosong kosong oh ooh. Hati kata sabar. Skolah aku start pukul 12 setengah. Diorang takmai lagi. Aku tunggu lagi, kot-kot terlambat ke. Tapi takda jugak. Bila cikgu dah panggil satu-satu kelas utk balik kelas, Atirah and the geng panggil aku. Alhamdulilah still orang yang memahami. T_T Masuk kelas je, aku dok sorang-sorang. Nak main batu seremban pon takda mood. Atirah tak habis-habis panggil aku dok dengan diorang, aku pon ikut je. Nanti kata sombong plak. Tak ke naya..
Aku give up! Nak balik, nak call mak! Mak aku cakap dalam pukul 3 camtu dia mai ambik. Aku tunggu punya tunggu, takda pon 'anouncement'. Then, hati aku tergerak untuk p pejabat. Sampai sana, kena 'belitiaq'. Mana la aku nak tau kena tunggu kat pejabat. Grrr! Disebabkan dah lambat sangat, mak aku bawak aku p sekolah dia. ( mak aku guru kafa ). Aku lebih sanggup dok sana, dari dok kat skolah. Aku 'breakfast' kat sana makan laksa. perghh! sedapp ooo. Hehehhehehe ~
Enjoy la duduk kat sana. Ada ramai budak-budak. Paling lawak, ada sorang budak ni, peramah sangat. Siap tanya form bpa, skolah mana. Masa tu aku tengah beli laksa. Bila masuk je bilik guru, budak tu mai bawak geng-geng dia. Hehee, syok layan diorang. Punya lawan mana 'serving' yg paling best. Ada sorang budak tu nak salam dgn aku. Lepas tu, semua nak salam. *Bangga sat. Time diorang nak blah, budak peramah tu tanya aku ada kenal tak kawan dia. Aku just jawap tak sebab memang tak kenal!
"Alaa, fafa yang gedik-gedik tu la" Pergh ayat dia. Siap buat gaya 'orang gedik'. Memang funny budak tu. Hehe. And lagi sorang. Budak lelaki, lebih kurang darjah 3-4 camtu la. Dia comel gilaaaa. Dia masuk bilik guru dengan sorang kawan dia, nak ambik plastik. Maybe dia tak perasan sorang cikgu dalam bilik guru tu. Dia baru nak buka suara, kawan dia dah bgitau cikgu tu nak ambik plastik. Hehehe, comel laa. tembam lagi. Lol. Jahatnya aku xD
Setelah aku kaji, rupanya berjela jugak karangan aku harini. Hehehe. Kalau print, kasi kat cikgu, agak-agak berapa markah aku dapat ? - - - Maaf, karangan anda melebihi 7 perenggan. Markah anda - 1/100000000. Sekian .....
No comments:
Post a Comment
Watch your words, dude.