Apakah hukumnya kalau kita menyukai hero, heroin dan percintaan dalam drama Korea ?
Kita perlu membezakan antara suka, minat dan sayang. Secara fitrahnya semua orang suka melihat perempuan cantik dan pemuda yang kacak. Kerana ini adalah fitrah manusia sukakan sesuatu yang elok dan bagus. Rasa sayang terhasil apabila rasa suka didorong dengan maklumat yang menguatkan minat, wujudlah rasa sayang yang kuat terhadap seseorang.
Kita perlu memahami bahawa hiburan tidak dilarang dalam islam. Namun, di sana batasan yang telah digariskan oleh syarak dalam berhibur. Adakalanya drama Korea itu mengajarkan semangat sepasukan, kerjasama dan juga yang lain-lain. Malangnya, kebanyakkan drama Korea tidak mempunyai nilai yang cukup untuk mendidik kerana ia dihasilkan oleh orang bukan islam.
Hukum menonton drama Korea adalah sama hukumnya menonton drama lain. Jika ada pendedahan aurat dan perlanggaran batas syariat, maka ia adalah dosa. Jika diteruskan menonton, seolah-olah kita berterusan membuat dosa-dosa kecil. Orang yang menzalimi dosa kecil ditakuti akan mati dalam Su'ul Khatimah ( kematian yang buruk ). Na'uzubillah.
Bagi peminat yang menzalimi drama korea mahupun bollywood, maka dia perlu berhati-hati kerana boleh membawa kepada minat dan sayang kepada artis yang jelas bukan beragama islam. Seandainya kita suka dan bersetuju dengan perbuatan mereka seperti tidak menutup aurat, bersentuhan kulit, meminum arak, bercumbu dan sebagainya, kita seolah-olah bersubahat dengan dosa tersebut. Haram hukumnya, dan berdosa.
Apabila muncul rasa sayang kepada artis sebegini, maka disitu berlaku perlanggaran sempadan syariah secara jelas. Nabi SAW bersabda "Seseorang itu akan dihimpunkan di akhirat bersama orang yang disayanginya". Jadi, jika kita mencintai orang bukan islam, bererti tempat kita bersama orang bukan islam. Secara tidak sedar, sebenarnya orang yang mencintai artis adalah orang yang telah mencemarkan martabat cinta Rasulullah SAW.
"Tidak sempurna imam seseorang kamu sehingga dia mencintai aku lebih daripada ibubapanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya".
*Mesti ramai yang meminati korea-korea ni kan? Ada batasannya juga :) chill.
Lepas nie tak boleh nak gila gila kpop sangat :)
ReplyDeleteHa'a . haha :D
Deletebaik utk dibaca..:D
ReplyDeleteYa, betull ;)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMost welc! Just kurangkan je. tak bole lebih-2. Haha! :D
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenice post ! :)
ReplyDeleteNasib saya tak minat K-Pop. But,betul ke? Just tanya
ReplyDeleteHaha luckily. ya betul. ni dari majalah muslim teens :)
DeleteGreat job girl :) Such a nice advise for kpoppers. For me too. Thanks a lot :)
ReplyDelete