Berjaga malam berisiko hidap diabetes



Assalamualaikum. hihi mesti ramai readers yang selalu tidur lewat, bersengkang mata semata-mata nak online. Haha macam tu la kita. But korang tau tak kita berisiko hidap diabetes ? Tadi jiran Yaya bagitau, anak sedara dia 'hampir buta' sebab menghadap gadgets tanpa henti sampai tengah malam. Doktor kata dah tak ada harapan. Innalilah..

Baru-baru ni Yaya baca paper Kosmo! ( credits ) dan dapat tau ni. Sharing is caring :)


Berjaga sepanjang malam untuk bermain permainan video ( dan yang sewaktu dengannya ) boleh menyebabkan remaja berisiko untuk menghidap diabetes. Kajian menunjukkan, mendapat tidur yang cukup boleh membantu remaja mengawal tahap insulin dan mengurangkan kadar peluang untuk menghidap penyakit yang berpontensi membawa maut. Tahap rintangan insulin yang tinggi boleh membawa kepada penyakit diabetes.

"Sekiranya remaja yang biasanya tidur enam jam setiap malam mendapat satu jam tambahan masa tidur, ia akan meningkatkan rintangan insulin sebanyak sembilan peratus."

Kadar rintangan insulin yang tinggi dikaitkan dengan waktu tidur yang singkat tanpa mengira faktor seperti umur, jantina, kaum, agama, ukur lilit pinggang dan jisim badan seseorang individu. 

( Sebenarnya banyak lagi tapi dah dipendekkan. Refer bawah )




12 comments:

Watch your words, dude.

PAUSE HERE