Hidup ini hanya seketika dan sampai masanya kita semua akan kembali kepadaNya bawa dosa bawa pahala. Itu bermakna kita bukanlah siapa-siapa di dunia yang fana ini. Hanya nilaian taqwa yang akan membezakan siapa kita disisi Allah. Allah menyayangi kita dan dia masih memiliki rencana-rencana untuk kita dihari depan. Jadi ingat la kematian terlalu dekat dengan kita. Ingatlah kematian tidak mengenal usia dan masa.
Bertanya Imam Ghazali : “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.Murid-muridnya menjawab : “orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya”.Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Sebahagian manusia merasakan bahawa sesungguhnya kematian itu ialah berakhirnya sebuah kehidupan, dan terhentinya perjalanan seorang manusia, tidak ada kehidupan dan perjalanan lagi selepas itu, dan tiada juga kebangkitan. Ia bagi mereka merupakan kehancuran.
Allah SWT sebagai Tuhan yang menciptakan kita, Allah juga telah mengutuskan Rasulnya, menurunkan kitab suci untuk menerangkan hakikat kehidupan dunia, kematian dan kehidupan akhirat. Allah SWT telah memberitahu manusia ia dihidupkan di dunia juga memerangkan bahawa kehidupan akhirat itulah yang hakiki dan abadi. Allah SWT telahpun menjelaskan kepada kita bahawa kehidupan dunia ini adalah sebenarnya peluang untuk kita diisi dengan bekalan selepas kematian. الدنيا مزرعة اللآخرة.
Allah SWT telah memperjelaskan bahawa kehidupan dunia bukanlah alam kenikmatan, kenikmatannya terlalu sedikit dan kecil, kehidupan selepas kematian itulah yang kekal. Oleh yang demikian Allah SWT mengingatkan manusia dari terus tenggelam dalam arus kehidupan yang tidak mengenal kematian. Firman Allah:
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لا يُبْخَسُونَ، أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ.
Maksudnya: “Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang Yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa Yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa Yang mereka telah kerjakan”.
Kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.
Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah. Ada sebilangan mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu mati dalam keadaan khusnul khatimah dan mengampuni segala dosa-dosanya itu.
Malaikat maut berlegar dan memerhatikan kita 70 kali sehari.
—Y Δ Y Δ(@YayaHatsumi) December 14, 2012
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga,maka sungguh ia telah beruntung, Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(surah Ali Imran,3:185)
No comments:
Post a Comment
Watch your words, dude.