The best is yet to come


Dua bulan dah berlalu sejak aku dapat result SPM 3 mac lalu. Selama 2 bulan ni aku mereput dekat rumah dengan berbekalkan makanan yang tiada putusnya serta wifi yang memuaskan. Berapa banyak drama korea sudah aku marathon-kan. Drama Japanese, Philippines, English pun aku bedal jugak. Lepas tengok banyak-banyak drama ni rasa macam boleh cakap foreign language hahaha ok ni over

Masuk the next chapter of my life, soal sambung belajar, I seriously have no idea. To be honest masa tingkatan 5 dulu sambil-sambil belajar and prepare untuk SPM, terpancul di benak fikiranku (skema) untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Boleh kata first choice ar masatu. Sungguh-sungguh nak masuk sebab dekat sekolah sendiri ada tingkatan 6. Pendedahan pasal form 6 memang marbeles la aku cakap, cikgu-cikgu pun back up form 6 sampai rambang dah tak nampak apa blink blink je form 6 di mataku ini. Bukan sekolah sajalah. Dekat fb, twitter pun banyak share benefits and pros&cons untuk semua tempat sambung pelajaran macam asasi, diploma, stpm, sijil ect. Masa tu muktamad dah nak masuk form 6. Parents pun dah bagi lampu hijau. Tapi lampu hijau tak berpanjangan. Lama-lama jadi merah.

Sekarang bila tiba hari kena daftar form 6 mimpi jelah nak pergi. Sedih tapi malas nak cakap banyak jadi kita redho saja lah ye. Teruskan hidup seperti biasa dan menunggu keputusan UPU. Harapan memang 100% pada UPU. Tetiba keluar result aku tak dapat apa-apa! Are u kidding me? Terkejut, sedih, marah semua adalahh. Nasib sempat control iman dan emosi daripada terjadi perkara tidak diingini. Takde la jadi drama yang jatuh phone dari tangan tu bila dapat berita mengejutkan macam dalam drama slot samarinda tv3 kekekeke. Tapi lepas scroll twitter sebenarnya ramai gak tak dapat UPU even result SPM cantik-cantik. Strange, rezeki.

Lepas dah tenang sikit aku nak try tanya kengkawan classmates tapi lupa mereka mereka semua ini pergi form 6. Waktu balik macam student sekolah balik sekolah. Berejam aku tunggu dalam pukul 2 petang baru sorang sorang muncul. Guess what, semua tak dapat UPU. Ulang suara baca, semua. Not even one. Lawak apakah ini T_T Tengok orang lain dapat rezeki pergi U yang dorang nak alahai seronoknya haha tisu mana tisu
Jadi sekarang aku rasa sedikit lifeless dan mengharapkan keajaiban mencurah-curah turun dari langit hmmm




Nahhhhhhh

Aku sibuk siang malam search for kolej or IPTS yang aku mampu masuk. Nak tunggu rayuan hujung bulan 5 lepastu kalau dapat next intake masatu dah masuk sem keberapa baru nak mula belajar senak jugak weh. Aku check balik berpuluh-puluh surat aku dapat sejak awal tahun lalu. Yang baru sampai ni, Unisel kinda interesting teheee tapi tapi tapi banyak gak halangannya so nanti lah aku fikir ahahaha. Tbh semua ini lagi menyedihkan dan lebih perit dari SPM. Nak sekolah balik rasa. Hm hanya mampu berdoa dan mengharap yang terbaik.