Fruits



Okay saja-saja update. hehee lepas ni nak buat tutorial pasal doodle. In syaa Allah kalau rajin. Hover the image above. Okay baiii~ 

Holiday vs Homework


Assalamualaikum. Okay macam semua orang dah tahu yang minggu ni adalah school holiday. Mesti ramai yang keluar dengan family, hangout dengan kengkawan. Hmm jeles aku. Apa-apa pon, mesti ada satu benda yang semuaaaaaaaa pelajar dapat iaitu ... homework.

Well, aku jugak tak terlepas dari seksaan jiwa dan raga ini. Cikgu tak patut bagi homework time holiday. Cuti mesti la cuti kan? Hmm. Homework aku cuma 5 paper math. Dua muka surat buku text math. Pembetulan geografi dan folio sejarah yang lengkap. Gilaa!

Then baru-baru ni aku and the geng keluar pergi pasar baru untuk teamwork folio sejarah. Kena interview makcik jual santan. Memang agak susah sebab kena snap tambah lagi ada kawan yang suka snap dengan mesin-mesin kat situ. adess. Orang lain lalu lalang tengok 'gila apa budak-budak ni tangkap gambar dengan tempurung' Alhamdulilah dah settle semua. Cuma folio tu saja yang tak settle lagi. hehe
Banyak sangat kerja sekolah buat kita stress ja. Act ingat nak spend all day long buat kerja sekolah sampai habis tapi malangnya aku dah tertekan Paint tool SAI, jadi tak sanggup nak tutup tanpa lukis apa-apa. hukhuk. 

Okay macam ni la aku bila nampak homework tu. Dari hari pertama cuti, hinggalah ke hari ini dan mungkin akan ke hari yang seterusnya. Tapi yang paling aku taknak bila ..


" ALAMAK KERJA SEKOLAH TAK SIAP!! "

Please?



Assalamualaikum. Harini teramat la busy dengan facebook bila dapat tau header-header yang join Contest Header Paling Sempoi 2013 anjuran kak Nabila Medan dah diupload. So nak kena cari liker sebanyak mungkin. Ni yang susah ni. Siapa yang baik hati nak tolong akuu nii? Act semalam ada seorang blogger ni, lupa pula nak dia, minta aku likekan header dia di twitter. Then lepas like, skodeng la sikit header-header sempoi kat situ. Bila sampai kat header yaya, omg terkejut gila. Aku baru tengok first time, like dah ada 23. Terkejut sangat. hehe.

Macam ni la, kita buat deal. Yaya nak buat segmen kecik iaitu sesiapa yang dapat kutip like paling banyak untuk header yang yaya pertaruhkan tu, akan dapat ganjaran click ads selama seminggu. Mana lah tahu kan dalam seminggu tu boleh cash out ke kan? setuju? Sila comment. 


Sebelum tu, nak minta jasa baik anda semua untuk like header yayaa. Baik hati kan? cehceh xD Okay sila click link di bawah untuk like dan rewardnya adalah pahala kerana membantu :)

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=355329407904684&set=a.355327351238223.1073741827.143633932407567&type=3&permPage=1

Eh like ni jugak. 

Okay itu saja. Sekian terima kasih. Kepada sesiapa yang nak income nya naik mendadak, sila comment setuju. hehe. Bai!

7 Tindakan Berbahaya Selepas Makan



Assalamualaikum. Menjadi tanggungjawap yaya untuk share mende ni. Harap semua readers jangan buat benda-benda ni eh. Credit to facebook.

  1. Jangan merokok - Eksperimen dari pakar-pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah setanding merokok 10 rokok (kemungkinan kanser adalah lebih tinggi)
  2.  Jangan makan buah-buahan serta-merta - Segera makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut akan kembung dengan udara. ambil buah-buahan 1 -2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.
  3. Jangan minum teh - Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan menjadi 100x sukar untuk dihadam.
  4. Jangan longgarkan tali pinggang anda selepas makan akan mudah menyebabkan usus boleh dipintal dan disekat.
  5. Jangan mandi selepas makan - menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang, ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.
  6. Jangan berjalan - Orang selalu berkata bahawa selepas makan berjalan seratus langkah dan anda akan hidup sehingga 99 tahun. Pada hakikatnya ini adalah tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang kita ambil.
  7. Jangan tidur dengan segera - makanan yang kita ambil tidak akan tercerna dengan betul. Oleh itu akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Stress.


Assalamualaikum. Hmmm dah lama kan tak update pasal kehidupan seharian di dunia sementara ni. Last entri pon pasal perempuan tu. Act sekarang aku dah terlepas atau boleh dikatakan bebas dari pengzinaan. Atau lebih dikenali 'couple'. Alhamdulilah sekarang dah single but my heart has been taken. In syaa Allah lepas ni dah tak ada ikatan 'pertunangan harommm' yang dikenali sebagai couple. Eh terlajak pulak. 

So today's story is about my own feeling yang entah apa-apa. Tak tahu la cemana nak terangkan. But alhamdulilah ada iman yang still kuat dalam diri. Aku sentiasa berangan nak pergi tempat yang tenang macam atas bukit ke, tepi pantai or tempat-tempat yang boleh merealisekan ketensyenan aku ni. Baru-baru ni cikgu bagitau ada lawatan ke Cameron Highland. Memang teruja sangat nak p and kawan-kawan yang lain pon seronok je nak p. 

But hari apa ntah cikgu umumkan pelajar-pelajar yang terpilih pergi kem kecemerlangan gitu la. And kami semua terpilih. Kena bayar pulak tu. Then, fathin dengan iffa kata kami ni terlalu berseronok sebelum pmr. Sedih gilaa bila diorang kata taknak pegi. Apa salahnya p sana, sehari je pon. Lagipun tarikh tak sama. Jauh benor. Tapi syukurlah pikahh masih nak pegi. Even sebelum ni aku pegi rombongan mana pon Fathin mesti ada, tapi kali ni kena lebih berdikari. Mesti! 

Kekadang dekat sekolah macam ni lah apa yang aku selalu buat. Bukan je kat sekolah, kat rumah sampai nangis-nangis pon ada. heeeee, stress sangat dengan kehidupan keremajaan aku yang ntah apa-apa ni. 





Ya Allah, sungguh aku berlindung kepadaMu dari keraguan, kesedihan, ketidakmampuan, malas, kikir, pengecut, kecenderungan untuk berhutang, dan tertaklukkan oleh musuh. -doa Rasullullah saw.


20 random facts


Credit : Majalah Dara.cam
  • Dalam bahasa inggeris di Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil daripada watak paparazzo dalam filem La Doice Vita yang diterbitkan oleh Faderico Fellini pada tahun 1960
  • Sepotong coklat boleh membunuh anjing dengan merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan auns yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
  • Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah flutterfly.
  • Selain melukis, Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan dia mengambil masa selama 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa hanya pada bahagian bibirnya sahaja!
  • Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun yang lalu dan menjadi bendera paling lama di dunia.
  • Kawasari ialah burung merbahaya. Ia boleh membunuh manusia atau haiwan dengan mengoyak mangsa menggunakan kuku yang melengkung.

  • Seekor burung mampu pulang pulang ke sarangnya walaupun sudah beribu-ribu batu terbang.
  • Seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
  • Ikan lumba-lumba tidur dengan sebelah mata terbuka.
  • Gunung berapi yang berusia 300 ratus tahun masih aktif dan boleh meletup.
  • Semut boleh mengangkat beban 50 kali ganda daripada berat tubuhnya sendiri.
  • Rata-rata kita bercakap 5000 kata setiap hari walaupun 80 peratusnya kita bercakap dengan diri sendiri.
  • 98 peratus daripada perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga terdekat atau teman si mangsa.
  • Coca-cola mengandungi Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 hingga 1903
  • Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat atau data ke otak.
  • Sebutir kismis yang dijatuhkan ke dalam gelas berisi hampas segar akan bergerak naik turun dalam gelas.
  • Ikan paus kehilangan gigi lebih daripada 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24jam.
  • Otot yang paling cepat di tubuh kita ialah otot di kelopak mata yang membuat kita berkedip. Kita mampu berkedip lima kali dalam sesaat.
  • Jangka hayat sehelai rambut di kepala kita adalah dua hingga enam tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.
  • Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.



Siapa boleh carikan?



Siapa boleh cari orang tu dapat topup free dari yaya. haha ada bran? 

*Besar sangat gambar ni. ish ish. 

Detik-detik terakhir Siti Hajar




Assalamualaikum. Harini yaya terbaca kisah ni and yaya nak kongsi dengan korang semua. Memang sedih sangat. Airmata macam nak menitis je. Ambil la ikhtibar dengan cerita niHati yaya jadi sayu kerana wujud manusia yang begini luar biasa hebatnya. Rasa sedih sebab yaya tak dapat menjadi sepertinya. Al-marhumah benar-benar gadis yang hebat, Semoga Allah menempatkan almarhumah bersama mereka yang beriman dan semoga Syurga ganjaran buatnya.

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata 
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya. 
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. 
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” 
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. 
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis. 
Kami tanyakan "kenapa senyum?” 
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” 
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” 
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

*Credit to facebook. Dipersilakan share :)

Examination.



Assalamualaikum, dan salam sejahtera ke atas kamu. hehe. Today's story is about exam. Sesetengah sekolah dah pon buat exam but today is the first day exam in 2013. So sejak dah masuk sesi pagi ni, banyak yang bertukar dan berubah. Cikgu baru, kelas baru, senarai nama baru, meja baru. cewahh. Ntah kenapa tetiba plak nak cerita pasal ni. 

Semalam sempat study sejarah sikit je sebab tak bawak balik buku teks. Terpaksa baca apa yang ada kat rumah ni ha. Then hafal bm komsas and bla bla. Pagi tadi sampai sekolah sempat study sejarah sikit. Tu pon terpaksa sebab cegu cakap siapa yang dapat 60 kebawah akan didenda pakai kertas yang ada tulis ..


And round satu sekolah. Itulah kenyataannya. Then masuk je kelas kena susun meja kerusi. First tu dapat tempat second from last. Alhamdulilah. Dah serik duduk depan bertahun-tahun. Then monitor suruh duduk ikut list nama. Dalam hati harap-harap tak dapat duduk depan. At the end, "Ilyaaaaaaa! Dok sini!" Okay macam nak nangis pon ada. Tak suka dok depannnnnnnnnn! Dekat dengan meja cegu pulak tu. Tapi tak boleh ubah dah. Kejam memang kejam *lap air mata*
Pelajar lain semua halimunan ye.

Macam ni kedudukan aku. Tu je la yang aku fikir. Habis semua yang aku study beterbangan bak burung terbang di lautan. eh? And bila cikgu duduk je kat situ, sampai tamat kelas aku akan stay macam dalam gambar kat atas. *cedih* Apa boleh buatkan? Ohya number aku dlm list ialah 21. Same like birthday aku, 21 September. Dan baju kelas jugak number 21. Ahh Iloveu 21 !

Back to the story, harini cegu izzul datang balik sekolah. eh kata dah pindah? Haha alasan dia pihak atasan suruh dia sambung mangajar balik. Haha boleh percaya ke tak ni? Dia masuk pulak time BM Paper1. Memang macam-macam soalan yang tak munasabah yang dia dapat. Contohnya "Antara jawapan semua ni mana yang cegu rasa betul?"

Dia jugak bagi masa untuk meniru. eh? haha takde la jangan percaya. Act dia kata kalau nak study BM paper2 lepas ni kena hantar paper1 tu dulu. Bila dah hantar, aku cari buku komsas but tak jumpa. Rupanya Fathin ambik buat harta. Bila minta je ada la alasannya. 'Sat la nak hafal. Sat-sat nak salin'. Tuan buku tu pon tak baca lagi, dia dah ambik. Disebabkan hati aku yang baik lagi mulia ini, aku bagi je la dia hafal. Melantak sorangsorang sampai kehulu kehilir dia bawak buku tu.

At the end bila sampai soalan komsas, apa yang diorang baca dalam buku tu tak masuk langsung. Mungkin ada la sikit. Haha apa-apa pon aku dapat jawap dengan jayanya kecuali sejarah. Sebelum ni belum penah fail sejarah. Tapi mana la tahu nasib tak menyebelahi aku *cedih lagi*.

Ohya, sebab apa aku tak suka dok line depan?
1. Dekat dengan cikgu
2. Tak boleh nak buat kerja mengarut sebab takut cikgu tengok
3. Tak boleh meniru (shuu)
4. Takut cikgu tengok jawapan.


Sometimes ada cikgu cenni yang suka usha pelik. Haha apa-apa pon, goodluck to sesiapa yang jawap exam harini, semalam, lusa, tulat and seterusnya. Moral of the story, belajar pandai-pandai and jangan pandai memandai-mandai. ceh terkeluar tajuk pulak. Okay la byebye :*



PAUSE HERE