Fever + Flu



Assalamualaikum
Harini aku tak dapat p sekolah. hukhuk. Sebab apa ? Actually semalam ( isnin ) memang dah terasa sesemanya tu. Pagi tadi ( selasa ), dah siap-siap nak p sekolah, tengok jam dah pukul 7 lima minit. Turun bawah (rumah flat) tengok rakan seperjuangan ke sekolah dah takda. Then balik rumah nak minta abah hantar, unfortunately abah 'tak boleh' hantar. Then tukar baju sambung tidur.

Sekarang ni asyik hachoooo ja dari tadi. Penattt !

Kbye.



Holla.



Bismillahirohmanirrahim. Assalamualaikum. Dah hampir sebulan blog ni tak berupdate. Bagi secret admirer blog ini, dua puluh jari ku hulur kerana tidak dapat memberi kata-kata semangat untuk anda memperjuangkan perjuangan anda di dunia blog ini. ( eh? ) Sejak mula bergelar pmr candidates, azam pon dah baru. Kononnya nak study memanjang. Walaupun aktiviti aku meng'online dah dihadkan, tetapi jarang sekali aku pegang buku. 

Tahun ni, tak dapat tusyen. Mak kata tak tusyen pon takpa, asalkan belajar sungguh-sungguh. Alhamdulilah  dapat kelas tambahan kat sekolah. Sejak bersekolah sesi pagi ni, tiap-tiap hari kena p sekolah jalan kaki. Jarak dari rumah ke sekolah adalah dalam 2 kilometer. Selalunya ambil masa 20 minit. Lama kan? Hehe one day tu, aku pegi sekolah macam biasa. Malangkan hari tu ada perhimpunan koko, then kena berdiri setengah jam dalam dewan. Bayangkan tadi dah 20 minit berjalan, then 30 minit kena berdiri tanpa duduk? Boleh pengsan weh! Sampai je rumah, terus landing. Lepas dah buat air liur basi, tidur, petang tu baru lah terasa sakit kaki. Makan masa 2 hari jugak nak hilang sakitnya tu. Eh, cukup cukup sudah. Takda siapa kisah pon pasal tu. 

Semalam aku rindu sangat nak buat doodle. Asyik teringat-ingat je. Harini aku spend a day to draw this chick. Comel tak? Haha nama dia Chingu! Selamat berkenalan. Oh ya, Chingu ajak exercise. Jangan katakan tidak, nanti dia nangis :p


Act aku tak tau nak taip apa dalam entry 'pertama' aku nih. So, aku doakan korang yang tengah baca entry ni, semoga sihat selalu dan jangan lupa kenangkan aku dalam doa korang. Selamat maju jaya to all readers. May Allah Bless You Always :)


Thanks Kak Azzah!



Assalamualaikum! Hihi kelmarin doodle dari Kak Azzah dah sampai. Act aku menang satu giveaway and menang doodle yang Kak Azzah sponsor. Cute gilaaaaa. *terpukau* ceh. Haha aku pon tak reti nak buat doodle cute macam ni. Anyway, thankyou for this cute doodle! :*

Sedap ke?



Tadaaa! Apabila boring melanda, melukis je keja haku. Dah la sekarang tengah panas. Aaarhhh ~ Sedapnyaa. Oh baru teringat. Ais krim korneto mekdi dalam peti ais tak makan lagi. Hakhakhak *evil laugh* Jangan jeles >:D

P/s : Nak doodle? Hire me. Opened!

Doodles!



Assalamualaikum. Selamat petang. Salam satu malaysia. Tadi aku baru kemas folder dalam lappy ni. Dan sememang folder aku berfolder-folder. Dalam folder ada lagi folder. Then tetiba aku terjumpa doodle ni. Suka tak suka tak ? hihi nak ambik la. Aku kasi free je. Aku taktau nak buat apa dah. Kalau delete camtu je kang membazir dan buang tenaga aku je buat doodle ni. Macam biasa la, kalau nak kena komen. Baru aku tau siapa tuan baru doodle ni ;)

Not transparent!







Can someone give me the title?



Assalamualaikum. Hurm, dah lama tak update blog. Trafik pon dah makin merosot sekarang. Rindu belog. sobsobs *lap air mata* Sekarang aku dah bergelar PMR candidate. Hari pertama kat sekolah sampai la harini asyik dengar cikgu kata 'kamu la harapan sekolah'. Selalunya yang selalu dapat ayat ni kelas A la. Iaitu kelas aku.

And now aku dah sekolah pagi. Jadi nak kena bahagi masa onl dengan kakak adik aku pulak. Dalam pukul 4 hingga 7 saja time onl for me. Hukhuk, ni pon masih belum tusyen. Kalau dah tusyen takkan dapat onl langsung.

Start sekolah pagi, cikgu semua lain and still tak kenal. Tapi cikgu kelas aku .. erg. Ramai cikgu disiplin. Guru kelas, cikgu Math, cikgu Geo, cikgu Sejarah. Omg, tadi ada sejarah and cikgu tu masuk. Semua diam je sebab cikgu tu macam ......... ketua cikgu disiplin. erk?


Oh ya, semalam hadiah dari Butik Chinta Zulaikha dah sampai. Cantik gila! Macam mahal je. Baru je sampai semalam. Act minggu lepas tapi aku takda kat rumah so posmen tu kasi notis. Abah lambat call. Hehe nak tau apa isi tuu? Jeng jeng jeng! Scroll!



























See ? Act warna beg tu lagi cantik tau. Gambar jadi camtu sebab kualiti gambar yang kurang bagus. Ha Ha :p Okay aku taktau nak cerita apa dah. Last words, maybe sekarang aku tak tak boleh onl lama-lama sebab nak focus study. Azam tahun ni sangat besar and guys, wish me luck! :* Assalamualaikum ..

P/s : Click older atau stuff atau hire untuk tengok koleksi doodle terbaru. Bai! :D


Blog direview :D


Happy New Year!
Assalamualaikum. Entry pertama tahun baru ni. Banyak gila entries semalam cerita pasal kenangan 2012, Bai 2012, Hai 2013. Eh? Cer try ucap alhamdulilah sebab Allah dah kasi umur yang panjang kerana sampai sekarang kita masih boleh pijak tanah dengan kaki sendiri. Boleh berdiri bawah langit.

Ramai yang buat entry pasal wish & azam utk tahun ni. Yea act aku pon nak buat jugak, tapi know what. Tak perlu ditulis, ditaip sebab usaha yang dapat membuatkan azam dan wish comes true. Eh? So, biarlah azam aku terpahat di hati. hehehehhehehe ~ 
Macam yang semua dah tau, esok sekolah! Horay! Tak sabar rasanya nak jejakkan kaki ke alam PMR. Wish me luck, guys. *senyum hingga dahi* 

Emm, tadi aku menang satu GA lagi. Seronok memang seronok. Hadiah pon lumayan je. Apa dia? Topup RM10. Yay! Tapi sejak akhir-akhir ni banyak dah dapat topup. Malah ada lagi tersimpan code topup tu. Tak guna lagi. Dalam phone pon berpuluh. Aku bukannya jenis yang suka text 24 jam, atau calling sampai tengah malam. Aku guna phone pon sebab nak onl je. Nasib la ada streamix kat rumah ni.

Apa-apa pon, bersyukur sangat dapat menang GA dari bloggers ni. Buat masa sekarang aku kena tunggu lagi 9 hadiah pos yang belom sampai. Oh can't wait for it! Okay stop. Semalam ada blogger review blog ni. Macam-macam dia komen. Hehe Thanks awok <3


Masa ni blog aku warna biru. Eh cepat sangat ke aku tukar baju blog ni? 
Dan kat bawah ni pulak dari GA yang aku cakap tadi. Dia review sikit. Hehe. 



Taraaaa! Okay terima kasih awok-awok semua. Saya amat menghargainya *lap air mata* Nak tau siapa yang review ni? Treng teng teng! Click header cun dibawah untuk ke blog diorang.



P/s : Sekarang nak buat tuto & freebies baru. Any request? 

PAUSE HERE