Holla.



Bismillahirohmanirrahim. Assalamualaikum. Dah hampir sebulan blog ni tak berupdate. Bagi secret admirer blog ini, dua puluh jari ku hulur kerana tidak dapat memberi kata-kata semangat untuk anda memperjuangkan perjuangan anda di dunia blog ini. ( eh? ) Sejak mula bergelar pmr candidates, azam pon dah baru. Kononnya nak study memanjang. Walaupun aktiviti aku meng'online dah dihadkan, tetapi jarang sekali aku pegang buku. 

Tahun ni, tak dapat tusyen. Mak kata tak tusyen pon takpa, asalkan belajar sungguh-sungguh. Alhamdulilah  dapat kelas tambahan kat sekolah. Sejak bersekolah sesi pagi ni, tiap-tiap hari kena p sekolah jalan kaki. Jarak dari rumah ke sekolah adalah dalam 2 kilometer. Selalunya ambil masa 20 minit. Lama kan? Hehe one day tu, aku pegi sekolah macam biasa. Malangkan hari tu ada perhimpunan koko, then kena berdiri setengah jam dalam dewan. Bayangkan tadi dah 20 minit berjalan, then 30 minit kena berdiri tanpa duduk? Boleh pengsan weh! Sampai je rumah, terus landing. Lepas dah buat air liur basi, tidur, petang tu baru lah terasa sakit kaki. Makan masa 2 hari jugak nak hilang sakitnya tu. Eh, cukup cukup sudah. Takda siapa kisah pon pasal tu. 

Semalam aku rindu sangat nak buat doodle. Asyik teringat-ingat je. Harini aku spend a day to draw this chick. Comel tak? Haha nama dia Chingu! Selamat berkenalan. Oh ya, Chingu ajak exercise. Jangan katakan tidak, nanti dia nangis :p


Act aku tak tau nak taip apa dalam entry 'pertama' aku nih. So, aku doakan korang yang tengah baca entry ni, semoga sihat selalu dan jangan lupa kenangkan aku dalam doa korang. Selamat maju jaya to all readers. May Allah Bless You Always :)


3 comments:

  1. Jom join

    Jom join

    http://storymoryofqv11.blogspot.com/2013/01/topup-giveaway-by-iezwa-razk.html

    ReplyDelete

Watch your words, dude.