Lepasan PMR



Assalamualaikum wbt.
Pejam celik pejam celik sekarang aku dah jadi lepasan pmr. Tak akan ada lagi pmr dan aku pmr candidate untuk pmr yang terakhir. Perasaan sekarang? Mestila happy. Rasa macam otak pun dah boleh berfungsi dengan baik. Kalau dulu stress, asyik fikir pmr, baca buku and bla bla. Tapi sekarang dah tak tau nak fikir apa. Bila dah jadi lepasan pmr ni, macam-macam benda yang aku rancang nak buat. Time tengah jawap last paper pon aku dah fikir aktiviti yang nak buat. Nak tengok running man dari episod satu hingga 166, nak kemas buku rujukan semua lempar jauh jauh, nak buat art, nak shopping, nak main games sampai midnight, nak makan banyak banyak, nak pergi holiday, nak baca novel seribu muka surat, nak tido sampai tengahhari dan macam macam lagi. Tengokla betapa desparate nya aku nak meng'enjoy lepas pmr. huhuhaha

Sebelum pmr, macam-macam yang cikgu buat. Kem Kecemerlangan Akademik (KKA) beberapa bulan yg lepas, kelas tambahan, bacaan Yassin dan yang sewaktu dengannya. Yang bestnya sapa yang dapat G20 (20 students paling pandai) dapat lebih aa. Selalu ada perjumpaan, dapat makan free (makan free?!), dapat cikgu angkat and so on. Tapi yela aku takla pandai sangat pun nak masuk list G20. Tapi dari usaha cikgu and sekolah nak students dapat straight As tu memang tabik gak aa. Aku pun tak dapat nak listkan usaha yang sekolah buat tu sebab aku sangat sangat menghargainya sampai terlupa wuahahhahahaha.

Tapi aku pun usaha jugak tauuu. Setiap hari berperang dengan perasaan sendiri. Nak study ke takmau? Nak study ke nak online? Nak study ke update blog? Dan aku jugak kena berperang dengan rasa mengantuk aku time study. Tambah lagi subjek sejarah and sains. Akhirnya aku end up dengan melayari internet hingga lewat malam sampai hilang segala rasa mengantuk. Aku tak ada tusyen. Tahun ni kakak aku spm, so abah focus kat kakak je la. Tapi aku lebih suka study sendiri. Kat sekolah, cikgu ajar pun aku tak boleh concentrate, apa lagi kat tusyen. Selagi ada orang kat sebelah, selagi tu aku nak menyembang. Bila study sengsorang, sunyi je. Tak boleh bercakap, tak boleh ketawa. Yang bolehnya cuma marah diri sendiri billa tak boleh jawab soalan. 'Kenapa bila cikgu ajar takmau dengar? Sekarang dah taktau nak jawap apa?' *tampar tampar pipi* Berperang dengan diri sendiri.

Tiga hari sebelum pmr, aku pergi Seminar Target A. Seratus tiga puluh ringgit per person. Aku pergi pon sebab aku ada masalah dgn subjek sains and sejarah ni. Walaupun ada masalah teknikal such as bas lambat, start lambat, time makan 5-10 minit, takde tempat makan and sbgainya, tapi apa yang aku belajar kat sana memang banyak membantu aa. Cikgu yang ajar tu pun banyak buat lawak, takde la stress sangat. Tapi bila mengajar dengan cara negatif sure tak best gila. Senang je dia angkat jari tengah, siap suruh students lain buat, kononnya nak kasi orang ingat. pfftt. Ada students lain yang makan berdiri dekat luar. Makan depan toilet pon ada. Dekat tangga lagi banyak. Terpaksa a aku puasa setengah hari haritu. Part paling terharu time cikgu sekolah datang, kasi roti, air and sweets for free walaupun seminar ni takde kaitan dengan sekolah. Roti tu la brekfes and lunch aku. Sobsobss. 

Hm, so selama empat hari aku berperang, selepas menjawab semuaaaa soalan pmr, keyakinan aku untuk dapat straight As down and down. Memang aa soalan pmr lebih senang dari trial, tapi .......... em. Lepas check jawapan, aku target dalam 5A je la. Kalau dapat straight A alhamdulillah. Tak dapat pon alhamdulillah. Apa yang penting? Bukan kerjasama tapi usaha. Step yang terakhir, tawakal dan berserah kepada Allah swt :)


P/s To be honest aku tak tahu nak update pasal apa. So tunggu lah nanti bila aku ada idea. Nak edit blog sekali. ahahahaha

3 comments:

  1. goodluck dik :D harap lulus dgn cemerlang . aminn

    ReplyDelete
  2. wah so nice dah habis exam :) mi 2 bulan lagi baru boleh merdeka haha T.T

    ReplyDelete
  3. wah~!!!! kita sama baru habis PMR....freedom!!!! hahahahaha...

    ReplyDelete

Watch your words, dude.