Internship Journey



Salam sejahtera.

Alhamdulillah, 3 bulan dah berlalu menandakan telah masuk waktu solat bahawa perjalananku sebagai seorang pelajar praktikal diploma kini telah berakhir. Selama 12 minggu aku telah berjaya berkhidmat dengan tulus temulus di Tabung Haji Bayan Lepas, Penang. Pada entri kali ini, akanku kupas sedikit sebanyak perjalananku melayari hari-hari berliku lara beronak duri bunga layu sekuntum. Teruskan pembacaan anda dengan hati yang terbuka kerana penggunaan ayat pada entri ini mungkin bakal sedikit cliche. 

Back in february 2018, iaitu pada cuti semester sebelum bermulanya semester 5, aku telah mengambil inisiatif dengan menghantar surat berserta resume ke 2 buah syarikat bagi memohon tempat sebagai pelajar praktikal. Pada mulanya, aku tak ada sekelumit pun lagi kesedaran nak apply dekat memana company. One day my mom urged me to apply to these 2 companies. Me being a good daughter, berusaha menyediakan dokumen yang diperlukan dan terus gi apply. Usually aku tak berapa setuju dengan pilihan mak sebab pilihan kami selalu bertentangan dan aku sangatlah cerewet ye kawan-kawan. Tapi pilihan mak kalini ku rasakan superb sebab aku tak terfikir langsung wujudnya syarikat-syarikat ini! HAHA. Salah satu daripada syarikat tersebut (nama dirahsiakan) betul-betul dekat sebelah rumah. Kalau dapat situ memang seronoklah boleh balik lunch dekat rumah. Elaun pun ada. Jalan kaki saja. Jimat segalanya. Another company is Tabung Haji. Agak jauh jugakla dari rumah but it is fine kerana saya ada transport. Mom's idea is brilliant.

Unfortunately, due to my clumsy-ness, aku tertinggal kosong dekat tempat tandatangan aku dalam cover letter untuk syarikat nama dirahsiakan itu. Aku dah keluar dari bangunan tu tetiba dapat call suruh datang balik untuk sign. Dekat situ dah tunjuk aku ni clumsy, mimpilah dorang nak terima permohonan praktikalku ini sobsobs *menangis berlagu sendu di bucu katil* Tapi thanks to akak yang call bagitahu tertinggal sign tu, aku sempat sign cover letter sebelum hantar dekat Tabung Haji. Syukur syukur. Few days later aku dapat email from Tabung Haji bagitahu aku diterima. Diterima :') Rasa bagaikan di awanan.
Long story short, tanggal 21 Mei 2018 iaitu pada bulan puasa (uhuk), aku melapor diri di TH. Tak dinafikan haritu nervousnya start dari malam semalam. Nak tidur pun kemain susah. Tapi alhamdulillah, everything went well. Pagi tu di bilik mesyuarat selepas bacaan Al-Quran (setiap pagi) aku memperkenalkan diri kepada semualah. To be honest, aku lupa benda basic sebegini and tak praktis langsung hahahahaha tapi alhamdulillah pengarah sangat friendly dan dia tanya apa yang aku lupa mention seperti, belajar kos apa, tinggal di mana, ada transport or not. So kurang sikitlah cuak aku disitu ahaks.

First week sumpah aku cakap aku menung je sepanjang hari. Kalau tak menung, aku main game. Kalau tak main game, aku scroll socmed (Jangan tiru aksi ini ditempat kerja). Yes aku patut go around make friends communicate dengan staff but.. being introverted person, no thanks. I just sit on my chair at my desk doing my stuff all day sampai habis office hour and I quietly keluar balik rumah. Aku rasa nobody perasan aku ada atau aku tiada hahahaha. So week 1 to week 3 aku ditempatkan di bahagian pentadbiran di tingkat atas. Dekat sinilah aku menung je. Masuk week 4, aku ke bahagian kewangan dekat bawah, area kaunter. Lagi sekali sumpah aku cakap nak makan pun tak sempat. Kirija banyak non-stop. Setiap hari kena cross-check borang, ditambah lagi dengan kira syiling yang pendeposit bawa untuk simpanan. Allahu ujian dihari raya, berduyun-duyun bekas dan beg penuh syiling aku kena kira. Bayangkan satu beg RM1,000,  darab dengan 10 beg, berapakah berat matahari?

Masa majlis hari raya aku dikerah oleh timbalan untuk jadi MC :') Aku tak rela, tapi pada akhir majlis dapat pula hadiah cabutan bertuah ehehehehehehe

5 minggu aku dibahagian kewangan, banyak benda aku belajar. Buatnya pula time aku masuk tu ada seorang ja student praktikal and dia habis masa aku week 3. Jadi start week 4, aku sorang sajalah berpraktikal di situ. Aku start blend-in dengan staff and also hakak-hakak SL1M 5 orang. Kami mula rapat semasa program Kursus Perdana Haji (KPH) yang dibuat di Kepala Batas, Penang selama 2 hari. Pengalaman aku sebagai petugas KPH takkan dapat dilupakan selamanya ehehehe. Seronok tolong makcik-pakcik bakal haji. Contribute makanan, bantu yang mana susah berjalan dan sebagainya. That sleepless night where we had to make sure jemaah get enough food and had to quietly sneak out at 2AM from the dewan sebab weols nak bermalam dirumah one of kakak SL1M sebab rumah dia dekat sejengkal je. Terpaksa buat plan untuk keluar sebab dorang suruh tidur dekat either dewan or surau, but we chose Kak Fai's house hahaha. The next morning weols bangun at 5AM kerana harus sampai di dewan at 6AM. 3 jam ja dapat tidur :') But it's fine. Semuanya pengalaman buat aku. Insyaallah ada rezeki tunai Haji suatu hari nanti dah tahu dah prosedur kursus macam mana. Syukur hahaha

Waktu malam di kursus perdana. Semua petugas kena pakai jubah hitam arabish

Itu baru kursus, now masuk story hari sebenar jemaah nak berangkat. Waktu ni aku dah masuk under marketing and aku incharged untuk jaga bilik maklumat operasi haji (BMO). Bilik ni lengkap dengan maklumat tentang keberangkatan haji and kena update maklumat everyday. Tak dilupa bilik ini dilengkapi dengan tv sebesar alam, sofa seempuk kapas, aircond beku, snacks and foodie andddddd everyday morning staff hotel TH akan hantar minuman panas! Hari pertama haritu dorang hantar nescafe 4 jug, katanya sebab timbalan pengarah suka nescafe tapi dia jarang masuk. Jadi weols request teh tarik. Mulanya dibuat 1 jug je. Tapi seriuslah, mana cukup?! Terus minta 3 jug sampailah hari terakhir operasi. Bagaikan disurga hahahaha. Ok ni baru bilik. Belum mula operasi lagi ni xD

Inilah rupa BMO. Tv tu untuk cctv je. Tv besar lagi satu buat layan 
movie disebalik sana ya kawan kawan.


Buat kerja juga, bukan layan movie minum teh tarik je.

Ni haa extra prove kalau tak caye.


So, hari pertama operasi haji, flight pukul 9 malam. Jemaah datang pkul 2.30PM. Yes, sangat awal. Setiap hari staff praktikal and ex praktikal yang datang tolong akan sediakan beg berisi kelengkapan haji like tag nama, tag bagasi and all. Aku usually tukang jaga BMO minum teh tarik jela. Cukup masa ikut jadual aku jaga kaunter kutipan kelengkapan haji, aku keluar. Jaga kaunter pun best. Ada jemaah yang salam and doakan kita dapat pergi juga, ada yang ucap terima kasih sekasih-kasihnya, perasaan ni jadi undescribable. Tutupnya kaunter kutipan pada hari pertama operasi pada lebih kurang pukul 6PM, kami (praktikal & SL1M) join taklimat ringkas haji dalam dewan. Bas ke airport akan bertolak before maghrib, tapi kami ada masalah untuk ikut ke sana. Pass petugas untuk ke airport sangat limited. Awalnya aku berhasrat untuk tidak turut serta sebab waktu dah lewat. Tapi at the end aku join jugak hahaha serius kena bebel dengan staff lain sebab bas dan nak gerak dan aku orang terakhir yang naik bas xD It was fun tho.

Yinilah timbalan kita hehehe.

Operasi haji pun berlangsung dengan jayanya sehinggalah 11 ogos 2018, iaitu hari terakhir aku di sana. Hari terakhir tu ada jamuan makan untuk petugas dan sukarelawan. Timbalan pengarah sendiri yang suruh aku datang siap pesan datang awal. Tapi sudahla sampai lewat time timbalan tengah berucap, praktikal yang lain lagi 3 orang, sorang pun tak datang hahaha jadinya aku duduk dengan hakak SL1M je. Dulu aku sangat awkward dengan orang yang berusia sikit dari aku. Communication skill memang out. Since dah kenal rapat, aku banyak bersama SL1M berbanding praktikal yang lain. Well, I still remember that day when dua orang praktikal baru masuk TH masa aku sorang-sorang. It's like a burden on me blew away. 5 weeks in finance department was tough. Week 4 aku di finance department, seorang praktikal dihantar masuk and aku diberi tugas untuk guide dia untuk menggantikan aku yang bakal ke marketing department. Fyi, Wani is my first lunch partner dekat pantry :') We're both introvert, we understand each other haha.

Barisan student praktikal, sayalah paling muda ditengah itu.

Alhamdulillah 12 minggu sebagai pelajar praktikal di TH berakhir dengan jayanya. Walaupun aku tak sempat convo tahun ini, tahun depan masih ada hihihi. Insyaallah oktober ini, 2 minggu lagi aku akan sambung degree pula, ditempat yang sama dan kos yang berbeza. I had a hard time considering course mana aku nak pilih. But yeah, sekarang aku dah sebulat suara dan hati menerima kos ini.  Kos apekah itu? Nantikan entri seterusnya ahahahaha. Semoga perjalananku menjadi student lagi dipermudahkan dan diberkati oleh Ilahi.







Happy 20th birthday, to me.
21 September 2018


No comments:

Post a Comment

Watch your words, dude.

PAUSE HERE