Random

Assalamualaikum wbt.
Sepanjang minggu aku aku rasa awrkward gila dengan persekitaran sekeliling aku. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Macam orang dalam despression sangat. Yea ekceli aku bosan asyik tengok-dengar-buat benda yang sama setiap hari. Kalau boleh nak jugak pergi travel around the world ke, (bajet dah jadi dewasa) pergi daki gunung ke, pergi berenang, pergi buat apa saja yang tak berkaitan dengan study, online atau terperuk dalam rumah dengan rambut cem Alleycat gitu.

Macam biasa, hari hari pergi sekolah menghadap muka classmates yang sama. Dengar cikgu potpetpotpet pasal pmr atau marah pasai homework tak siap. Cakap pasal cikgu, aku teringat cikgu suriani tadi. Harini last aku jumpa dia untuk tahun ni sebab cuti bersalin. Dia kasi 'ceramah' free setengah jam pasal masa depan. Takpayah nak kusut kepala nak pilih jurusan apa, kerja apa dan sebagainya. Biar masa yang menentukan segalanyaa. Time tu semua concentrate tengok cikgu. Ceh, last day lah katakan. 

Hm sekarang makin feymes pulak bab bab blog ni. And sekarang aku rasa ramai yang stalk aku. Classmates, die-hard-friends, tak-berapa-die-hard-friends-sangat dan beberapa orang yang tak dapat dimuatkan namanya dalam paparan ini. Ada jugak orang mintak aku ajar buat blog, edit blog, buat blog and something like that. Bukan takmau ajar, cuma benda pasal html, code blog semua tu opkos lah susah nak terang. Dulu time newbie pon blog buruk. follower pon takde. Cuma ye la aku jenis suka surf google, treasure macam macam dalam tu hingga lah sekarang, dah boleh hafal dah code code yang berkaitan. Semalam cikgu shima ada cakap pasal faedah menulis kat blog ni haa, then classmates aku yang lain point aku sorang jela. Stalker everywhere! To be honest, aku tak berblog untuk jadi attention seeker or what so ever they call it. Saja suka suka buang masa taip macam ni dengan baju sekolah yang nak bertukar ke bau yang kurang menyenangkan sebab online dari balik sekolah hingga tak mandi sampai tengah malam wkwkwkwk XDD Seronok apa taip taip macam ni. Ayat berterabo, broken english dan typo memang lumrah ler.

Actually aku takde idea nak story pasal apa.

So bye

Memory.



Assalamualaikum wbt.
Happy monday guys. Rasa macam dah lama tak update padahal baru beberapa hari. Yela sekarang ni sibuk benor. Nak buat itu ini. Pergi sana sini. Harini kat sekolah memang memboooosankan sebab ada sepatah dua kata dari 3 orang 'besar'. Tadi semua form 3 kena masuk dewan, cikgu nak bagi result trial. Then ada ceramah, prestasi meningkat menurun. Bosan bosan! Dahlah rabun, satu apa kat depan pon tak nampak. Pastu ada penceramah jemputan. Takde la macam penceramah sangat. Beliau cuma cakap utk menaikkan semangat for 8As. Nasib baik setengah jam saja. Before habis sepatah dua kata beliau, kami kena buat kecerdasan minda kebende ntah. Beliau cakap kami kena ikut and so on. Dah macam cerita naruto ke apa ntah kena buat tangan cem bebola api XD

em hari sabtu lepas a.k.a 24 ogos 2013, aku and family pergi kenduri dekat area kampung. Then dekat Asar sikit, kami pergi rumah baru adik my mom kat sungai petani. Rumah besar dua tingkat. Diorang masih dalam proses nak pindah sana. And then kami pergi 'menziarahi' rumah tak berapa nak baru kami kat sungai petani jugak. Khabo nye nak bincang pasal ubahsuai rumah bla bla. Rumah tu dah beli sejak aku kecik lagi. Time aku masih prasekolah maybe. Baru sekarang nak ubahsuai sebab tahun depan nak pindah. Ye tak comfirm lagi la sebab nak ubahsuai rumah tu ambik masa jugak. Actually rancang nak ubahsuai jadi rumah dua tingkat. pergh best ar bila dengar.

Bila bincang balik, banyak perbelanjaannya. Time tengah bincang-bincang depan rumah tu, ada lah penduduk area situ lalu lalang kat situ sebab nak tengok tuan rumah kami tuuu. Haha kawasan tu even masih baru, tapi dah ramai orang duduk sana. And then tetiba jiran sebelah panggil pergi rumah dia. Dia buat open house. Dia bagitau rumah sebelah kami nak dijual. Mata kami pon bersinar-sinar (LOL) sebab kalau beli rumah tu, kemungkinan besar rumah kami boleh jadi cem banglo enam bilik! lol okay enough merepek. Biar abah je urus mende ni --'

Ohya semalam ada open house kat rumah ketua kelas aku. Pagi tu mak ajak pergi giant. Fathin kata pergi dulu giant tu, nanti terus pergi rumah hidayat. Memang takdak transport nak pergi pon. Aku pun ikut jelah ke giant walaupun aku tau bab bab shopping ni berjam-jam! Janji pukul 2, pukul 2 setengah baru sampai. Then nak kena jalan jauhhhhh, naik turun bukit sebab rumah hidayat dalam kem askar. em tapi untung jugaklah aku tak pakai baju kurung. Ekceli kami geng perempuan nak pakai baju kurung. Aku orang pertama yang membantah sebab nak jalan jauh dengan baju kurung tu memang ridiculous! Tapi diorang still bertegas nak pakai baju kurung. Then tetiba pakai baju biasa pulak. Macam macam fashion. Aku tshirt raya dua tahun lepas dengan bawal kosong je. Diorang dengan halfmoon bagai xD

Habis makan semuaa, kami terpaksa jalan kat laluan yang sama berbukit bukit. Yang lelaki seronok je pecut naik motor. Tapi geng2 lelaki ni kena jalan belakang kami. Ntahlah. Tapi mulut bising sebab kai jalan lambat. Biasalah, sesi fotografi XDDD! Thelelelelele 

This is nuur syafiqah. Anda nampak apa yang saya nampak? XD

Sepanjang perjalanan nak keluar dari kem askar tu, syuhada dengan inah dah jalan dulu. Time kami snap, diorang dah blah. Pastu tetiba one of them call nuur, diorang kata diorang dah berpecah. Seems like, diorang tak tahu macam mana boleh berpecah, cakap sorang sorang, sorang lagi dah sampai rumah. Tak logik pon ada. Otw sampai gate besar kem, baru nampak diorang berdua.

"Tepuk sikit, ada orang buat lawak" --'

Sebal betul. Diorang acting sampai kami panik. Yela panik jugakla sebab baru je lepas story story pasal cerita ghaib bla bla. Dah la area tu area hutan jugak. Dari jauh kami nampak syuhada dgn inah gelak. Kami dah terkenaaa! Cepat cepat nuur bawak keluar bedak carry junior, masing masing genggam dalam tangan. Jalan sambil buat muka poyo tengah marah. Bila dah dekat, syuhada tu la yang gelak tak cukup nyawa. 

'Happy birthday!" 

Dushhh! habis bedak masuk mulut XDDDD Penuh kat muka, tudung semua. Aku la orang pertama yg baling dulu. Sampai merah muka dia nak menangis. Okay aku kejam. Dia pun terkejut jugak. Even dia memang tahu kami akan baling either bedak, tepung or telur busuk XD Okay nilah mangsa diaaaa 


Lepas tu, bising dia marah marah. Alaa marah manja gitu. Siap kata nanti birthday aku, dia salah seorang orang paling kejam yang akan baling tepung. omg time tu baru teringat birthday aku tak lama lagi, hari sabtu. Tapi ada sekolah ganti. Mungkin saja time tu ada hari koko. Dimana pelajar boleh bawak apa saja ke sekolah termasuk tepung. omg omg kena sediakan tudung lebih XD

Okay thats all. Penat dah tangan aku menaip. Awal tadi memang malas nak menaip, sekarang tak boleh berhenti pulak. Bye, assalamualaikum :)




PAUSE HERE