Tips Belajar!



Assalamualaikum wbt. Sekarang sudah pon masuk bulan 7 dan alhamdulilah dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan ni. Memang seronok, dapat kumpul pahala berlipat ganda. Tapi dalam seronok-seronok tulah pmr candidates merana sebab percubaan pmr. Seems like, beban sangat nak study. Hari ni dah 13 july. Lagi 10 hari beb. So tadi ilya search cara-cara belajar yang efektif and im gonna share it to you too. Hope berguna untuk semuaa :D Sumber a b c d

SEBELUM BELAJAR
• sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T
•  fikirlah bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita
• Jangan lupa membaca doa dan berwudhuk sebelum mula belajar.

MENGULANGKAJI PELAJARAN
• menyemak semula apa yang telah dipelajari
• memahami konsep
• menghafal formula atau istilah yang penting
• menganalisis isi-isi penting
• mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi
• mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.

MEMBUAT RUJUKAN
• membuat rujukan bahan tambahan
• bertanya dengan guru
• berbincang dengan rakan
• buat latihan past year question 

MASA YANG SESUAI
• Mengulangkaji pelajaran pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar.

TEMPAT BELAJAR
• keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur 
• suasana yang kondusif
• tempat yang merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran.
• meja belajar menghadap ke arah kiblat.
• tampal poster untuk menaikkan semangat untuk belajar

NOTA PENTING DAN LATIHAN
• sebaiknya jangan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota ringkas
• nota yang mudah untuk difahami.
• nota yang dapat menarik minat untuk terus belajar
• nota yang menggunakan peta minda (mind map) atau berwarna warni.
• boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

DISIPLIN DIRI
• jangan meninggalkan solat kerana solat adalah kunci kejayaan
• baca at least satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu
• jangan terlalu paksa diri untuk study supaya input cepat difahami dan diterima
• jangan malas, bertangguh, berangan, berkhayal atau memikirkan perkara lain
• membuat persediaan awal seperti 
• berbuat baik dan menghormati guru atau pengajar
• mengikut jadual belajar yang ditetapkan sendiri
• mengulangkaji berulang-ulang kali 
• berehat sebentar selepas 20-30 minit study.

MIND SETTING
• apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.
• ingatkan diri solat adalah kunci kejayaan.
• berlapang dada, redha and ikhlas melawan nafsu
• betulkan niat, betulkan pemikiran.








3 comments:

Watch your words, dude.

PAUSE HERE