Diary selepas PMR.


Assalamualaikum wbt.
Finally, hampir sebulan aku tak update blog ni. Rindu tak rindu tak? Hahaha rasa lifeless gila bila tak online. Sekarang ni laptop aku diserang virus dan ia amat mendukacitakan. Dah lama rosak, sekarang dah ada kat kedai. Bila lah nak siap. Aku nak onlineee dua puluh empat jam! Aku nak main games y8! Aku nak update blog setiap masa! See, aku dah tak leh control diri bila dah ada chance untuk online. Bukannya tak online langsung selama ni, online jugak ler kat phone. Tension oh screen kecik. Harini dapat ihsan dari mak untuk guna notebook dia. Ni pun still tak puas hati sebab screen tidak mengikut piawai keluasan yang aku jangkakan hohoho

So, dah hampir sebulan jugak aku pergi sekolah tanpa belajar. Pergi pon sebab boring duduk rumah. Hari hari pegang phone, online, makan, tido, makan. Rutin harian. Kalau pergi sekolah, selalu happy go lucky. Relax relax kat sekolah tolong cikgu. kadang kadang lepak je kat bilik etem, bilik cikgu mazwin yang kami dah isytiharkan sebagai rumah kami sendiri. hahaha Setiap kali pergi sekolah, stay sana. students lain yang rajin mai sekolah tu terpaksa aa duduk kat dewan A yang ..... hahaha tak bebas, you know. Macam duduk dalam penjara je gayanya. Tambah lagi kalau cikgu garang yang jaga. Terpancar muka muka kebosanan hahahha

Pernah jugaklah aku ponteng sekolah. Bukannya budak skema yang tak sanggup ponteng. Selalunya tolong cikgu. Hingga harini, kami the most wanted helper. Yela dah selalu pergi sekolah, cikgu pon kenal. Nak ambik form 4, 5 memang tak ar sebab dia orang semua nak exam dan sedang exam. Kerja first yang aku buat is tolong kemas koperasi. Tau tak rupa dalam koperasi tu cemana? Berhabuk dan bersepah. Jadi aku and the geng with some students lelaki tolong angkat buku-buku and papers yang berat bagai nak rak, ubah rak buku yang penuh dengan kotak kotak berat, susun barang barang yang nak dijual so on. Ada jugak sekali tu aku nak tunjuk hero tolak rak buku tu, tak pasal pasal jari tersepit. Sakit, Allah je yang tahu. Ada lah darah sikit, but nobody knows except kawan terdekat. haha lepas tu terus duduk tak buat apa dah. Mengarah like a boss!

One day tu, ustaz cari some form 3 students untuk bersihkan masjid sempena Hari Raya Aidiladha. Alang alang kemaskan masjid tu, dapat jugak pahala, daripada duduk dekat sekolah bersembang time ceramah. Pagi tu kami terus ke masjid. Sejam tunggu ustaz kat sana. haihh. Ustaz sampai, barulah pembersihan dimulakan. Perempuan bersihkan tingkat atas. Lelaki bersihkan kubur. Kesedaran lah katakan hikhikhik. Memula tu memang bersemangat. Lepas makan, semua berterabur. Bila pakcik jaga masjid tu kasi vakum, semua nak guna. Ada yang bawak phone yang takde bateri, pastu charge kat masjid. Untunglah ada plug kat situ. Cikgu pun relax je. hahaha rezeki banyak.. sebelum start dapat roti with air mineral. Time rehat sekejap dapat nasi lemak dengan air ... er asam jawa. syukur alhamdulillah ..... Then dah habis semua, kami kena balik ke sekolah sebab ada makan makan, and kamilah orang pertama yang merasmikan makan makan tu ehehehehe.

Yang sukarela nak tolong. Tengah tunggu ustaz masa ni. Penantian itu satu menyeksaan ok.

Muka muka orang bersemangat hahahahhahahaha

Few days later, kami tolong cikgu mazwin susun modul yang memang banyak tak terkira. Kira satu sudut tu, penuh dengan modul je. Time nak ikat tu ar teruk. Merah tangan nak angkat modul berat berat tu semua. Tapi takpe, semua dah settle and bilik etem tu pun dah kemas dan teratur. hahahaha. But kerja paling best yang paling aku nak buat ofkos lah mengecat. Seumur hidup tak pernah mengecat lagi, tapi malangnya takde rezeki. Actually sebelum pmr lagi dah janji nak tolong cikgu cat koperasi. Tapi kami ada lawatan ke Kolej Vokasional Balik Pulau, Penang pada hari tersebut and it was very exhilarating! Even bosan gak ar, sampai sana takde sambutan. Kami kena stay kat kantin before masuk dewan. Dewan kecik, terpaksa kongsi dengan satu sekolah lain, tak cukup kerusi. Ramai yang duduk bersila kat atas lantai. Mostly sekolah aku lah. Sekolah satu lagi tu ramai cina. Terpaksa duduk belakang set set lelaki cina, memang tak tahan beb. Takde adab. Tapi ramai students tak concentrate pon. Main main semua. Ceramah ke mana, student ke mana. Aku and the geng yang duduk belakang relax je pakai earphone dengar lagu, tangkap gambar bla bla. hahaha 

Kami dapat masuk tiga bilik dekat KV tersebut iaitu bilik aliran Elektronik and Elektrik. Bilik yang terakhir tu paling ohsem gila. Aku tak tahu nak terang macam mana tapi dia memang nampak lain daripada yang lain. cikgu yang bertugas terangkan kat kami pasal selok belok aliran elektrik tu macam tak ikhlas je. Aku tak dengar satu apa pon yang dia cakap. Maybe penat. Ramai buat dont know and continue tangkap gambar. hehe

Kami buddies. Kami takkan terpisah xp

ada orang tangkap gambar senyap senyap.....

Gambar atas tu actually dalam bas otw nak pi KDU lol.
Gmbar bawah teruja sebab dekat area situ penuh dengan barang elektrik yg tak pernah jumpa.

The next day, weolls pergi lawatan ke KDU College Penang. Best gila hingga tak terkata. Baru dekat first floor, kami dah kagum. Biasalah tempat swasta. Kalau aku imigran yang baru first time datang mesia yang tak reti baca sign board 'KDU College', aku boleh kata tu shopping complex. Tak pun hotel. First thing yang weolls buat, belajar buat games guna software GayMaker. Sepanjang sesi pembelajaran, aku dah macam budak skema tahap tak boleh blah sebab tak tau nak buat apa. Luckily ada jugak yang tolong ajar and buat hingga terciptanya game aku yang tak seberapa tu. 

Then weolls dengar ceramah pasal kerjaya IT. Pasal Bill Gates, Steve Jobs and many more yang aku tak berapa nak kenal dan taknak kenal. Then melawat satu kolej tu dengan muka keterujaan yang tak boleh dikawal. For sure setiap bilik yang kami tengok, memang cantik. Creative. Tempat aliran hospitality and arts (apa nama dia?) aku paling suka. Majoritinya students kat sana cina je. Sebelum balik aku dapat tangkap gambar dengan semua peserta yang join pergi KDU depan kolej tu dengan badge 'KDU College' yayy!

Satu satunya gambar yang ada kat KDU // diculik dari fb cikgu faiz.

Dan harini, 25 oktober 2013, kami macam takde arah tuju. Macam yang aku bagitahu awal tadi, kami the most wanted helper. Awal awal lagi cikgu faiz dah booking. Pukul 9 baru mula. At the same time cikgu mazwin mintak tolong kami jugak untuk kemaskan bilik etem. Tapi terpaksa tolak, then cikgu mazwin pun merajuk. hahahha Jadi time tengah menunggu tibanya pukul 9, kami tolong cikgu koperasi susun barang lagi sebab aktiviti mengecat still tak habis lagi. Actually kami sepatutnya kena berkurung dalam bilik tayangan. Tapi yela, tak best ar duduk macam orang takde life je dalam tu. So kami turut menyibukkan diri, kacau bebudak cat koperasi. hahaha baik punya perangai. Tapi tak banyak kena tolong. Then kami terus lepak kat kantin sambil tengok Phinease and Ferb. Ada tv kat kantin with astro tauu. Dah pukul 9, tapi still tak jumpa cikgu faiz. Lepas rehat terus pergi cari cikgu mazwin. Tapi kerja dah dibereskan oleh orang lain. So kami lepak like a boss, main carrom dalam bilik etem, Mengalahkan budak kecik je. Main jentik je semua buah sampai masuk lubang. Janji rare hahahahahahaha

Maaf di atas kualiti camera yang kurang baik. Baru lepas kemas carrom je ni.


 Moral of the stories, hargailah persahabatan anda. It's a pity if you're alone in this world without someone who can make you smile all day long when you're beside them.

3 comments:

  1. Waktu ni la nak enjoy lepas penat belajar kan :)

    ReplyDelete
  2. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

    ReplyDelete
  3. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

    ReplyDelete

Watch your words, dude.

PAUSE HERE