Form 4



Assalamualaikum wbt.

Since hampir seminggu aku start sekolah, aku tak dapat nak active blogging seperti mana seaktifnya aku blogging tahun lepas dan tahun sebelumnya. Aku betul-betul takdak masa. Nak kena struggle all the new things yang aku tengah struggling now. Semuanya pasal form 4 subjects. Disebabkan aku stay dalam kelas sains tulen, so minggu pertama persekolah aku cuma dengar "chemistry susah gila nak mamp.." "biologi susah sebab takda sapa pernah dapat A" "fizik kena belajar betul-betul, kalau tak menyesal seumur hidup" "kalau tak reti jalan kira addmath you better get out" "bm dan sejarah wajib lulus spm!". Hampir semua orang cakap macam ni and aku pon ..... tak tahulah. Cuma satu subjek ja yang cikgu cakap senang and ada peluang nak dapat A plus plus, iaitu math. Lawak.

Dan sejak aku tak lagi sekelas dengan fathin, aku jadi makin serius nak belajar. Bukan apa, tiga tahun sekelas dengan dia, aku asyik tiru dia je. Homework ke, nota ke, exam ke semua aku belasah ja dari buku dia. Bila dah duduk dengan bff yang lain, rasa macam duduk sorang-sorang je. Nak cakap apa-apa pon teragak-agak. yelah lain orang, lain pendapat. Kadang-kadang apa yang kita cakap sesetengah orang tak boleh terima. That's why aku lebih banyak diam, tak banyak cakap dengan classmates and banyak concentrate bila cikgu mengajar. Punyalah concentrate tengok cikgu sampai boleh tembus dinding. Nasib je dalam otak aku ni tak fikir 'tahun honeymoon, takyah belajar'. Kalau tak sampai sekarang aku tak tahu ada perkataan quadratic expression dalam addmath. Tu baru perkataan, belum soalan.  Tapi aku masih kamcing dengan fathin sebab weolls pergi sekolah sesama. Pagi buta pukul 6 dah terpacak depan gate. Awal gila aku cakap. Ni baru first week. Nanti berweek-week ha tengok la alarm vibrate gegar katil nak runtuh pon aku masih boleh mimpi indah sebab orang lain tido pukul 10, aku tengah malam baru jumpa bantal. Masuk tido awal pon, selagi wifi tak off lagi tu menghadap wechatttttt har har har~

Bila duduk kat rumah lagi lah tak tahu nak buat apa. Kalau dulu time pmr memanjang je study. Tahun ni pon jadi terikut-ikut. Disebabkan tak ada buku teks and buku rujukan lagi, aku study kat fon je. Buka youtube, tngok ITTV. Memang awal-awal tak faham, lama-lama bila dah faham mula lah nak rasa bangga diri boleh buat soalan addmath sendiri -_- Dunia dah maju, zaman dah berubah. Kini segalanya hanya di hujung jari. Ho ho ho

Hm actually aku still tak percaya aku dah form 4. Cepat sangat masa berlalu. Aku rasa sangat tuaa aaaaa.  Tapi takpe tadi ustazah kata perempuan paling cantik, comel, cun dan perasan bila berumur 16 and 17. So dont worry tak akan ada kedut kedut lagi hehe. Aku rindu masa form 1, form 2 dulu. Masa baru kenal dunia sekolah menengah. Masa mula mula lepak dengan kengkawan dekat k ef ci. Masa jadi budak jahat time form 2. Sekarang dah 2 tahun terakhir sebelum keluar sekolah. Tapi tak rasa pon macam senior. Bila jumpa juniors, rasa macam dorang lebih tua dari aku. Nampak matang-matang. aku ni, masih happily ever after gelak gelak dengan kawan kawan macam budak budak. Hm okay i need to change for the better. k bye.



5 comments:

  1. bio,even nik nur madihah pun tak dapat A+ ..hambek kau,haha

    ReplyDelete
  2. Akk mase form 4 dulu pon mcm adik gak, mcm nak give up je, nak nak pulak sbjk physic ssh nk tangkap, selalu skip kls haha sbb xsuke. But lama2 baru sedar sbnrnya rahsianya cuma wat latihan je, awak beli lah buku latihn bnyk2 and buat.. Yg xphm awk tanye ckgu. Seriously dlm masa smggu cenggitu awak akn mula master sbjk pure sc ni. Awk tak yah ssh nak fokus sngt bcoz sbjk pure sc mmg cpt boring lg2 physic. Ni dr pengalamn akk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh ya? terima kasih kasi tahu . setakat ni belajar okay lagi lah. tak boring sngat. nnti lama-lama tak tahu lah cemana harharhar ~

      Delete
  3. Kena tabah, masa nilah nak kaut sebanyak mungkin ilmu pengetahuan...

    ReplyDelete
  4. love science, ta rugi ambik. belajar je :3

    ReplyDelete

Watch your words, dude.

PAUSE HERE