Ekspedisi kononnya.


Bagi menghabiskan sisa sisa tahun honeymoon aku yang terasa semakin menuju ke akhirnya nih, aku merancang untuk mengadakan satu 'ekspedisi' dengan members sekelas. Tbh, aku jarang keluar dengan kengkawan. Kalau keluar pun dekat dekat je. Ini fes time aku nak keluar jejauh (paling jauh setakat ni) dengan member. I am a person who love to travel and explore! ('Ekspedisi' ini atas keizinan ibubapa) So, aku and the gang of 4 Amanah buat lawatan pergi Penang Street Art pada hari ahad, 12 oct 2014. Tempat ni walaupun dah lama dan dah berkarat pun famous. Aku pergi tuari pun memang sesak, dah memang tempat pelancongan pun.

Like almost a week before kami pergi, we planned to go there by bus rapid sebab member member aku dapat card free untuk sebulan. Kenapa aku tak dapat? Ahhahahha, aku cancel permohonan sebab malas pergi tangkap gambo untuk lekat dekat card. Then bila member aku dah dapat kad mula la rasa mcm nak menyesal. Menyedihkan. Disebabkan aku gigih gak nak join depa pergi sana, sanggup ku bayor setiap bas yang aku naik tau. Tabung syiling yang takpernah nak penuh tu pun aku korek. Pastu kena tegur dengan driver bas "dik takde card ke?" 

Seawal pukul 7am kami keluar sebab lagi awal keluar lagi cepat balik. Rancangnya 11 orang nak pergi, last last 6 orang je boleh pi. Nak tunggu 6 orang tu pun hampir 8.30am baru ketemu. Nasib baikla Hanani belanja nasi lemak. Melantaklah kami empat orang dekat tepi bus stop sementara tunggu lagi dua orang yang kapannya maukk tiba tuh. Sebenarnya sorang daripada kami pun taktahu nak naik bas apa sebab orang yang tahu jalan takboleh ikut. Luckily three of us jenis yang taktahu malu bertanya and menyembang dengan driver bas sehingga lah kami tiba di Jeti at 9am. Keluar je dari bas tu bukannya jumpa street art terus. Jadi bengong sekejap cari jalan. Kalau jumpa sesapa saja pun tanya ja dekat mana street art. Semua yang kami tanya mesti jawab

"jalan terus. depan sana je"

Tapi dok jalan terus tak sampai sampai pun.
Kami pun jalan macam takda arah tuju sehinggalah jumpa tempat yang ada jual-jual barang macam casing phone, baju preloved and so on. Taktahu la nak describe macam mana tempat tu tapi comel-comel je semua. Ada snacks and ladders besar gedabak with a big dice. Ada game atas jalan yang dilukis dengan chalk and baldi with air and span. (aaaa rugi aku tak selfie dengan mende ni semua) Ada belon belon PINK with logo 'Fight againts breast cancer' dimana mana saja. Ada yang ikat dekat tangan and dekat belakang basikal. Kalau aku dapat dua tiga biji belon tu mesti best. Ha, kalau dah sampai sini, jalan mana-mana pun ada je tempat sewa basikal. Vespa pun ada tau. kerlass~ 

Jalan punya jalan bila dah rasa macam 'ish bila nak sampai nih. tak jumpa pun!', kami singgah satu tempat sewa basikal ni. Sebabnya uncle tu macam happy happy je tegur kami "mari mari sewa beskel". Murah jaa, RM8 untuk 5 jam. Kami merendek kesana kesini tak sampai lima jam, memang berbaloi. Kalau nak tahu en, aku bayor RM8, tapi aunty tu bagi balik seringgit sebab dia kata aku bagi RM9. Aku pun tak sure tapi yang aku ingat aku kira masatu RM8 cukup cukup. Takpa aa anggap rezeki aku jela. Muahahahaha! Masa nak kayuh basikal tu seriously rasa kekok and susah semacam jaa sebab lama tak naik. Nasib uncle tu bagi peta street art. Dia kata kalau taktahu jalan, tanya je dia. Masa tu semua dah excited nak mengayuh. Peta semua dah tak tengok. Mengayuhhh je, bila jumpa satu street art baru berhenti meng'selfie'. muahahahaa 

Inilah yang dipanggil acah acah candid. 

Bila dah lama mengayuh, makin banyak street art yang kami jumpa. Semua dekat dekat je sebenarnya tapi disebabkan betapa ketegaq nya taknak tengok peta, akhirnya kami sesat sampai ke jalan besar. Seronok sebenarnya kayuh beskel dekat tempat macam ni. Walaupun ramai orang. Bila weolls nak lalu je mesti pejalan kaki bagi laluan. Tapi kalau ada kereta yang lalu, sekali dengan beskel kena bagi laluan. Kami merendek berenam sambil main loceng keting keting bersambungan dengan hon kereta yang tak terkira banyaknya. Tapi sokay lah lets just enjoy the ride ahhahaa.

Ps; layan je la gamba. Aku dah taktahu nak cerita apa lagi. Kami banyak meronda je pfftt.


ni lah tiga orang hakak hakak yang banyak membantu menanyakan jalan sepanjang ekspedisi ini.





Dah puas 5 jam mengayuh ulang alik dekat jalan yang sama, kami pun membuat keputusan untuk pergi cari makan memandangkan dah tengah hari. Time for lunch! Weolls pun pulangkan basikal dan lepas tu lupa jalan balik. Hilang arah dah masatu. Thanks to Hanani lagi sekali sebab pimpin weolls ke jalan yang benar sehinggalah jumpa station bus, muehehehe. Nasib kami baik masatu, sampai je station bus terus dapat bas sampai ke Queensbay mall. Fuh masatu rasa syurr sangatla duduk dalam aircond punya lama, hilanglah segala peluh peluh dan bau bauan. HAHA

Sesampainya di perhentian kami yang terakhir pada hari itu, masuk surau solat zohor dulu. Selesai semua weolls terus pergi Johnny's Restaurant for lunch. Masa makan ni paling tak boleh blah. Main order jeeeeee. "excuse me, nak tambah order" "excuse me, straw satu lagi" "excuse me, makanan belum sampai" "excuse me, bawa set es krim tadi i order" "excuse me, tambah banana split" "excuse me, bill." Okay ni tak tipu. Semua yang kami enam orang makan RM70+ je. Tambah tax and services jadi RM90+. Tu tak termasuk lagi Jco. Oh what a great day to lose money for. Hahahahhahaahahahaahhahahaha .....

Ps; keesokan harinya aku tak gi sekolah, sakit kaki sampai takboleh jalan sebab masa dekat sana pulun kayuh basikal sebab gigih nak racing. muahahahah (jangan tiru aksi perbuatan ini)

No comments:

Post a Comment

Watch your words, dude.