Catatan


Pernah tak suatu hari kita pergi memana, terjumpa seseorang yang kita tak kenal, tapi kita rasa nak tegur. Rasa nak cakap dan nak nasihat. Terdetik dalam hati, tegur atau tidak? Akhirnya kita end up diam dan perhati walau hati ni nak rabak sebab wujudnya manusia sebegini. Kita rasa bersalah tak cakap, but at the same time we're not confident enough to say it out loud. Mungkin tak semua orang tapi aku sendiri alami perasaan macam ni. Selalu.

Tit.

Harini hampir sejam aku luangkan masa aku membakar kalori dengan berdiri dekat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Minggu lepas aku telah lulus dengan jayanya ujian JPJ. Dapatlah lesen P untuk lesen kereta ni. Sepatutnya minggu lepas punya lepas tapi, ah sedih pulak nak cerita. Aku failed dekat litar sebab tak pakai tali pinggang keledar. Baru je nak mula. Berhenti je atas bukit dah kena marah dengan pakcik JPJ. Dia kata aku berangan masa dia bagi taklimat pukul 9 pagi tentang betapa pentingnya pakai tali pinggang keledar ni. Petang tu, pukul 3 baru aku dapat naik bukit dengan titik-titik peluh kegabraan yang tak dapat diungkap, mana lah aku nak ingat apa-apa *menangis di sudut bilik*. Aku cuma ingat nak balik makan sebab perut dah laparrrr. Masa tengah lepak-lepak tunggu giliran tu aku dah berniat nak post satu entry pasal ujian JPJ ni sebab aku tahu ramai di luar sana yang belum ambil lesen curious nak tahu macam mana prosedur dia. Tapi disebabkan aku failed di atas kecuaian yang tak dapat dimaafkan, aku taknak update apa-apa. Aku punya kecewa lebih parah dari putus chenta.

 Kembali kepada topik, dekat pejabat JPJ ramai gila aku cakap tak tipu ni hah. Dapat nombor giliran 1089, masatu baru 1021. Kerusi penuh, orang pun ramai berdiri sampai dekat luar. Walaupun ada kerusi kosong, of course aku pilih untuk berdiri sebabnya ada dua. satu; nak kasi mereka yang layak duduk seperti aunty uncle yang sakit-sakit lutut tu dan dua; macam yang aku cakap awal tadi, bakar kalori. Sambil berdiri aku perhati. Ini memang dah hobi aku sejak mula kenal dunia yang fana ini. Diam-diam aku, dalam fikiran ni berombak duri berlautan api.

Suddenly, I saw this girl who wears a scarf, covering her head, but not her hair. Dalam kerabunan aku yang masa tu tak pakai spec, aku yakin dia gadis melayu tulen dalam lingkungan umur 19 tahun keatas. Tudung dibelit macam hijabista normal yang lain. Depan singkat tu sudah pasti, dekat belakang rambut berjurai panjang. Tersentap sikit hati ini. Jauh di sudut hati tak ada niat untuk mengaibkan. Aku tak ambil gambar. Aku perhati je. Ini trend zaman bila? 
Apa yang aku nak cakap kat sini ialah kenapa pakai tudung kalau tidak dipakai dengan sempurna? Nak kata tengah belajar biasakan diri pakai tudung macam tidak je. Frankly speaking bertudung, atau tutup aurat ni memang pilihan masing-masing. Seperti ayat yang selalu didengar "kubur masing-masing" (mati golek sendiri), tapi bila dah tutup elok dekat atas kepala, rambut pula terdedah dekat belakang kan dah nampak tak manis. Aku sendiri malu memandang, apatah lagi memakai. Duduk dekat Penang ni pergi mana-mana saja ada ramai bangsa cina . Dia orang pun perhati. Aku cakap cara sembang kerana aku bukan dari sekolah agama. Ilmu pun sejengkal mana saja. Ayat pujangga aku tak pandai karang. Alhamdulillah ada blog ni sebagai medan untuk luah rasa. Bukan saja perang perasaan atau diari, tapi perang melawan kemungkaran. Dapat jentik seketul dua hati yang sedang membaca ni, cukup. Biar satu langkah ke satu langkah perlahan ke puncak, daripada berdiri di tapak yang sama sehingga akhirnya jatuh ke dalam tanah, sedikit perubahan pun tak dapat buat.

Honestly, aku percaya semorang ada pendapat sendiri terhadap sesuatu perkara. Sama ada ianya baik atau kurang baik, terpulang pada diri sendiri. Kita mudah judging, tapi kita kurang beri perhatian atau kaji sesuatu benda. Itu kita. Ya, aku sekali. Pendosa.

1 comment:

Watch your words, dude.