SPM


Seminggu dah berlalu selepas hari keputusan SPM diumumkan. Harini baru aku dapat update blog kerana keupayaanku untuk bangun dari pembaringan amatlah mendukacitakan. Aku diserang penyakit misteri yang bakalku dedah dan sebarkan sebentar lagi. Teruskan pembacaan anda dengan lafaz bismillah ye semua *coughs*

Bior aku masuk topik SPM dulu. Fyi, sebulan before tarikh result diumumkan aku dah menggelupur pikir pasal baju apa nak pakai lol. Aku whatsapp group gegirl nak tanya pasal baju tapi depa jawab macam 'ah itu semua tak penting buat masa ini. Kami nak enjoy lagi.' Angin juga la bila ada yang balas main-main, like, am I a badut here? So I stopped asking because I feel like I am the only one who is extremely excited for the day yang akan menjelang tidak lama lagi tu. I bet people would say "Just wear anything lahhhh. It is not that you are going to get an award or something". But, guess what people, what-to-wear is girl's everyday problem. Sampai lah the day before the announcement day, the group became chaos and crazy because of that damn question, what baju to wear?!


3 March 2016, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. To be honest dalam perjalanan pergi sekolah, aku dah check result thru sms. Nak tahu sikit je, betul tak tipu (angkat tangan). Aku tengok sikit lepastu terus delete. Tangan terketor-ketor ni jangan pandang ringan nii. Lepas tahu result, aku hanya mampu tersenyum. Bukan senyum riang ria kanak-kanak ribena tu. Ini style senyum kambing punya. Musnah sudah harapan aku ambil result atas pentas. Itu one of  my dream la. Itu juga yang mak selalu harapkan. Aku senyum.

Bila sampai sekolah, kawan-kawan masih ku belum nampak batang hidungnya lagi. Boleh kata awal juga la aku sampai sebab dewan belum buka lagi. Aku dengan parent tunggu dekat luar. kemudian(skema)  jeng jeng jeng tetiba  aku terjumpa itu satu cikgu em k aku taktahu nama sebenarnya... lets call him cikgu saja! Cikgu cakap result keseluruhan not bad saja. Aku dalam keadaan tenang tak tenang gitu la. Breathe in breathe out fuhfahfuhfah. Nak buat muka heksaited pun tak jadi nauu. Payau ja muka ni rasa. Aku terus senyum.

Masuk dewan, sorang demi sorang datang. Masa ni lah drama jejak kasih hakak-hakak kita yang lama tak jumpa tu ditayangkan. Aku macam biasa lah, perhati saja. Jumpa member, say hi, duduk, senyum. Masa tunggu majlis bermula, mak bagitahu anak kawan dia check result melalui sms. Aku nampak mak sedikit gembira. Di mata mak penuh pengharapan. Mak nampak seronok bercakap dengan kawan dia macam result yang bakal ku terima nanti sebesar harapan yang dibawanya pada hari tersebut. Aku pasrah. Aku bagitahu result aku. Memula dia ingat aku memain. Lepas tu dah takda senyuman. Aku diam. Dan sebagai penyedap di hati, aku senyum.


Majlis bermula. Selepas sepatah dua kata daripada Pengetua, ada pembentangan pasal naik turun gred dan sebagainya. Part ni aku suka dengar. Tapi aku tak boleh nak fokes. Mak tak senyum. Anda fikir apa saya patut rasa. Takkan nak senyum lagi T_T

"Ini dia senarai calon Top 10 kita!"

Bergema takbir di pagi raya ehh suara cikgu PK satu dewan. Aku baca satu per satu nama dekat skrin besar. Seperti yang diduga, nombor 1 dia yang punya. Nombor 2 dia yang cop. Nombor 3 dia yang pegang. Empat, lima, enam, tuj.. eh what?

"ALHAMDULILLAH, ANGAH!"

Ha ini suara mak. Tidaklah sekuat mana tapi cukup kuat lah sampai aku ditepuk-tepuknya. Terus nampak mak senyum sambil tepuk tangan. Aku pun terkejut. Tak sangka result sesuap nasi ini tersenarai dalam Top 10 di nombor yang ke-7. Syukur Ya Allah, asalkan mak gembira :') Aku dapat ambil result atas pentas, sekali lagi lepas ambil result PMR dulu. Seronok. Dapat ros sekuntum. Cantik.



 Maaf diatas kualiti yang kurang baik. Nak edit tutup muka pun malas rase 

Akhirnya, aku kena bergegas pulang(skema) sebab adik guwa yang terchenta harus diambil dari tadika beliau pada pukul 12. Tu pun terlewat 30 minit. Aku tak sempat bergambar dengan team jamilah. Cuma sempat jumpa beberapa orang cikgu yang dah mengajar aku tanpa penat peluh lelah letih untuk ucapkan thank you for everything and kasi hadiah tak seberapa yang dah dibalut dengan sepenuh kasih sayang ini. 5 tahun di SMKSA. 5 tahun ku kenal erti bahagia setelah menjadi mangsa buli di sekolah rendah T^T (alkisah benar) Dalam 5 tahun itu, banyak kenangan yang tak dapatku lupakan dan akan terus terukir di sanubari ku ini. Uhuks sendu tetiba


Pada keesokan harinya, aku hilang selera makan. 2 hari tak makan beb pecah rekod ni. Aku tak larat, asyik bersedih. Mak kata aku jadi macamni sebab tak dapat terima result SPM. Aku terlalu berharap lepas tu tak dapat lepas tu kecewa. Aku pun tak tahu kenapa tetiba je rasa tak bermaya. Aku ingat sebab aku kecewa lah. Rupanya tidak. Ada sebab lain. Sebab sakit itu. Sakit apa? Nantikan... *evil laugh*

4 comments:

Watch your words, dude.