Long story of mine.




Assalamualaikum, and hi. Today is the most 'tired' day. Urgh. Harini aku dapat banyak pengalaman yang tak penah aku rasa sebelum ni. Maybe agak mengarut tapi ni la kenyataannya. Haha siyesli aku letih gila tambah lagi baru lepas mandi hujan. Kepala denyut-denyut. Mata pon dah kuyu nak tidoq.
So, first of all tadi time tengok best tidoq siap mimpi pasal holiday dekat mana taktau la. Tapi aku dapat rasakan yang aku tersenyum masa tidoq tu. Haha, but bila sampai part mana ntah tetiba mimpi tu jadi gelap. Then tetiba ada satu bunyi yang kuat gila gila dan gila bergema dalam telinga aku ni. Seem like, um tau tak rotan untuk kuda tu? Ala nak kasitau pon aku tak tau cemana. So, bila dah bunyi tu serta merta terjaga dari tidoq. Time mata aku celik, terus peluk lutut. Rasa takut sangat. Dah la terjaga tengah malam. Omg macam nak nangis je. Tak fikir apa dah, terus mengucap then beristighfar sampailah tertidoq balik.
Bila diingat balik, menda ni macam akan terjadi masa kat alam barzakh nanti. Tak boleh jawap kena tibai. Hm, astaghfirullah halazimm ..

Pagi tadi pergi sekolah macam biasa, dengar sepatah dua kata dari penolong kanan. Haha the lawak moment bila birthday boy/girl pada bulan Januari and Febuari kena berdiri. Then yang duduk kena singing along, clapping and so on. Buang tebiat dah kut. At last, cikgu ceghita yang dia terlupa birthday anak dia time anak dia call tunggu ucapan dari cikgu. Sambil ceghita sambil nangis. *sebak*


Lepas rehat, waktu pendidikan Islam. Time tu pulak ustazah takde and diganti oleh Ustaz Zul sampai la ustazah balik. Ingat lagi first day ustaz masuk kelas dengan muka garang. Suara macam nak makan orang. Bila habis kelas, pakat kutuk dia ramai-ramai. Tapi sekarang ni dah boleh sembang. Gurau-gurau. Bila dia masuk je mesti ada ceghita, ada lawak-lawak. The best part bila dia tanya soalan. Jawap betul dapat singgit. Hehh sengket betul kelas aku ni.

Then, tengah seronok-2 berceghita tadi, tetiba ustazah kelas sebelah datang panggil ustaz pegi kelas diorang. Tertanya-tanya jugak apa yang terjadi. Pastu sorang budak kelas sebelah masuk kelas kami. Budaknya memang hyper active. Ajar kami apa yang ustaz ajar sementara ustaz ada kat kelas sebelah. Memang tak tahan nak gelak! At last, dia bagitau yang ada sorang budak kelas dia (girl dia act) kena kacau. Lepas tu semua pakat p serbu tengok apa yang jadi. Cara dia duduk then goyang kepala macam ular. Tangan kat telinga. Bila ustaz tanya 'Mana kau datangg?!' then dia balas 'Jangan kacau aku'. Meremang bulu roma woii. (semua ni fathin yang cerita sebab aku takut nak p tengok)

Disebabkan ada masalah tadi, tak sempat la kami nak baca ayat hafazan kat ustaz. So ustaz kata lepas kelas tambahan jumpa dia. Kalau tak kena rotan. ayoyo. Ramai yang tak percaya so depa balik je la. Geng-geng aku pakat p cari ustaz tak jumpa-jumpa. Lastly sementara tunggu van, kami main tiang dulu. hahahahhahaha okay inilah kenyataannya. Depan gate ada tiang bumbung. Kami main kat situ la sekali dengan budak laki. Alaaa kelas sekali. Sekali sekala jadi budak-budak apa salahnya kan? Release tension buat homework. Pak guard pulak tengok tak lepas -.- 

Tak disangka tetiba hujan pulak. Semua pakat blah tinggal 5 orang je. Lastly van mai. Kena lintas jalan yang sememangnya tengah hujan lebat. Mandi hujan la harini. Sampai depan gate rumah aku, hujan lagi lebat selebatnya. Main redah je. Sapa la si charming yang nak tolong bawakkan payung untuk aku ni kan? *cedih* Then sampai depan lif (rumah flat) aku pegi ambik surat dulu. Ada la 2 bil. Tengah tengok-tengok surat tu sambil kaki melangkah masuk lif. Sekali angkat muka, tengok-2 lif tak berlampu. Astaghfirullahalazim. Tu ja yang keluar dari mulut aku.

Nak naik lif tu memang tak la. Takut yang teramat sangat. Bila toleh belakang tengok tangga, lagi tak sanggup. Gelap dan memenangkan! Lampu pon tak disediakan. Tunggu la aku depan lif tu siapa la yang nak naik lif dengan aku. Then tetiba lif sebelah turun. Alhamdulilah dalam hati. Bila terbuka ja pintu lif, lagi ternganga mulut aku. Lampu lip lap lip lap. Haha gelap cerah gelap cerah. Dalam hati dok ingat apa la dosa aku sampai nasib malang macam ni. *lap air mata*

And now, tengah penat menaip long entry ni dengan mata kuyu lagi kesejukan dan kelaparan. Ah baru teringat tadi tak makan lagi. Apa-apa pon, semoga cerita ni dapat menjadi pengajaran kepada pembaca setia yang dari tadi baca entry ni. Sentiasa ingat Allah walau kat mana pon kita berada. Wallahu' ..

No comments:

Post a Comment

Watch your words, dude.