2014's diary

Assalamualaikum wbt.

Masa untuk melepas rindu menaipppp yay hahahahhahaha. Dah sebulan tak update blog. Kalau sebelum ni kalau boleh setiap hari nak update. Benda merapu pon main taip ja. Kali ni nak taip kena ada idea yang bernas lagi munasabah baru ada orang nak baca. Tapi kan, sometimes i wonder, kenapa pageviews blog ni kalau meningkat ja, terus meningkat mendadak dak dak.. dak dak.. dak..

Dekat sebulan lebih ni, aku terlampau busy. Tersangat lah busy. Sampai nak makan pon tak sempat nak kunyah hingga lumat sebab berkejaran dengan masa. Mana taknya, time form 4 ni lah nak kutip markah kokurikulum banyak banyak. Nanti form 5 focus setadi je. Selagi belum bulan 4, selagi tu aku masih terikat dengan masa. Entahlah. Baru baru ni cikgu buat pengumuman. Unit uniform PKBM, Kadet Polis, KRS and St John Ambulans (aku ler tu) terpilih untuk jadi wakil sekolah lawan kawad peringkat daerah (kalau tak silap sebab aku sebenarnya malas ambik port pasal ni). Dan disebabkan St John Ambulans terlalu malang kerana hanya mempunyai kurang daripada 10 orang ahli lelaki, so yang gegirls ni lah kena berkorban masa dan kulit demi masa depan negara


Bagi akulah kan, best apa kawad. Dapat jadi wakil sekolah pulak tu. Dapat pergi sekolah orang. At least ada pengalaman. hehe. Jadi setiap petang isnin, selasa dan rabu kami bermandi peluh di bawah sinaran matahari yang dasyatnya (tidak sedasyat di neraka lah ye) untuk latihan kawad. First day training, memang tak tahan. Kalau boleh letak bumbung ke khemah ke payung sekali pon memang dah letak dah. Tambah lagi sekarang ni musim panas. Dah lama tak hujan. Strok haba! Tapi nak buat cemana, st john jarang ada kawad. Basic pon tak reti. Time training pon cuma fokes dekat basic ja. Macam mana nak masuk peringkat daerah macam ni? Kalau nak denda pumping utk sesapa yang buat salah, kesian. Tengok lah kadet polis. Dah okay pon masih kena denda. Jeles much. Itu hari aku sengaja pergi lambat. Bila dah sampai sekolah baru perasan ada 'abang abang' PKBM ajar kawad. Lastly kena denda ketuk ketampi tsk tskk T^T

The last day weolls training haritu, dengan semangatnya kami pergi awal. Siap air sejuk sedap sedap. Makan pon tak sempat. Losyen pon main tonyoh ja. Then cikgu kata st john tak didaftarkan utk peringkat daerah. Agak kuciwa. Tapi gembira. Takpayah berjemur tengah panas dah. Takpayah kelam kabut pergi training. Takpayah penat penat jalan 20 minit setiap hari pergi sekolah. Takpayah fikir pasal kawad dah! *breathe in breathe out* 



Sebelum kawad ni, aku pergi lawatan ke INTI College Penang. Sebenarnya untuk form 5 saja, tapi form 4 dapat pergi jugak sebab ada banyak tempat kosong. Best wo pilih kos kulinari ni. Ada tujuh pilihan semuanya. Check DNA, study abroad, engineering, light camera action and lain lain yang aku dah tak hingat. At first aku tengok study abroad ni cem best je, teringin jugak nak tau cara nak sambung belajar luar negara, tapi bila tengok kulinari ni mesti ada masak masak gitu takdak lah boring sangat nanti. Takpayah dengar ceramah berjela jela. haha teruk betul.


This is us :D from left, wani iffa balqis fathin and meeeeee

bergambar dengan bakal chef yang tak berenggang langsung dari meja kami hi hi hi. Benda kami buat ni sikit pon aku tak makan. Tak nampak menyelerakan puns hahahhha

 .......................

One day haritu cikgu shima tanya weolls sama ada nak join pertandingan pantun atau taknak. Mula mula tu ragu ragu gak lah sebab kami tak ada pengalaman pantun memantun bagai ni. Tapi lepas cikgu bagi kata kata semangat dan dorongan akhirnya kami join jugak. Apa salahnya cuba sesuatu yang baru. Sepanjang perjumpaan, kami buat dekat library. Tak berlatih sangat pon. Banyak main. Practise buat pantun, 5 minit baru siap 2 rangkap. Teruk sungguh. Tapi kami cuba jugak practise cakap, even at first semua malu malu. ceh. Last day before Pesta Pantun peringkat daerah (maybe), kami tak boleh practise sebab ada pelawat datang sekolah. Time tu memang gabra habis lah. Aku plan nak practise betul betul haritu dengan geng geng pantun ni, tapi ...... sobs sobs.. Time cikgu takdak, kami practise dekat belakang kelas. Kat luar kelas pon sama. Desperate sangatt!



Petang tu, aku takdak selera nak makan sebab terlalu gementar. Aku on laptop, search pantun banyak-banyak, tengok video kat youtube and salin pantun sampai 3 papers. Tu tak termasuk lagi dalam buku nota. Gabra sangat tersangat sangatlah. Perut menyanyi pon aku buat dunno ja walaupun pagi tu tak makan apa langsung. Menghadap laptop sampai ke malam. Berhenti cuma utk solat, pastu sambung balik. Lepas isyak, practise buat pantun sendiri dalam masa 60 saat. Paling kurang pun aku boleh buat 4 rangkap terlebih 20 saat. Pukul 10 malam macam tu, barulah rasa tenang sikit. Dapat makan nasi dengan amannya. haha lantak lah makan malam malam pon. Asalkan perut kenyang, hati pon senang! ^_^



Esoknya, aku bangun dengan muka berseri-seri kononnya boleh menang. Manalah tau ada keajaiban ke apa kan? muehehehhe~ Pesta pantun tu dekat SMK Bayan Lepas. Best woo. Betul betul atas bukit. Walaupun tengah panas, tapi berangin. Rasa macam duduk tepi pantai ja. Sekolah tu pon masih baru. Semua cantik cantik hehe. K back to pantun, kami lawan dengan SMK Telok Bahang. 4 Lelaki seorang perempuan. Tengok dorang semua confident habis. Kami ni pulak duduk tak senang. Nak balik je rasa. Hahaha first experience wakil sekolah sapa tak gemuruh. The awkward moment is bila tengok emcee tu budak sekolah dalam lingkungan 13/14 tahun macam tu. Banyak betul silap dia buat. Nak tunggu skrip lah, nak ambik kertas lah. Penjaga masa pulak, kejap betul kejap tak betul. Sampul surat tema pilihan pulak ada yang kosong, ada yang sama. Sampai Iffa kena pergi cabut 3 kali. Haha at least kuranglah sikit gemuruh bila jadi macam tu.


 Welcome to ...

time ni dah kecut perut dah. otw nak start T^T

"Biarlah kalah. This is our first experience isnt it?" =)


The end.

No comments:

Post a Comment

Watch your words, dude.