Cuti seminggu


Entah kenapa harini aku tetiba je rajin hapdet blog. Semalam aku tengah boring aku try stalk sesapa yang aku rasa nak stalk and aku terjumpa blog dorang semua. padahal sebenarnya aku malas la nak baca baca blog orang tapi ye lah time cuti seminggu ni tengok je sekejap padahal satu hari tu bosan teramat bila tak tau nak buat apa. Bila pikir pikir balik harini dah sabtu. pehal sekejap sangat? banyak lagi homeworks aku belum buat. padahal haritu sebelum cuti kemain lagi berikrar nak setadi, buat revision balik subjek membunuh yang tak henti henti mengganggu kehidupan aku. setiap masa berlegar legar dalam kepala bak ufo di angkasa. Dulu boleh lah aku kata hek eleh sains tulen kalau belajar betul betul komfem flying colors. Tapi sekarang menyesal tak sudah kata macam tu. Setiap kali nak belajar ada je halangan. twitter kejap kejap vibrate menandakan interaction beroperasi. wechat pon walaupun aku off notification tapi hati sentiasa tergerak gerak ada tak orang send chat ke hape. 

Masa start buka buku nak buat homework ada memang semangat berkobar kobar. konon kalau buat perhabis semua lepas ni boleh relax. Tapi baru siap satu karangan aku dah tutup buku. Sambung esok. Esoknya aku kata sambung esok pulak. Then entah bilanya nak siap. kalau esok lagi tak tau lah nak kata sebab esok last day cuti sekolah. ergh apa guna cuti kalau fikiran sentiasa dibebani homework. Kadang kadang aku saja curi masa ajak ipan main kereta ke bola ke buli ke penyet ke. Tapi selalunya dialah yang mencuri masa masa aku tengah buat hw dengan mengacau. Aku terpaksa buat hw atas katil sebab nak lari dari dia. Segala meja buku pensil aku campak atas katil. Tak dilupa handphone dan earphone. Ini benda wajib ye kawan kawan kalau kalau boring ke bolehlah sumbat dalam telinga then karaoke jap. Tak pun dengar lagu instrumental ke piano ke sambil terbayang bayang permandangan yang indah. pergh nikmat saat saat macam tu tau. Last last hw terbengkalai.

em time cuti ni apa sangat lah yang boleh buat. Tambah lagi kalau perempuan. Lelaki boleh jugak lah keluar lepak dengan kenkawan ke merempit ke apa ke. Itu hari aku pergi tusyen dengan motor. Dekat je sebenarnya. Jalan kaki pon kalau jalan ala perempuan mungkin ambik masa 10 minit macam tu. Tapi alang alang motor terbiar je kat situ takdak sapa naik lebih baik aku naik. Tahun ni kan dah boleh ambik lesen. Nasib baik pulak haritu minyak full. Memang best ar merempit memalam dengan membe tusyen plus classmates plus bestfriends. Lepas tusyen sempatlah kami pergi jenjalan naik motor sorang satu. Meronda dekat kawasan rumah besau besau yang semestinya penduduknya kebanyakkan cina je. Time seronok merempit, kami stop dekat tepi rumah cina. Saja nak relax jap sambil bincang nak pergi melencong kemana pasni. Tetiba ada bunyi auf auf gitu kan. Apa lagi takkan terjegat je kat situ, konfem aa pecut terus. menatang tu pulak aiceh kejam pulak panggil dia cemtu. anjing tu pulak ada kat luar pagar. tak nampak pulak anjing tu diikat ke tidok. Nasib baik aa aku sempat bertenang dulu sebelum pulas handle. Kalau tak memang dah pecah lampu depan kereta yang diparking depan aku ni. Biasalah time tu kan dah pukul sebelas lebih. Mesti ar anjing tu ingat kami ni perompak ke apa tetiba je berhenti depan rumah tuan dia. agak agak aa nak letak anjing tu luar rumah. Kalau aku ada sakit jantung terkena heart attack ke tak ke naya terperosok masuk longkang. kan ke dah susahkan ambulans datang sesusah semata mata nak selamatkan aku hehe

Cuma problem bila bawa motor, aku tak reti bagi signal. yelah belajar pon olok olok je. Nasib lah. Bila nak corner pandai pandai lah tunggu line clear. Tapi selalunya malam tak banyak kereta motor lori bas. Paling tak boleh blah time aku nak corner, ada kereta stop kasi aku jalan. Memang tak ar aku nak jalan tambah lagi ada motor lain dari arah depan nak masuk jugak jalan tu. Aku pon lek dulu parking tepi buat macam jalan aku yang punya, kasi kereta tu jalan dulu. tak tau lah apa dia kutuk aku dalam kereta. Tu tak kira lagi time nak balik patin tetiba ternampak lembaga hitam dekat tingkap tingkat atas rumah kedai. Tengah best best menyembang sebelum balik tetiba pula ternampak. Dah tu malam jumaat pulak. Beberapa saat kemudian muncul anjing lek je jalan depan kami. Last last semua blah balik rumah. hahaha baru reti nak balik. ingat nak lepak sampai pagi ke apa

kalau hari biasa aku duduk rumah menghadap laptop je tak pon melayan di kecik ipan tu. Spend time dengan dia memang best. Boleh cakap dengan dia sambil acah acah cakap baby hikhiks. Nasib dia ni jenis bercakap je memanjang. Apa dia merepek aku pon tak faham. Kalau rasa boring ke tak tau nak buat apa aku pergi je peluk dia buat macam teddy. Kalau dia jerit baru reti nak lepas. Kadang aku yang terbuli. Suka baling baling mainan. Suka menjerit. Ceh mentang mentang orang manjakan dia sebab he's one and only one little brother in da house, mula lah nak naik lemak. Dia selalu kongker tv. Bila ada iklan, dia boleh tiru sebijik cara iklan tu cakap walaupun pelat dia tidak dapat dirungkai oleh sesiapa lagi buat masa ni. Sometimes tengok hi-5 yang dah jemu asyik ulang yang sama je, sampai dia pon dah boleh hafal lagu lagu siap nyanyi sekali. Tapi bab nak menari memang out sebab malu orang tengok. Tapi dengan aku dia relax je sebab dia tau kalau nobody in da house dengan aku aku sekali join dia menari hahahhahahahahaha ok 

Part paling seronok bagi dia makan. Kalau boleh nak je sumbat macam macam kasi dia buntal so boleh penyek pipi dia hari hari. oh aku terlupa. Dia jugak dah reti azan. Tau saja pelat budak 3 tahun macam mana. Tapi kenkadang dia malu malu gak nak berdiri kat jeriji tingkap sambil azan kalau ada orang yang memerhati sambil senyum senyum kambing. Satu ja aku paling bengang dengan dia ialah mainan dia selalu melayang. Tak kira lah dia happy ke sad ke mengamuk kepe tu memang fiil dia. Kalau kita tak layan dia time dia happy nak main haa tunggu lah benjol setompok kat hujung kepala. tapi selalunya lepas tu ofkoslah dia dicubits secukup rasa hikhiks. aish sedap dia tido, aku pulak kutuk dia kat sini. 

Rasanya dah banyak aku menaip kat sini padahal sebenarnya dah plan awal awal harini nak siapkan hw. Apakan dayaku nak meninggalkan laptop yang kesunyian tanpa pengguna. Jadi aku pon saja nak habiskan sisa sisa cuti seminggu ni dengan menghapdet blog sementara masih ada masa. Aku sebenarnya terniat haritu dah takmau berblog since aku tak ada idea plus tak ada masa nak menaip memandangkan nak tunggu laptop ni on pon sempat rasanya aku minum air segelas and kalau kalau line tak berapa nak straight boleh lah aku makan sebungkus dua keropok panda 60 sen. Tapi lepas aku stalk beberapa bloggers yang ayat dia tak terungkap dek kata kata, terus bersemangat nak berblog kembali. Ek ja rasa. kbai. 

No comments:

Post a Comment

Watch your words, dude.