Sekembalinya aku.

Assalamualaikum wbt sayang sayang sekalian.

Alhamdulillah aku masih lagi berupaya menaip satu entry ni untuk tatapan reader(s) sekalian. Aku rasa dah lama gila aku tak update blog. Yup. It has been 3 months since the last time i wrote about cuti seminggu. Ya allah lamanya tinggalkan blog ni. Selalunya at least sebulan sekali aku memerah idea menaip everything yang terlintas di fikiran semasa menaip setiap entry yang wujud di blog ni. Aku rindu nak hapdet blog. Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan n selamat berpuasa to all muslims in the world walaupun harini dah hari ke-8 kita berpuasa. Alhamdulillah aku masih berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ni. It's time to be a better person for a better life! 

Entry pertama aku selepas 3 bulan aku penyepi semestinya aku nak story macam macam yang berlaku walaupun hidup aku tak seindah mana untuk dikongsikan. Of course bercampur aduk and akan menyemakkan otak anda. firstly, aku dah lepas midyear examination and i feel really really happy about it. Lepas dua minggu exam, terus dapat cuti midyear dua minggu dimana dua minggu tu lah aku menghabiskan masa masa yang terluang dengan menggoyang kaki sambil makan cokodok dengan gembiranya. Takyah fikir pasal sekolah and homeworks. Tau tak apa perasaan aku time tu setelah dua minggu berperang dengan subjek addmath, biologi, kimia and fizik? Happy sangat sampai rasa macam nak terjun bangunan setingkat dengan tilam empuk tersedia dekat bawah. Untuk midyear ni semestinya aku setadi betul betul lah , takkan nak main main macam ujian bulanan 1 dulu. Alhamdulillah result ok. Cuma tu lah, chemistry tak pernah nak lulus. Aku ingat kimia aku dapat telur ayam, tapi ada juga markah kesian. Hehehehe it's such a miracle ok.

Time cuti dua minggu tu, aku bukan goyang kaki makan cokodok je okay. Habis lah tepung nak masak cokodok hari hari. Hihihi. Aku pergi kem anjuran YTN or TNB selama 4 hari 3 malam dekat Perak. It's really a very nice memory to be remembered. Aku dah pergi KRB (Kem Remaja Bestari) ni masa aku form 2, 2012. Well, of course aku akan jumpa geng KRB dulu sebab KRB ni hanya untuk anak-anak TNB je melainkan kalau ada jemputan atau terbuka untuk orang lain. 

Ini baru sesi perkenalan. Muka fresh lagi ni. Hahaha. *Aku pakai baju hijau

Macam biasalah dekat kem ni macam macam aktiviti. Dari pagi sampai tengah malam. The best things aku tak lupa pasal KRB tahun ni ialah kena baca doa sesama, jemput makan sesama, beratur sesama n makan sesama. It's really different dari kem kem yang aku pernah pergi. Hahaha, well, im a camp-lover okay (ada ke?). Tak lupa juga tarian dari lagu-lagu yang memang best giler cadbury, Cikgus yang sporting, all the games and kenkawan baru. Aku nak cerita semua memang boring tahap max lah kan sebab hangpa tak rasa. Aku je yang rasa. Ada juga saat saat memalukan aku dekat sana tapi aku xnak cerita :p And i learned new things iaitu masak omelette. Aku kumpulan pertama yang kena masak and aku orang pertama yang rasmi kuali, dapur, mangkuk dan segala macam dekat situ. Of course lah aku nervous. Boleh pula kena bahan dengan cikgu sebab omelette masin. At least omelette aku paling jadi n paling lawa daripada orang lain sampai cikgu bawa lari. bangga jap :p

Then, aku belajar melukis atas gelas kaca. Absolutely amazing. Masa dengar taklimat sebelum melukis tu dah rasa macam dah terer nak melukis. Tapi bila dah start idea takda langsung masa tu. Serius aku lukis buruk sangat sampai aku sendiri tak sanggup nak tengok T^T. Disebabkan aku kumpulan sepuluh iaitu kumpulan terakhir dan orang yang beratur paling depan, aku lah yang selalunya mendahului semorang (sebab group aku duduk hujung, memang aa selalu jalan dulu t.t). Haaa, aku punya level confident dekat sana sangat tinggi auu sampai sanggup beratur depan sekali setiap masa. Paling sedih bila orang kata aku sombong sebab selalu buat muka derk, muka tak kisah or maybe muka sombong. Habis tu takkan nak buat muka poyo jeee? Dalam ke-confident-an aku pun terselit juga rasa nervous. Dah aa aku ni cepat je gelabah. Hmm. Back to the melukis story, aku tak terpilih untuk melukis kali kedua menggunakan cat warna mahal. Sokay, tak kisah. Aku dah cukup sedih terkenangkan lukisan gelas aku yang tak menjadi tu. Kami melukis gelas ni pada malam terakhir dekat kem tu. Memang rugi gila aku balik bilik dengan cepat sementara roommates aku yang lain berseronok menari tarian lagu dekat dewan. Dengan kunci bilik tak ada. Nasib baik ada jiran sebelah teman aku daripada berdiri sorang sorang dekat luar tengah tengah malam. Esoknya, sebelum majlis penutupan, kami menari ramai-ramai. Memang best. Lepas majlis penutupan, sebelum balik kami menari ramai ramai gak tapi dekat dewan yang lebih besar. Aku, jangan cakaplah. Untuk kali terakhir tu aku menari suka hati je. Tak kisah dah dekat ibu bapa yang dtg ambik anak-anak rakam video. Menari pun entah apa apa je. Hahaha asalkan aku bahagia. tskkk, aku rindu..


Ni lah lukisan gelas aku. ehehehee t.t *tipu

The awesome cikgus.

Apa apa pun, best dapat kenal cikgus yang sporting dekat sana. Siap suruh buat group dekat wechat n wassap untuk chat sekali walaupun kem dah habis. Sampai sekarang masih aktif. Selalu bagi kata-kata nasihat n macam macam lagi lah. Itu malam semua masuk air, main emoji fighting each other. Hahahahha. And now, teringat saat-saat terakhir dekat sana. Time exchange no phone, facebook n wechat sesama. Well, life must go on. Buka je sekolah selepas dua minggu holiday, groups KRB semua senyap dan aman. Semua kembali ke sekolah. Hehehehe. Tapi holiday aku tak habis lagi sebenarnya. Seminggu selepas buka sekolah, aku join lawatan sekolah ke Penang Hill n Taman Belia, Penang. Sesaja pergi memandangkan baru je habis exam kan. konon nak enjoy dengan kenkawan skjap. Banyak aku nak story pasal ni sebenarnya, tapi tak boleh. Biarlah semuanya tersemat di hati. Hehehehe. Nah belanja gambo ni semua. Selamat malam! 

Dating berempat dengan sorang photographer, wan.

Main redah je duduk dekat situ. hahaha

Selfie banyak, serius tak tipu.




Last but not least, be happy even if you have reason to be sad. Selamat berpuasa ♥

1 comment:

Watch your words, dude.