Entry gila gila !


So have fun. :D

Hai. Apa habaq? Ceh. Assalamualaikum dulu. :3 Semalam aku balik kampung. Cuti sehari pon nak balik kampung. Sabtu ahad tamau plak. Penat tak penat takyah cakap la. P pagi, balik malam. Terpaksa kay terpaksa. Tapi penat-penat pon ada something yg aku dapat. Harharhar ~ Ye la, Jumaat ni Birthday aku. So kalau korang dah baca perkataan Birthday tu, maka dengan wajibnya kena bagi aku hadiah. Cewahh! Takde la. Dont take it 'sirios'. amekau bahasa apa aku celop. -.-

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku tersangad malas nak mengupdate. Ye la kalau aku update pon takda sapa nak baca. buat habuk ja. Hari-hari menaip panjang berjela, aku sorang ja yang tercegat kt depan blog usang ni. Ha, baru-baru ni present jadi 'Jaja Sutera' dah sampai. Hadiah birthday la ni? Okey aku accept. Cewahh! Hehehe, buku ilmu. Doa-doa harian. Anyway thankyou so much. Insya-Allah nanti aku try buka... dan baca. bukan tak buka lagi ya! Shutt. 

Tadi aku ada buad sesi blogwalking. Tertiba ja ternampak entry pasal Yasnim J Hunwick. Sebelum ni ada pernah baca, tapi tadi aku tengok entry tu lengkap dengan gambar itu, ini, sana, sini, situ dan macam-macam lagi. sila cari sendiri. Even dah lebih 4 bulan kot, arwah dah selamat ke alam Barzakh tapi cerita pasal dia still belom padam. Aku terjah blog arwah yang sudah diambil alih mamanya. Sedih betul cerita-cerita tu. Sampai masuk paper, eksiden dengan kawan-kawan dia. Comel betul dia .. Al - Fatihah .. 

Masuk bab kat sekolah, teringat balik time balik tadi. Macam nak koyak ja tudung aku kena tarik. Entah apa la dosa aku kat depa tu. Sob sobs .. T_T. Opss, hehe. Tadi ada PJK. Ni la kali pertama kami turun padang selepas menjalani penyeksaan berkurung dalam kelas. Hukhuk! Kata ja nak enjoy main, tapi dok melepak tepi padang tu dok gosip benda mengarut. Alahaii ...

Fatini ngan anis memang tak boleh dok diam langsung. Mula-mula tu depa main bola depa ja, tetiba baling terkena fathin. Fathin dok pot pet mengarut pasal trauma dengan bola la, pa la. So, lawan la depa dengan bola yang sememangnya tersedia 3 bijik kat situ! Aku malas la nak menggedik depan tu alang-alang ada hotstuff kat tepi kami. Tak pasal-pasal pelanting kena depa tak ke haru ? Orang kata haru biru, kalau jadi haru oren macam mna pulak?

Aku dok sorang-sorang layan perasaan yang ntah papa. Dalam dok control supaya tak menggedik kat situ, ada la sesekali aku usha dia main bola. Hehehe, handsome bebeh! x
D Oh lupa nak cita. Sabtu ni ada Karnival Kokurikulumm. Malangnya banyak sangad kenduri yang meraikan hari special kami. Atau maybe boleh diiktiraf sebagai bufday party aku? Mengarut. Mohon doa supaya bapak aku kerja. Amin. :3

Oppp, cita aku tak habis lagi kay. Tadi time balik macam biasa tunggu van. Before tu kami p kedai depan sekolah tu jap. Aku pon p je la mana kaki aku nak bawak. on the way nak p tu ada longkang besar kat situ. aku tau dalam kepala otak korang mesti dok fikir aku jatuh dalam tu kan? Kejam! Then ada la tersedia kat situ tangga kecik. Masa nak 'manaiki' tangga tu, tetiba ja iffa ngan wani tayang muka minta kaki jadi bodyguard kat situ. "Sekarang siapa nak mengalah?" Takda-takda. Aku terus tolak depa then tak semena-mena iffa jatuh kat situ. sekrang ni pon aku dok tersengih sorang-sorang sambil control senyum supaya takda isu 'orang gila sengih depan lappy' terjadi dalam rumah aku ni. Jatuh macam mana tu aku tatau la nak cita macam mna. Tapi yang comfirmnya dia takda la sampai jatuh dalam longkang besar gedabak tu. Kalau lencun dia dalam tu memang sampai sekrang la aku tak berhenti gelak.

Nasib dia baik la sebab aku tunggu time yang takde orang. Tak pasal-pasal kena bahan kat sekolah tak ke naya aku kena maki ngan dia? Oh no! K dah stop. aku tak tahan nak gelak dah ni. So, sampai je kat kedai tu, dalam hati tanak beli papa pon. Aku, Fathin and Anis dok tercegat depan kedai dengan muka tak malu kami blah tanpa beli papa. Aku pon tatau la apa masalah kaki aku p sana. Ish ish ish ...

Then balik tu, before sampai depan flat aku, fathin ngan anis ada betulkan tudung diorang. Dalam hati berkobar-kobar nak jalankan misi jahat aku ni.
'tak payahla bukan org nak tengok pon' . padahal dalam hati nak cakap 'satgi hancussss jugak' Tengok la betapa jahatnya aku. -.- Sampai ja depan flat aku, Buka pintu, turun .. Tangan dah ready ni. Malangnya tudung Fathin ngan Anis ja yang hancussss. Tapi aku la yang kena teruk. 8 tangan lawan 2 tangan? Okey, aku bagi bendera putih dulu. Hehehehhehehheheh ~

Sedar tak sedar berjela jugak karangan aku. Entah apa yang aku coret kat sini. Coret conteng semua ada. Hehehehehe, today aku agak gila-gila sikit sebab update benda yang merapu dengan perkataan yang ntah dari mana aku cilop. Kalau ada terkasar bahasa mohon maaf dipinta. Kalau yang terasa tu mohon jangan banyak makan cili. Cause 'sapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya' Kalau print bagi kat cikgu agak-agak dapat A plus plus tak ? :) 

Akhir kata, Selamat malam dan Assalamualaikum ..



No comments:

Post a Comment

Watch your words, dude.

PAUSE HERE