Dear diary ...



Assalamualaikum. dan hai. *lambai* Hoho harini hari yang sangat best! Ohsem! Bukan harini je, hari-hari sebelum ni pun best gak. Kenapa best ? haha, sejak terbukanya tempahan edit blog, berduyun datang. Cewah mengarut sudah. Actually aku dah ada tiga penempah edit blog. Dan sekarang duit topup makin bertambah sampai dapat minit bonus. Hahahhahahah! First time ada topup dua puluh lebih. Terima kasih cause tempah dengan aku. aku amat mengahargainya. *lap air mata*

Dan harini paling best sebab aku baru dapat tau yang aku ... terpilih sebagai pemenang ketiga dalam Contest Blog Cun Melecun by Ika & Ayu ! Memula tu aku taktau lagi pasal ni. Macam mana aku boleh tau ? Tadi lepas edit blog penempah ketiga, aku terus check blog. Terkezut gila bila tengok Pageviews bertambah hingga ke tiga ratus. Sebelum ni paling banyak dua ratus lebih je. Then dengan kemusykilan, aku check Traffic Sources. Naik satu link baru yang mana aku langsung tak tau dari mana dia mai. haha :p

Aku pon try check. Scroll and scroll, tetiba nampak tajuk "Pemenang bla bla". Ish pehal dup dap dup dap ni ? Dan baru la aku nampak link aku kat situ. Hahaha, dapat number tiga. Alhamdulilah. Nak tau tak hadiahnya apa ? jengjengjeng - A wrislet from Butik Chinta Zulaikha, A shawl from Butterflies Melody dan Topup RM5. Aaaaaaaa macam nak jerit je tambah-tambah lagi bila tau apa tu wrislet. Kegedikan mula melanda. Abaikan :p

This is the most best thing! Ahad ni nak pegi holidayyy ! Ke mana ? cer teka. Yes, ke Paris! Wowww, saat yang didambakan. Tak sangka akhirnya dapat jugak pegi sana. Bertahun menanti. Tak sabar nak p ! K dah stop berangan. Takde maknanya nak p Paris. Kalau kau orang settle takpa la jugak. Haha, jangan percaya semua yang tertulis dalam perenggan ni.

Actually cuma bercuti kat KL je. Kandang lembu ? Haha, Kuala Lumpur. Ibu negari Malaysia. Abah ada kursus kat sana dua hari. Then dia ambik cuti lagi tiga hari. Jadi kami p sana 5 hari ! Tak sabar eden. Dah rancang nanti nak pegi I-city. Dengar cerita kat sana ada water apa ntah. Ada Snowwalk. Betul ke ? Haha, lima hari untuk merehatkan minda dari terus menghadap blog. Dan segala tempahan sama ada doodle atau edit blog akan ditutup buat sementara waktu sehingga aku kembali ke tanah air. haha :p 

Baru teringat minit bunos aku dah tamat tempoh. Waaaaaaa, *cedih*. Dan masih ada doodle yang di request aku tak buat lagi. Penat nyaaaaaaa ~ ni lah padahnya terjebak dalam dunia blogger. Assalamualaikum ...

2 comments:

Watch your words, dude.