Selamat Hari Raya!


Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Rayaaaa kepada semua umat Islam yang sedang berkongsi bumi yang sama terutamanya kepada rakan rakan blogger yang banyak bagi semangat dan dorongan untuk terus stay dalam dunia blogger ni. Selama hampir 3 tahun berblog, banyak ilmu yang dah dikongsi bersama. Insya'Allah setiap yang menyampaikan ilmu melalui penulisan di blog cem ni akan terus mendapat pahala walaupun dah meninggal dunia selagi diamalkan oleh pembacanya. Tamat sudah sebulan kita berpuasa. Rasa sekejaaaaaap sangat. Ramadhan berganti Syawal. Semoga segala amalan amalan yang dilakukan diterima Ilahi. Insya'Allah.

Hari ni dah 4 Syawal. Mesti ramai dah balik rumah dari kampung yang tak ada wifi kan? Hahahahha yeah aku pon baru sampai rumah petang semalam. Temsion betul, sampai rumah je diserang virus demam T_T  Hm nevermindlah. Btw, entry ni bukan entry kosong. Entry ni penuh dengan doodles yang aku buat 3 hari before raya. Untuk tatapan umum. Hehehhee, mana boleh tengok je. Kena lah habiskan pembacaan entry ni duluu.
Beberapa minggu sebelum raya, mesti ada kakak kakak, ibu ibu, makcik makcik yang bergiat aktif buat kuih raya kan? Elmon landen ke, cokolet cip ke, tat nenas ke dan sebagainya. Begitu jugaklah orang dalam rumah aku ni. Awal bulan lagi kakak aku dah start buat kong flek madu. Aku tak terlibat tahun ni sebab ni cuma buat saja-saja untuk makan je. Not for sale. Unfortunately, sampai sekarang takdak sapa sentuh tupperware kong flek madu tu lagi. Aku turut bersimpati...

Tapi, aku ni jenis tak makan kuih raya. Semua jenis. Pergi beraya rumah sesiapa pon, cuma kerepek je yang aku makan. Jimatlah duit mak takpayah beli or buat kuih banyak banyak xD Cuma kenangan pahit hari raya yang aku tak boleh lupa, pada tahun ..... er aku tak ingat. Maybe 2008/9. Aku pergi beraya keliling kampung dengan cousin. Sampai satu rumah, macam macam kuih ada. Satu kuih yang menarik perhatian is kong flek madu. Tengok dari jauh nampak sedap. Bila dah ambik, madu berlambak. Aku pulak jenis tak sebati dengan madu. Aku makan jugaklah. Nak rasa punya pasal. Malam tuuuu, aku muntah teruk hingga demam. Rosak hari raya aku dengan sakit sakit tu semuaa. Sejak tu, aku tak suka madu. 


Hari raya menjelma, maca-macam sale diadakan. Masa tulah shopping complex, pasaraya, butik, pasar malam, kedai jahit baju dipenuhi orang ramai. Nak beli kelengkapan raya lah katakan. Paling feymes ialah baju. Dah lah sekarang ni macam macam trend. Macam macam gayanya. Tapi aku lebih prefer baju yang simple simple. Tiga L. Longgar, labuh dan lawa. Warna jugak memainkan peranan yang penting. Hm selalunya time nak beli baju raya ni semua, mesti pergi dengan family. And selalunya mak yang pilih. Bila aku kata nak itu, ada saja yang tak kena. Ikut jelah apa yang mak pilih. Tapi selalunya, baju yg mak pillih sentiasa okay. Nak pakai hingga raya 2 tahun seterusnya pon masih elok.

Thats why lah kat dalam almari baju tak banyak baju trend. Peplum, baju seluar tudung tribal pon tak ada. Mungkin readers semua boleh kata aku ni ketinggalan zaman bagai. But guess what, baju tu semua yang cover aurat aku. Tak ketat. Tak singkat. Setiap kali pakai shawl/baju singkat sikit or jarang or ketat, mesti family aku tegur. Sindir, perli, pedas tu belakang kira. Janji maruah terpelihara.



Hari rabu, aku ber'family bertolak balik kampung di Kedah. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam, hanya  bisa termenung ke luar tingkap kereta sambil dalam fikiran memikir lauk apa berbuka petang nanti. er... heheh. Yee inilah kampung guaa. But actually rumah dua tingkat. Pelita tu maybe tak ada. Dan jugak lampu liplap tuu .. hm mungkin jugak tak ada. Sekarang sambutan raya dah tak macam dulu. Masa aku still kemetot, pelita keliling rumah. Jiran sebelah rumah tu pulak rumah cousin aku. Jadi terus sambung pelita hingga ke rumah dorang. Lampu liplap depan rumah memang menarik perhatian. Then ada paper koyak-koyak bawah tuu ada tulis Selamat Hari Raya. Setiap tahun, ramai cousin balik kampung. Rumah memang besar. Kami pusing main satu rumah hingga tercungap-cungap. Tak kira tua muda kurus tembam cekeding perempuan lelaki dan sebagainya. Bagai aur dengan tebing kami berkerjasama buat istana menggunakan kusyen kerusi.

Masih tak lupa, kami susun kerusi meja makan kat ruang tamu and buat musical chair. Bukak lagu rancak guna phone cousin yang ada phone. Yelah dulu still kecik kecik mana ada phone. Bergegar rumah tunggu nak runtuh dengan suara terjerit-jerit gelak-tawa cousins. Serius miss that moment :') Bila malam sikit, kami main bunga api kat depan rumah. Time hujan pon kami redah je. Asalkan happy! Masih tersimpan gambar-gambar dulu dalam album. Aaaah rinduu! Tak tahulah tahun ni macam mana. Semua dah besar besar. Kalau kecik pon, masih baby. Hmm.



Satu benda yang aku tak pernah tak buat time hari raya ialah pakai inai. Dah macam benda wajib ja. Memang feberet aku. Tapi aku prefer inai daun yang baru dipetik *cewahh* daripada inai lukis. Balik kampung, malam raya tu terus mintak cousin petik dekat kampung dia. Mintak tok giling, then mak yang pakaikan. Sentiasa kemas dan bersih. Takpayah pakai salotip kalau mak yang pakaikan. Hahaha tapi problem aku, tak boleh pakai sebelah ja. Mesti dua dua belah! Sebab nanti mesti rasa kekurangan. Kesian tangan lagi sebelah sebab tak pakai jugak. Lepas tu bila tengah tunggu inai kering, nak buat apa pon tak boleh. Kejap panggil adik tolong ambik itu, ambik ini. Yey ada bibik! xD Sebab taknak susahkan sesiapa, before pakai, siapkan tempat tidur then barulah pakai. Then ambik plastik and balut tangan. Tidur dan esoknya nikmatilah inai kat tangan yang comot ...... 

Tapi ntah macam mana malam raya tu aku sampai kampung, cousin aku kata inai tak ada. Tak bermakna raya tanpa inai T_T Pagi hari raya tu, aku pergi beraya rumah sedara mara dengan family. Sampai satu rumah tu, ada inai. Kami ambik lah bawak balik rumah. Malam tu terus pakai. Tapi inai ni tak terang. Kejap je boleh hilang dah :')


Satu benda paling penting time raya selain takbir, solat sunat raya, ziarah menziarahi dan sebagainya ialah duit raya. Kalau ditakdirkan duit raya tak pernah wujud, nescaya rumah jiran sejagat akan sunyi tanpa kehadiran bebudak beraya. Apa yang bebudak tu semua buat kat rumah? Perabih kuih raya. Tak pun buat kilang air liur basi. Tapi sekarang time raya ja dalam otak mesti pikir "Duit rayaa, im coming!". Tak kira umur berapa sekalipun, kalau dapat duit raya of course tersengih sengih kerang busuk. Er, mungkin warga emas dan warga bayi tidak sebegitu xD 

Sesetengah ibu mak umi mama ni menggalakkan tujuan anaknya pi kutip duit raya semata-mata. Boleh je cakap "Pergilah beraya rumah makcik sebelah tu ha. Nanti mana nak tau rezeki korang dapat sepoloh hinggit" semata-mata nak suruh anaknya beraya. Ish ish ish. Tapi bila dah beraya rumah orang, dapat seringgit je dah merungut. Zaman sekarang dapat RM50 baru terbeliak mata. Seringgit tak pandang dah. Teringat dulu dulu time kemetot lagi, selalu lawan duit raya sapa paling banyak dengan adik/kakak. Beraya sakan! Last last masuk bank jugak. 


Bab mercun, memang feymes. Lagi seminggu nak raya pon dah ada orang bako mercun. Entah macam mana jemaah terawih survive dengan bunyi yang memang kita semua tahu. Nasib baiklah aku jenis tak kuat melatah. Tak jerit, tak buat muka terkejut. Kadang kadang kalau terkejut sangat, bahu je terangkat. Pelik bila tengok orang lain, bunyi mercun pop pop pon terjerit macam pontianak depan mata. Boleh pecah telinga kalau duduk sebelah dia. Hmm, dulu dan sekarang bila balik kampung time raya, even sepupu dua tiga orang, masih 2/3 tahun pon kami still celebrate dengan fireworks ni. Masa otw balik kampung, mesti abah singgah kedai and beli mercun. heheheh.

Tapi paling bestnya time raya Cina. Aku duduk rumah flat. Area depan balkoni rumah aku, sederet rumah teres didiami orang cina. Setiap tahun mesti ada mercun besar. Kami ber'family just duduk kat balkoni sambil menikmati mercun yang memang besar gila. Beratus ringgit satu mercun tu. Berwarna-warni. Bunyi pon besar lah. Bergegar woi! Orang tengah tidur mimpi esok nak nikah pon boleh tersedar. Irfan, my little brother pon tengah tidur, boleh bangun tanpa nangis sebab excited nak tengok bunga api. Seronok! :D

Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh includekan dalam ni. Tapi you know .... penatlah nak buat doodle lagi. Kalau ada benda yang lukis guna pen/tangan tu takpe gak. Ni guna mouse saja. Apa apa pon, aku enjoy buat doodle tu semua sebab dah lama tak bukak SAI. Sejak start trial pmr. Sekarang boleh lepas rinduu. Heh heh.

Till we meet again biiznillah Ya Ramadhan :') 

Ada seketika mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
fikiran khilaf mentafsir,
dan hati silap menduga,
Mohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilalukan sama ada yang tidak sengaja mahupun tersengaja. May Allah's blessings be with us today and always. 

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

4 comments:

  1. selamat hari raya jugakkkk. panjangnye entri. ade doodle lagi. huhu. lia tidak sebegitu rajin utk melukis doodle. hehe.

    ReplyDelete
  2. Tuan punya blog? Tumpang tanya boleh? Macam mana nak creat doodle tu? hehehe TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Doodle tu semua ikut kreativiti je. Cara paling senang nak buat dudel, practise banyak2 ;)

      Delete

Watch your words, dude.