Story



Assalamualaikum wbt.
Hi there. hehe alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk menaip untuk entry ni. Hari ini, 2 ogos, tamatnya trial pmr secara rasmi bagi sekolah aku buat selama lamanya sebab tahun depan dan seterusnya dah tak ada pmr kan kan? Itu pon kalau mansuhkan pmr tu tak ditarik balik lah. Jadi bolehlah aku ambik kesempatan ni untuk onlineeee. yey! Terima kasih kepada sesiapa saja yang wish goodluck. I really really appreciate it. Dan yang dah doakan aku tuu, thanks so much. Manalah tahu kan dalam diam-diam ada orang doakan. haha apa apa pon goodluck kepada pmr candidates yang dah habis trial, selamat menunggu result. Abang kakak yang tengah dan akan facing trial spm tu, goodluck k.Yang tak habis lagi trial pmr tuuu, haaa jangan ingat raya ja. Trial tu yang paling penting k ;)

Sedar tak sedar tinggal lagi lima hari kita puasa. Rasa macam sat saja dah nak raya. Raya tahun ni mesti paling bermakna sebab tak payah fikir pasal exam dah sebab trial baru je habis. Puasa tak tinggal! yeyy. Eventhough pmr is just around the corner, apa salahnya kan nak ambik masa bergembira di hari raya even bila hari raya terperap dalam rumah ja. hahahhahahahhaahahha *lempar buku jauh jauhh* Tapi tapi tapi lepas school break for 2 weeks ni, cikgu kata ada exam exam exam sehinggalah 2 oktober, pmr. Idk kenapa nak buat exam banyak banyak. Tension duduk atas kerusi berjam jam. Nak bercakap pon tak boleh. pffftt.

--------------------------------------------------------- Yesterday -------------------------------------------------------

Semalam 1 ogos, ustazah a.k.a pk pentadbiran sekolah jemput kami satu kelas 3A iftar dekat rumah dia. Happening gila malam tu. Kami kena bawa makanan sikit-sikit ala ala potluck gitu. Petang tu dalam pukul 6 setengah kelam kabut bersiap sebab mak nak hantar. Last minute baru nak bagitau boleh hantar. Semalam pergi sana pakai baju jubah ala ala dress sikit yang dapat daripada sponsor from giveaway yang aku pernah menang dulu. Jadi nak pergi jalan pon memang tak boleh ah. Dah lah jauh. Lepas ambik fathin, terus pergi sekolah and berkumpul kat situ sebab ramai yang tak tahu rumah ustazah kat mana. Takut jugak nak keluar kereta sebab takut baju tu over sangat. Nak iftar je pun. Tapi bila dah keluar, "nak pi meminang ke ni?" ayat tuuu ja deret dengar. Dalam hati "ha yelah. Meminang crush" --'


Sampai je depan rumah ustazah, terpegun sekejap. Baru depan rumah dah nampak perghhhh cantik gila rumah dia. Ala-ala vintage gitu. Masuk rumah, ternganga xD Rumah idaman tuu. Tiga tingkat, ala-ala vintage. Jeles muchh. Then lepas ambik wuduk, terus duduk atas sejadah sementara tunggu azan maghrib. Lepas azan, minum air sikit then terus solat yang diimamkan oleh ketua kelas. Lepas solat, terus serbuuuuuuu makan. Yang tak boleh puasa tu ha yang melebih-lebih. Tak cukup sepinggan. Macam-macam makanan adaa. Nasi ayam madu, sate, karipap, donat, finger maiyonis, kek coklat, mee goreng, dadih and more. Serius terkejut tengok makanan sedap sedap. heheheheh.

Lepas makan, kami sembang sembang dengan family ustazah. Lepak rumah dia lama-lama sementara tunggu parents mai ambik. Sesi fotografi jugak disediakan. hikhikhik macam macam kerenah. And orang yang menaip ni pon dua kali lima jugalah. Seronok sangat iftar dengan classmates & ustazah semuaa. Tak rasa awkward sebab kami memang rapat. Kenangan yang akan tersemat dihati buat selama lamanyaa. cewaahhh!

Fathin and mee. Baju tu hadiah daripada sponsor kepada satu giveaway yang aku menang. heheh best pakai.

Di sebalik tabir. Tengah tunggu student lelaki ni haa. Lambat benor sampai sempat snap snap.

Cantik rumah ustazahhhh :')

With ustazah. Tiga dari kanan :)

----------------------------------------------------------- Today --------------------------------------------------------

Tadi ada sambutan khatam Al-Quran dan hari raya. Sampai sekolah pagi tadi, iffa balqis syuhada semua bising kata 'dia' handsome la, smart laaa. Keinginan untuk jumpa dia semakin berbuak buak. cewahh. Tadi pergi lambat sikit sebab hujan lebat. Takkan nak redah je hujan tu dengan naik moto. Before berkumpul kat dewan, kami ada lagi satu paper trial seni. Jawap sebelah mata je. Betul ke salah ke tak kisah dah. hahaha tak penting :p Sepanjang berjalanan pergi dewan yang betul betul atas bukit, mata meliar cari dia. Tetap tak jumpa. Tension betul. Trial punya pasal, kami masuk dewan lewat then terpaksalah duduk belakang. Sementara tunggu acara start, kami sembang sembang. Tiba-tiba nampak dia. Masuk dewan dengan bergayanya. Penuh kehandsomeman. lol sumpah nampak lain ..........................

Dapat tengok sat sajaaa sebab takut dia terperasan aku tengok dia. Sobsobs. Habis je sesi salam salam dengan cikgu, kami terjumpa cikgu pauline kasi duit raya dekat student lain. Apa lagi, terus serbu nak duit raya nak duit rayaaa. Macam budak budak pon ada. hahaha okay ah, cikgu sporting x
D  Dia satu-satunya cikgu yang kasi duit raya :'


Hm cumaa .. sedih. Lepas baca Yassin, langsung tak nampak dia. Tak tahulah menghilang kemana. Punyalah tunggu dia sebab harini hari terakhir sekolah. Dua minggu nak cuti :'
( Sampai fathin kata dia boleh buat novel pasal ni bertajuk Setia menunggu. Hm, nevermind lah. Selamat Hari Raya,readers. Mohon maaf kalau selama ni aku guna ayat ayat yang megguris hati dan perasan readers sekalian. Dan jugak penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua, sorry sangat sebab memang dah terbiasa guna macam ni. Kalau nak guna nama memang awkward sangatlah. haha okaylah bye, goodnight :*




4 comments:

  1. Haha, takleh blah betul ayat tu, boleh buat novel pasal ni bertajuk Setia menunggu . huhu. btw, selamat hari rayeee. semoge dpt keputusan yg cemerlang trial arituu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahahaahahaha sekali sekala xp selamat hari raya too. hehe thanks! ^^v

      Delete
  2. akak ni cntik..BTW SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ada ada je *blushing* ya ya selamat menyambut hari raya too ;)

      Delete

Watch your words, dude.

PAUSE HERE