Tutup buku lama, buka cerita baru!


Jom date :)

Assalamualaikum, Yess, berjumpa lagi kita di malam pertama bulan Ramadhan. Alhamdulilah, selesai sudah berpuasa pada hari pertama ni. Taknak gossip-gossip lagi harini. So, today banyak cerita nak coret kat sini. Semuanya pasal harini je. Tadi aku bangun lambatt! Sebabnya pasal mengelamun, berkhayal, dan yang sewaktu dengannya. Bukan apa, lepas sahur tadi aku baca buku sikit. Tunggu azan subuh, nanti boleh la solat terus. Tunggu punya tunggu, baca punya baca, tak keluar jugak azannya. Last-last, aku tutup buku, tutup lampu, masuk tido.

Ha, ni yang nak tergelak ni. Elok je landing golek-golek atas katil sambil peluk bantal busyuk aku, tetiba je terdengar azan. Adeh! baru je nak lelap ni. Mau tamau, bangun jugak. Habis je solat, landing balik. Golek punya golek, mata masih tamau belabuhkan tirainya. Apa boleh buat, mengelamun je kerja aku. Teringat sejarah lama di tahun 2010. Time tu, aku darjah enam. Jenjenjen, aku tamau cerita pasal ni! Nanti aku jugak yang merana. So, kalau nak tau, pandai-pandai la korek erk. Selain tu, aku terfikir masa depan aku. Oh, apa nak jadi .. -
.-'

Dari pukul 5 sampai pukul 7, tak lelap jugak. Kalau tak tido jugak, comfirm petang nanti 'Zzz' la aku. Tak suka la tido petangg! Last-last, 'krokk' jugak la pagi tu. Bila bangun je, tengok jam. Wargh! 10 setengah dah. Hayoyo. Tu pon dok relaks lagi atas katil. Wat lek wat peace, la brader xD Dah siap-siap smua, punggah almari. Nak kemasss! setengah jam later, lega. Siap jugak. Keluar je ruang tamu, apa ni? berserak. Rupanya harini ada gotong-royong perdana antara anak-anak encik Sofi. Dengan bantuan cik adikku, Irfan Farhi yang potpetpotpet memanjang tu, memang takkan siap la gotong-royong ni. 1 hour later, siap kemas, sebab Irfan dah tido. :D

Yey, nak p Queensbay Mall beli baju raya. Baru sehari puasa dah nak beli baju raya? Tu la yang mak aku cakap. Jalan punya jalan. Satu baju pon tak terbeli lagi. Balik camtu je. Yang bestnya Irfan la, Dapat set baju raya. Kasut Supra, Baju 2 helai, stoking dll. Semuanya ... Rm seratus ringgit. *ni yang mak aku kasi tau. -.-'

Aku tau la entry kali ni membosankan sebab aku betul-betul takde ilham nak mencoret. Apa nak taip pon tatau. Buat je apa yang ada dalam otak ni. K la, dah bosan sangad baca, jom akhiri entry ni. Before that, dengarkan lagu baru Najwa Latif - AdaMu, sempana bulan mulia Ramadhan ni. :
)




"Rajin-Rajinlah pakai songkok tu :]"



Note: Ahlan wasahlan Ya Ramadhan <3




1 comment:

  1. Esok dah hari ke-2 Ramadhan. Selamat Berpuasa :)

    ReplyDelete

Watch your words, dude.

PAUSE HERE