Dear diary ..



Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarokatuu. Sunat bagi salam, wajib jawap salam. Salam sejahtera dan selamat petang. Hai. hihi. Erm macam biasa kali ni entri pasal tuan blog ni sendiri. Ye la nama pon unsecret diary or online diary. So mulakan dengan bismillah. Dear diary ..

Sejak beberapa hari ni, rasa hidup ni macam tak tenang. Ke sana sedih, ke sini menangis. Macam-macam dah buat sampai sometimes rasa macam nk ... ehem. Taktaulah apa yang mengganggu fikiran. hmm. Seriously, sekarang aku dah berubah. Dalam proses dan tak sepenuhnya. Proses nak berubah kearah kebaikan, dekatkan diri dengan-Nya. Sebab nilah satu-satunya jalan yang baik untuk aku keluar dari rasa sedih yang berpanjangan yang aku sendiri taktau apa puncanya.

Bersabar dan bertabahlah wahai diri, hebat manapun dugaan pasti terselit kemudahan. Kita bukan hebat mengubat kedukaan, tapi Allah SWT tak pernah membiarkan. Dia yang maha hebat merawat duka nestapa dan kelukaan kerana pada-Nya ada penyembuh segala penyakit kedukaan.


Today, aku pegi sekolah macam biasa and tanpa fathin. Memang sunyi gila bila dia tak ada even dia bukannya orang yang selalu buat bising. First sampai sekolah tadi tengok ramai yang pakai baju uniform lengkap untuk lawan kawat. Yang terpilih cuma Kadet Polis and PKBM je. So aku yang st.john tidak terlibat sama sekali. Nampak smart gila bila budak kadet polis pakai bau lengkap. Jelly gila. Then tetiba ternampak cikgu Faiz pon pakai seluar pkbm and baju tshirt hitam. grr handsome teramat. Teringat pulak harini hari khamis. Argh kenapa cikgu mesti terlibat dalam kawat tu? Dah la masuk kelas aku setiap hari khamis je. Sedih gila kena tahan rindu dah bapa minggu dia tak masuk kelas. *Yup aku gila.

Sejak nmpak dia tadi pegi tempat lawan kawat tu, rasa sunyi gila. Memang dari semalam aku dah kata taknak pi sekolah tapi mana lah tau kut kut cikgu masuk kelas jugak harini. Tapi malangnya tak. Then bila tiba time dia mengajar, cikgu lain yang ganti. Kami stay dalam library buat homework yang tak siap. Luckily ada yang sudi kasi buku untuk aku copy paste. Lepas siap homework tu, aku ternampak satu buku yang muka depan dia ada gambar AlQuran, tasbih kalau tak silap. Terus aku ambik. Haha kesian Balqis susah-susah dia ambik kat rak. 

Memang dalam buku tu banyak cerita pasal nabi, rasul. Pasal Islam. Macam-macam kata-kata yang dapat menaikkan semangat aku yang memang tengah down. Habis satu buku aku belek. Siap koyak kertas nak salin kata-kata hikmah yang best-best. At least bila baca rasa tenang dengan ayat-ayat dari dalam AlQuran. Ada kengkawan aku kata yang aku salin just nak letak as status kat facebook. Salah besar! >.<

End of diary. Act diary ni sepatutnya panjang dan berjela lgi tapi ye la buat penat je taip tak ada sapa pon yang baca. Apa-apa pon, aku nak berterima kasih kepada stalkers setia blog dan twitter saya. Terutamanya to both of you yang dah berjaya bukak mata aku ni utk sentiasa mengingati yg Maha Esa. Tanpa anda yang membuatkan aku down, sampai bebila pon aku takkan berubah. And sorry to twitter user yang mention aku. Aku tak dapat nak reply cause dah malas nak ambik tau pasal tweet. Selagi 'salah seorang dari kami' tak mengalah, selagi tu TL korang akan penuh dengan ayat-ayat yang agak ... kasar. So, daripada dapat dosa free, better aku je lah yang mengalah. Okay dear, assalamualaikum. 



2 comments:

  1. Sabar eyhh dik.Allah sentiasa dengan kita :)

    ReplyDelete
  2. ingat Dia setiap kali rasa sedih :) kadang2 Hana rasa down tanpa sebab.. but He knows the best.. percaya aje pada dia :)

    Hana pun suka salin ayat2 yg best.. hehe :D

    ReplyDelete

Watch your words, dude.