Friend?



Assalamualaikum. Well today is the most terrible horrible meluat gila day. Idk why people around me ... anoyying. Minggu ni minggu exam untuk kelas kelas yang terpilih and kelas aku terpilih. Malangnya semalam overslept. Memang terlambat dah ah nak pi sekolah. Aku terjaga pon sebab mak kejut adik aku untuk pi sekolah. dia sesi petang. Bila buka mata ja, nampak cahaya matahari terang. Selalunya gelap lagi. Then serta merta bangun duduk. Cari phone. Tengok jam dah pukul 9. Ughh

Eloklah. Dah lah semalam paper sejarah dengan bm. Subjek paling penting. Frust gilaaaa la. Even exam ni tak ada lah penting mana pon, tapi memang dari sekolah rendah dah diajar jangan pernah ponteng time ada exam. Sebak. sobsobss. Dengar cerita sebelum rehat jawap paper sjarah. Lepas rehat terus dapat result. Tak dan dan je. Semua markah tinggi ke langit lah sebab semua soalan sebijik cam exam mid year baru-baru ni. Cuma beberapa soalan je tukar sikit. Kalau lah aku pi ......... *lap air mata*

Tadi pergi sekolah cam biasa. Mood pon tak berapa nak baik. Time tengah duduk kat tapak perhimpunan, ada sorang tanya fathin, dia pergi tak hari sukan sabtu ni. Then Fathin jawap tak. Dia nak pi usm. Baru-baru ni cikgu ada kata dia nak pilih beberapa org yang pandai-pandai lah untuk pergi teknik menjawab kat usm sabtu and ahad ni. Then aku pon tersentak ah. Kenapa aku tak tau pon? Semalam aku call dia kenapa dia tak bagitau? Aku tanya dia, mintak kepastian betul ke dia terpilih. Then dia kata semalam cikgu mintak volentier bagi nama sebab nak penuhkan saja. Geng-geng aku yang kena pegang bendera untuk hari sukan nanti semua ada hal masing-masing. Jadi semua surrender. Sentap wey sentap!

Gila ah aku sorang ja tak tau pasal ni. Bayangkanlah kalau aku pergi hari sukan tu then depa semua takdak, aku pegang bendera sorang-sorang. Naya ah. Takkan aku tak pi sekolah sehari pon takdak sapa nak bagitau. Harap ja KAWAN BAIK. Apa salahnya kalau dia letak sekali nama aku pergi usm tu? Dia pon kenal aku. Mana-mana program sekolah, aku mesti pi kalau dia pon pi. Aku sabar je lah masa tu. Apa boleh buat. Dah penuh dah pon. Even aku nak pergi program sekolah mana-mana pon aku sentiasa ingat dia, ajak dia. Dia tak pergi, aku pon tak pergi. So, macam ni dia balas? Dia lupa aku bila dia ada dengan Iffa.

Before masuk kelas, cikgu suruh ahli krs tunggu kat situ. Aku st john terus balik kelas sorang-sorang. Layan perasaan. Nak nangis pon ada. Bergenang dah air mata time tu. Then, bila dia masuk kelas, langsung tak tegur. Pergi kat tempat iffa then study sesama sementara tiba masa exam. Tak kisahlah, memang aku tak pandai macam iffa kalau nak study dengan aku pon. At least ajak aku study sekali apa salahnya? Meja sebelah menyebelah ja. 

Lepas rehat, paper science. Aku dengarlah, sapa yang pergi kelas tambahan semalam cikgu bagitau apa yang masuk. Iffa dengan fathin tak pergi kelas tambahan. Then nak marah-marah sebab geng-geng yang pergi tu tak share apa yg cikgu bagitau. Padahal depa dah janji dengan cikgu, tak boleh bagitau org yg tak pi tusyen tu. Ingatlah sikit, salah hang jugak sebab tak pergi tusyen tu padahal hg tau esok exam science. Tapi  geng-geng yang pi tusyen tu pon KAWAN BAIK aka SAHABAT RAPAT kami. At least bagitau dua tiga clue pon dah cukup dah. Ni satu apa haram pon tak bagitau. Kedekut ilmu tak bawa kemana k. 

Serious talk, harini aku betul-betul meluat dengan semuaaaaaaaaaaa orang. Rasa anoyying gila. Semak serabut kepala. Bila ingat balik kes fathin tadi tu.. hmm.. well.. aku dah anggap dia macam adik beradik aku dah. Baru-baru ni maxis bagi free text 2 hari kan? Macam-macam ayat copy paste dia sent. 'selamat hari sahabat' 'sahabat bla bla' Tapi bila dah habis free text, sunyi ja phone aku. Macam sebelum ni. Aku je yang selalu call dia. Selalu text dia dulu. Kadang balas. Kadang tak. Bila tanya, kata kredit tak ada. Alasan yang sama since form 2 dulu. Aku nak jugak kawan yang selalu ada bila aku sedih. Yang aku boleh call, then nangis-nangis kat phone. NEVER. 


Just wait till miracle happen




4 comments:

  1. Teruk gila muka mat salleh perempuan tuu :p

    ReplyDelete
  2. Tabahkan hatimuuuuu. dik biasalah tu lumrah persahabatan. sekarang adik dapat lihat siapa sahabat sebenar dan siapa yang tak kan? jadi bersyukurlah. Allah dah tunjukkan kat adik. senyuuuum k :)

    ReplyDelete

Watch your words, dude.