Random story.



Assalamualaikum, evelibadi. 
Sapa rasa malas sangat sangat harini angkat kaki. Yea sep sikit. Harini .............. aku tak pi sekolah. Haha nak jadi cerita tadi tepat pukul 7 aku terjaga sebab hujan lebat sangat. Tengok jam dah pukul 7, sah-sah lah tak sempat nak mandi semua. Kakak pon tak bangun apa. Kalau sempat pon, nak pergi cemana? Takkan nak redah je hujan lebat tu dengan moto? hoho so pagi tu aku sambung tidoq sampai tengah hari. lol. 

Boring sebenarnya. Nak tweet, tak ada idea. Nak update status fb, haha tak akan. Lastly blog jugaklah yang aku cari. Apa boleh buat, kalau nak tweet, tak cukup 140 patah perkataan. Better menaip kat blog ni ha. Nak berpanjang tera mana pon tak ada sapa kisah. Ayat tak dramatis, grammar berterabur, tak akan ada cikgu yang nak tegor melain orang yang tak puas hati baca. 

Semalam first day sekolah lepas cuti dua minggu and cikgu kasitau result exam. Wuuuuu seronok gila bila dapat tau result subjek penting pmr aku lulus! Selama ni math la yang mengspoilkan segala galanya. Kalini dapat cukup cukup makan 43 pon syukur alhamdulilah. Sekarang result yg dah keluar cuma ada 1A 2B 4D. Apa yang a? Haha BI! Satu-satunya subjek yang aku boleh skor selain agama. Wahahhahahahha! Cuma yang spoilnya, sama dengan budak cina kelas aku -.- Cikgu bi siap kata, cemana aku boleh skor padahal exam akhir tahun lepas dapat c ja. Jangan pandang sebelah mata k *jeling*

Err.. idk why agama aku boleh turun dari a ke b. Padahal subjek agamalah yang aku sentiasa target a. Sobsobs~ And result bm meningkat, even sikit. uhukss. Sekarang cuma tunggu result science je. Harini tak pi sekolah, tak tawuu lah berapa yang dapat -.- Sat lagi ada la yang mai habaq kat twitter. haha

Kalau boleh, waktu-waktu yang disiakan ni sepatutnya aku pergi study ke keluar pergi atas bukit ke ehh? Tapi bila nak study ja, semua buku dah tersusun depan mata, tak boleh nak fokes. Sat-sat buka tweet. Sat-sat lukis lukis. Kadang-kadang bila dah buka buku, then terfikir 'aku nak baca dari mana ni?' Last-last terus tutup buku, main Subway surfers. Banyak buku latihan for pmr dah beli. Cuma nak start buat tu bila? Bilaaaaaaaaaaaaaaa?

Next problem is, aku malas dok dalam rumah ni. Kalau boleh, aku nak lepak tepi pantai sorang-sorang or pergi atas bukit jerit kuat kuat, lepas tension bla bla bla. Pergi taman tengok permandangan. Pergi padang main bola. Pergi mall, shopping like a boss. Tapi masalanya ............ Kena tunggu bila dah kerja, dah ada kereta sendiri baru boleh melilau merata. 


Lagi satu kalau nak pergi mall, nak tengok wayang or lepak dengan kengkawan memang tak boleh. Mak abah tak bagi *lap air mata* Boleh dikatakan setahun sekali je. Tahun lepas pernah pergi sekali. Tu pon kebetulan je. Rancang nak pergi makan ke ef ci depan sekolah ja. Then sorang kawan aku buat rumah terbuka. Pergi naik bas sampai ke Teluk Kumbar. Lepas makan, sorang lagi ajak pergi Queenbay mall. Bila call abah, dia bagi. Tapi lepas kena soal jawap lah. Cakap pon lembut lembut je. Mueehhehe~ Tapi pergi sana tak buat apa pon. Ronda ronda dalam tu, keluar lepak kat pantai makan ice blended, masuk balik and keluar balik. Ohho nak tengok wayang tapi tak ada ceghita best. Lastly balik lepak kat bawah flat aku. Maghrib baru balik. Tu pon lepas kena beleter kat phone ........

This year, awal-awal lagi dah kata kat mak, lepas pmr aku bebassssss~ haha ntah boleh ke tidokk. Sekarang dah bulan 6. Lagi 4 bulan je ni. Hmmm. Apa lagi? *garu kepala* 

Hm rasa macam nak taip banyak lagi. Tapi jari dah sakit sebab banyak button yang dah tercabut. Irfan cabuttt. Buruk dah keyboard ni ha. 



3 comments:

Watch your words, dude.